Sebab sekali saya 'tak ikut', mesti saya kena balik...
Namun, kali ni berbeza sekali...
Jumaat hingga Sabtu baru-baru ni, ofis saya ada buat Teambuilding di mana event kali ni first time tak boleh bawak family masing-masing bersama-sama...
Antara acara yang diadakan; buat 'rakit' rentas laut, mini explorer, dan lain-lain lagik...
Acara ni semua habis Sabtu malam tu after BBQ. Sepatutnya kami semua balik hari Ahad, tapi disebabkan ramai nak minta balik awal, terutama kaum ibu, maka Ketua kami memberi ucapan penutup malam itu...
Dan yang bestnya, kumpulan saya , kumpulan Kuning adalah "Juara' berbanding 3 kumpulan yang lain (merah, biru dan hitam).
So, faham-fahamlah bila dah juara kan? Memang banyak 'tenaga' digunakan untuk mencapai tahap tu...
Dan saya yang memang 'kaki semangat' sikit ni, mula merasa keletihan bila sekembalinya ke rumah..Dan tambah letihnya sebab, saya tak boleh tidur semasa berada di tempat penginapan tempoh hari...Tension betoi!
Saya dan rakan-rakan menumpang seorang rakan sekerja untuk kembali ke Bangi...Mr F ambik saya di Tol Bangi pada pukul 12.35am (hari Ahad)...
So, balik je rumah, terus tidur... (sori Mr F, saya tak dapat beri layan istimewa :( )
So, pagi tu, saya ajak Mr F pergi nursery (nak beli baja) sambil nak beli ikan kat pasar borong dengan menaiki motor kecik.
Nak dijadikan cerita, bila sampai kat pasar borong tu, baru saya perasan saya tak pakai helmet!
Mr F buat muka biasa jek bila saya cerita...saya dah mula gelabah dah!
Alhamdulillah, tiada apa-apa berlaku..Dan sememangnya hari Ahad tu, saya rasa saya tak berpijak di muka bumi ni..memang penat semacam....
Tapi, sepanjang perjalanan, Mr F asyik mengusik...
"Ayang, tengok tu, ada polis..."
Ambik dari Mr Google
Sabar jelah,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you