Tuesday, August 31, 2010

Selamat dan selamat...

1) Selamat Menyambut Hari Merdeka. Namun jangan sesekali alpa dengan kemerdekaan kita.Dalam erti kata sebenar, kita sendiri belum merdeka sepenuhnya. Renung-renungkanlah.

2) Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kepada FRI. Moga kesihatan, rezeki, umur, amal ibadat diberkati oleh Nya.Amin.

All the best, 
Anna Da Lady

Ramadhan menjelma kembali...(LEKAT JAP)...

Sila tekan2 ke bawah untuk lihat entry terbaru...

Suasana berpuasa menggamit kenangan,
Sangat dirindui setiap masa,
Kini muncullah bulan Ramadhan,
Moga amalan kita berlipat ganda.

Anak-anak dihantar ke taska,
Untuk memenuhkan ilmu di dada,
Sahur jangan dilupa,
Walaupun cuma sebiji kurma.

Sedap sungguh ayam percik berlada,
Dijamu dengan air kelapa,
Juadah berbuka berpada-pada,
Takut 'penyakit' yang lain menimpa kita.

Pesanan ikhlas ingin disampaikan saya,
Untuk ingatan kita bersama,
Jangan hanya 'pulun' beribadat dalam bulan Ramadhan sahaja,
Pastikan ibadat kita kekal selamanya.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Anna Da Lady

Monday, August 30, 2010

Jom kita cari baju raya...

Minggu lepas tru telephone:

Acik: Akak, haritu Acik gi Mydin, survey Baju Melayu untuk Abah and Adik.
Akak: La yeke? Banyak ke choice nya?
Acik: Aa, banyak...harganya sangat berpatutan compared with yang kita nampak kat Bangi ni...Kualitinya not bad..Kira berbaloila..Ada ke harga baju melayu tu dari serendah sembilan belas ringgit sembilan kupang..Murah ooo...Baju kurung pun banyak...OKla...
Akak: Ish..tak aci ni...Agak-agak jubah seluar ada tak?Nak beli kat Mak Wa ni...
Acik: Hmm, ada kot..
Akak: Ha, jom minggu depan kita gi..
Acik: Tak boleh janjila Kak.Kalu free nanti Acik bagitau lain.

Minggu ni bersamaan hari Sabtu tru SMS, early in da morning:

Acik: Akak, petang ni jomla kita gi Mydin. Acik free ni.
Akak: OK. Nak gi kul bape agak-agak?
Acik: Kul 1 lebihla. Ni still at Rumah Cu.Dia guna keta pulak pegi sekolah.Road tax dia mati plak.

Tru telephone, around 12 o'clock:

Akak: Acik, kita nak gi pukul bape ni?
Acik: Kul 1 lebihla. Pasal pa?
Akak: Bibik Akak takde. Akak hantar dia gi cuti kat umah makcik dia.So, satgi nak bawa Banglong je. Adik nak tinggal. So, nak tidurkan Adik dulu before keluar.
Acik: Ouh.Ok..Dalam kul 1, 2 la.
Akak: OK.Tapi, agak-agak tak ramai orang ka waktu camtu?
Acik: Ok je. Jangan risau. (Tetiba teringat kat KZ, perangai sama ngan KZ, tak suka ramai-ramai...hahahaha)
Akak: Hehe.

Maka, bermulalah pencarian mencari jubah seluar dengan ditemani Anak Banglong after Zuhur. Pergi Mydin, takdela pulak jubah seluar. Jubah adala. Tapi, jubah seluar tak dpaat, benda lain yang dapat. Toys for Anak Banglong and Adik.Ish ish..HAHAHA...and plus sampul raya...(Konfius la ngan Akak aku ni, sampul raya pun nak beli? Kan ke kita bleh dapat free kat Bank waktu tukar duit?Ish ish...)

Then, go to next destination.PKNS. Parking depan PKNS dekat area2 Kedai Perabot tu.
Then, terjumpa satu kedai jual pakaian ni. 
WOW...sangat menarik baju-baju dia. Puas hatila tengok. Harga, lebih murah daripada yang ada kat Bangi setakat yang kami tengok la.Then, sulaman and manik2 dia sangat kemas. Kira sangat puas hatila. PLus boleh minta kurang lagi.

Acik: Akak, cuba tengok baju jubah putih ni? Cantikla.
Akak: Aa, boleh buat baju akad nikah (Sambil kenyit mata, hahahaha)
Acik: Aa..betullah..Boleh buat baju akad nikah.Akak, tengok baju kurung putih ni pulak. Cantik giler. Hm, geramnya.
Akak: Aa.Boleh buat baju akad nikah jugak ni. Hehehe...

Overall, kira puas hatila pergi kedai tu.Macam-macam ada. Tapi untuk saya, saya tak beli apa-apapun kat kedai tu.Akak saya je borong 2 jubah seluar untuk Mak Mertua dia and Mama kami. Satu warna hijau lumut, satu warna coklat muda. Design nya sangat cantik. Nampak muda gitu.

Hmm, geramnya..Cantik sangat,
Anna Da Lady







Friday, August 27, 2010

'Habit' bila study...

Harini cuti kan????Tapi saya tak cuti...huhu...
Ada xm lagi...Tak ke haru?
Kat sini, taknak cerita pasal xm...Apa yang masuk and so on so forth.

Cuba nak kongsi sikit satu habit ni yang akan dibuat untuk menaikkan semangat saya nak study iaitu...

*
*
*
*
*

MESTI DENGAR LAGU,
dengan cara:

Melekapkan ear-phone di telinga dan pasang sampai tak ingat dunia...(ish ish)
Fuh, memang best..
dan Alhamdulillah kaedah ni berjaya mengurangkan tahap kemengantukan, tahap keboringaan dan menjana tahap pemikiran.

Lagu yang akan didengar ialah yang begenre rancak, and happy2 je...Lagu yang boleh dibawa jogging, cthnya...


Credit to my BFF,
Anna Da Lady

Thursday, August 26, 2010

Pening /// Kenapala ada exam ni???

Bila dah besar ni, selalu terpikir...
kenapala kita selalu kena berhadapan dengan exam ye?
Sikit-sikit exam, besar sikit, exam, tambah sem baru lagi, exam...
Exam, exam, exam.....

Mode: Mid term exam,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails