Wednesday, November 13, 2013

Pulau Payar, Langkawi: Snorkeling

Entry ini telah lama tertangguh dek kerana penulis blog ini mengalami satu sindrom 'kerajinan mengupdate cerita pasal kebun' dan 'kemalasan mengupdate cerita-cerita lain'

Namun, apapun, Alhamdulillah, pada bulan lepas, saya dan Mr F dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama di Pulau Langkawi...

Rasanya sudah lama saya tak menjejakkan kaki ke Pulau ini. Kalau semasa keciknya, saya yang menetap di Perlis, selalu akan mengunjungi Pulau ini bersama family setiap kali cuti sekolah..Terutama untuk menikmati keindahan Pantai Cenang dan bershopping...

Namun bila semakin menginjak dewasa, saya mula menganggap pulau ini tiada apa-apa keistimewaannya!

Tetapi, ajakan suami supaya menetapkan satu destinasi percutian berdua seterusnya telah mengubah persepsi ini...

Sememangnya banyak perubahan yang telah berlaku di Pulau ini...Walaupun Pantai Cenang tidak seindah dulu, dan kawasan sekitarnya semakin penuh dengan chalet-chalet dan kedai-kedai makan, namun ada 'sisipan' Pulau ini yang masih saya belum terokai...

Dan akhirnya, peluang bersama Mr F untuk bercuti berdua, dapat mengisi kekosongan ini...

Saya taknak cerita tentang di mana saya tinggal dan lain-lain lagi, tapi entry ni saya hanya nak bercerita pasal Pulau Payar trip...

Sebab saya mengalami 'mabuk laut' yang agak teruk sehingga menyebabkan saya tak 'enjoy' bila buat aktiviti snorkeling...

Memang rasa rugi sangat!!!!!!
Anna Da Lady

Note: nanti saya letak gambar, sebab sekarang ni malas sikit... :)

Tuesday, November 12, 2013

Pokok mempelam yang nak tumbang

Petang ni, lepas aje balik kerja dan solat di rumah, terus mengadap kebun kecik di belakang rumah...

Tambah-tambah dengan suasana selepas hujan, semestinya suasana dan perasaan tengok pokok-pokok ni lebih segar dan bugar!

Dan tetiba!

Alamak! Pokok mempelam ni dah nak tumbang!


Tukang kebun aka Mr F tak balik lagik..Maka, saya aka tukang belasah je, terus letak kayu oren ni as a support.


Dan lepas tu, ikat sikit dengan plastik bagi kukuh...

Tadi, Mr F baru balik, tapi keluar semula, sebab nak jumpak kawan dia...

Harapnya, pokok ni teguh sementara menunggu esok hari,
Anna Da Lady


Akibat terlampau penat: Terlupa pakai helmet

Sebagai seorang anak yang telah dididik dengan disipilin dan peraturan sejak dari kecik, saya selalu mengikut peraturan.

Sebab sekali saya 'tak ikut', mesti saya kena balik...

Namun, kali ni berbeza sekali...

Jumaat hingga Sabtu baru-baru ni, ofis saya ada buat Teambuilding di mana event kali ni first time tak boleh bawak family masing-masing bersama-sama...

Antara acara yang diadakan; buat 'rakit' rentas laut, mini explorer, dan lain-lain lagik...

Acara ni semua habis Sabtu malam tu after BBQ. Sepatutnya kami semua balik hari Ahad, tapi disebabkan ramai nak minta balik awal, terutama kaum ibu, maka Ketua kami memberi ucapan penutup malam itu...

Dan yang bestnya, kumpulan saya , kumpulan Kuning adalah "Juara' berbanding 3 kumpulan yang lain (merah, biru dan hitam).

So, faham-fahamlah bila dah juara kan? Memang banyak 'tenaga' digunakan untuk mencapai tahap tu...

Dan saya yang memang 'kaki semangat' sikit ni, mula merasa keletihan bila sekembalinya ke rumah..Dan tambah letihnya sebab, saya tak boleh tidur semasa berada di tempat penginapan tempoh hari...Tension betoi!

Saya dan rakan-rakan menumpang seorang rakan sekerja untuk kembali ke Bangi...Mr F ambik saya di Tol Bangi pada pukul 12.35am (hari Ahad)...

So, balik je rumah, terus tidur... (sori Mr F, saya tak dapat beri layan istimewa :( )

So, pagi tu, saya ajak Mr F pergi nursery (nak beli baja) sambil nak beli ikan kat pasar borong dengan menaiki motor kecik.

Nak dijadikan cerita, bila sampai kat pasar borong tu, baru saya perasan saya tak pakai helmet!

Mr F buat muka biasa jek bila saya cerita...saya dah mula gelabah dah!

Alhamdulillah, tiada apa-apa berlaku..Dan sememangnya hari Ahad tu, saya rasa saya tak berpijak di muka bumi ni..memang penat semacam....

Tapi, sepanjang perjalanan, Mr F asyik mengusik...

"Ayang, tengok tu, ada polis..."

Ambik dari Mr Google

Sabar jelah,
Anna Da Lady


Thursday, November 7, 2013

Belajar bersama, bekerja bersama

Alhamdulillah, rezeki pasangan ni...

Memang best!

BANGI, 26 Okt 2013 - Sepasangan suami isteri yang menerima Ijazah PhD mereka bersama di Konvokesyen ke 41 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuktikan perkahwinan tidak menghalang mereka memajukan diri.
Dr Ismadi Ismail and Dr Rosilawati Amiruddin kedua-keduanya di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi pada sesi yang sama.
Sekali imbas mereka kelihatan seperti pasangan biasa sahaja tetapi banyak yang boleh di pelajari daripada mereka.
Mereka bukan sahaja menerima ijazah pada hari yang sama tetapi mempelajari bidang yang sama, bekerja di tempat sama dalam jabatan yang sama dan mengajar subjek yang sama pula.
Pasangan tersebut yang telah berkenalan semasa pengajian di peringkat matrikulasi dahulu telah mendapat markah yang sama waktu mereka memperolehi ijazah sarjana secara berasingan dahulu dengan mereka masing-masing memperolehi markah sama 3.95 GPA.
Pernah pada semasa pemeriksaan untuk PhD mereka, seorang pensyarah ditugaskan untuk menjaga mereka kerana curiga dengan keputusan mereka.
Mereka sukar dipisahkan dan tidak bosan untuk bersama bila-bila masa kerana sentiasanya mempunyai modal untuk bersembang walaupun telah berkahwin lebih 20 tahun.
“Hinggakan di pejabat rakan sekerja terpaksa memisahkan kami. Kami adalah seperti dua sahabat yang tidak jemu menghabiskan masa bersama,” kata Dr Ismadi.
Tidak seperti pasangan lain mereka jarang bertelingkah. Perkahwinan mereka seperti dirahmati dan dilindungi Allah.
Ismadi seraya berseloroh berkata: “saya pergi kerja naik satu kereta dengan isteri. Di tempat kerja kami menghabiskan masa bersama dan kemudian kami pulang bersama. Kiranya saya ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain, peluang itu tidak ada kerana kami sentiasa bersama.”
Mereka juga tidak menjadikan pengajian mereka sebagai alasan untuk tidak bersama anak-anak. “Kami banyak menghabiskan masa di pejabat tetapi habis waktu kerja anak- anak kami akan datang ke pejabat dan belajar bersama kami,” kata Rosilawati.
Beliau akan memasak di rumah pada hujung minggu dan membawa anak-anak ke pejabat untuk menghabiskan masa.
Beliau berkata suaminya adalah ketua keluarga dan beliau tidak mempunyai masalah menurut kata suaminya kerana menggangap suaminya seorang yang sempurna. “Anak-anak kami juga beranggapan demikian.”
Rosilawati mendapat ijazah sarjananya pada tahun 1992 manakala Ismadi hanya berpeluang untuk mengikuti program sarjana pada tahun 1997. Walau bagaimanapun beliau telah memberi sokongan penuh kepada isterinya dan tidak menganggap itu suatu yang boleh mengancamnya.
Walaupun mempunyai persamaan yang agak ketara mereka amat kompetitif  dalam pengajian. Bagaimana pun persaingan itu tidak pernah menggugat hubungan mereka.
Dr Rosilawati menceritakan rahsia menjadikan perkahwinan bahagia dan bermanfaat. “Sekiranya kami tidak bersetuju terhadap sesuatu, saya tidak akan bertegas dengan pendirian saya. Sebaliknya saya akan mengelakan isu tersebut selama beberapa hari dan kiranya saya betul suami saya akan lambat laun menerimanya walaupun ia mengambil masa,
“Tidak seperti lelaki lain beliau sanggup mengakui kesilapanya apabila dia silap,” kata Dr Rosilawati.
Perwatakan suaminya yang adil dan tidak emosi mungkin disebabkan dididkan dia terima waktu membesar dalam sebuah keluarga tentera di mana ayahnya amat tegas dan berdisiplin.
Beliau menceritakan yang bapanya akan melakukan pemeriksaan secara tiba-tiba di biliknya dan ketika itu beliau adik beradik akan berdiri tegap seperti asykar.
Namun kedua-dua mereka menganggap kejayaan mereka adalah rahmat dari Allah dan bukan hanya kerana usaha gigih.
Mereka berdua bersetuju yang perkahwinan akan lebih bermakna sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai matlamat yang sama, dan memahami suatu sama lain.

Saya dan Mr F pun berkeinginan membuat 'sesuatu' secara bersama-sama, Moga Allah membantu dan memberkati usaha kami,
Anna Da Lady

Wednesday, November 6, 2013

Raised garden bed

Satu episod...

Mr F: Ayang, abang ada beli something yang menarik untuk projek garden kita!
Saya: Apa?

Mr F: Tengok ni. Ada gergaji, paint spray..
Saya: Apa abang nak buat?

Mr F: Tengokla!

Dan berlakulah episod-episod berikut:


Mr F tengah bertukang


Mr F tengah spray kayu ni untuk buat garden bed



Garden bed yang pertama



Garden bed yang lama yang Mr F dah trim tepinya dan nak pasang baru 



Garden bed yang baru...



Dan hasilnya, kedua-dua garden bed pada hari kelmarin.

Cuma, masih ada kekurangan...Sebab Mr F nak garden bed ni lagi tinggi macam ni...

Sumber: Google

Tapi, kena beli kayu yang sesuai la kan?

Kayu-kayu yang Mr F buat ni semua adalah kayu terpakai, di korek dari lebihan contsruction rumah kat sini...

Kan boleh 'berjimat' kat situ!
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails