Wednesday, August 25, 2010

2 minggu sudah kita menghadapi bulan Ramadhan

Test rasa sebelum puasa,
Untuk ditempah sebagai kuih raya,
Sudah 2 minggu kita berpuasa,
Lagi 2 minggu kita nak raya.

Pergi bazar di tengah kota,
Sambil-sambil, bergurau senda,
Bagaimana dengan ibadah kita?
Adakah semakin berlipat ganda?

2 minggu sudah,
Anna Da Lady

Sunday, August 22, 2010

'Tawaf' satu Bangi semata-mata nak basuh kereta...

Ni cerita petang semalam...
Disebabkan kereta saya dan kereta housemate saya, KZ dah lama tak cuci dan nampakla kotornya maka kitaorang pun decidela nak g car wash...Ikutilah perbualan ni.

KZ: Mek, mu selalu basuh kereta kat mana?
Saya: Selalu kat Warta tu.
KZ: Berapa ye dia kena?
Saya: Selalu kena 8 ringgit je.Kadang-kadang dia kata jugak 10 ringgit, tapi aku cakap pula kat dia, selalu saya kena 8 ringgit je? Pastu, dia pun kata, okla, 8 ringgit.
KZ: Oh, ok tak dia cuci?
Saya: Ok je. Bolehla.Awat, mek? Mu nak gi basuh kereta ke?
KZ: Aa..Dah berhabuk dah kereta aku.
Saya: Aa..Aku pun sama.Jomla kita gi basuh kereta, nak?
KZ: Ok je. Tapi bila ye? Tak 'jem' ke?

Hehe..Itula permulaan ceritanya. Kami keluar daripada rumah ke Warta dalam pukul 3 petang, dengan bawa 2 kereta yang masing-masing berhabuk luar dan dalam. hehe.
Sampai-sampai sana daripada luar parking space dekat dengan car wash;
Wow..ramainya manusia...Banyaknya kereta. Sampai 'jem'.

Ish ish.Takleh jadi ni..kena tepon KZ..Kata saya...

Saya: Assalamualaikum KZ.Weh, camne ni? jammed terukla.
KZ: Takpe kita tengok dulu camne.Kalu tak ramai orang basuh keta kita masukla.
Saya: Aakan.kita nak basuh je, bukan nak parking.Ok.

Pastu, dengan jalan-jalan semutnya, dokla pikir, bilala Econsave Jalan Reko nak bukak ni.
Tapi, bila nak sampai dekat pintu masuk nak ke parking bawah bangunan Warta, tetiba saya nampak;
Huwaa...Guard Warta tak bagi masukla, sebab penuh sgt. Terpaksala kami pikir alternatif lain.

Saya: KZ, kita nak pergi mana ni?
KZ: Hmm, mu tau tak mana lagi tempat basuh kereta?
Saya: Adala. Dekat ngan kilang tu.
KZ: Jom kita gi tengok.

Sampai-sampai, ala...ramaila pulak orang.

Saya: KZ, mana lagi?
KZ: Mu tau tak car wash dekat dengan Chevrolet tu?
Saya: Aa..tau..
KZ: Jomla kita gi situ.
Saya: K.see u there.

Maka, kami berdua pun, gila basuh kereta kat situ. Sambil2 tu, jamu mata tengok kereta Chevrolet yang baru. Tapi, penat weh...Semata-mata nak basuh kereta, berapa banyak masa terbuang di atas jalan.

Huwaa,
Anna Da Lady

Saturday, August 21, 2010

'Cat' story: Final

Kesinambungan kisah daripada entry sebelum ni...Cerita ni lepas je kami buat pembentangan kat Conference.Terus kami jalan-jalan cari makan (JJCM) dan jalan-jalan cari barang (JJCB) versi Anna Da Lady.

Pengangkutan utama: Sampan.
Moto sampan: Ala2, moto Air Asia. "Sekarang, semua orang tidak perlu lagi berenang untuk ke tepian."
(Hehe...Tapi, tak nampak pulak dalam gambo ni)


Dan lagi:


Aik? Ape tu? Awak tangkap gambar belakang pakcik pendayung ke? hehe...

Inilah rupanya orang yang mendayung tuk kami supaya kami sampai ke seberang.
Actually, kat Waterfront ni, kalau nak makan-makan, disyorkan pergi ke seberang.
Kiranya kena guna sampan untuk seberang daripada Waterfront ke kampung sebelah sana. Namanya Kampong Boyan kalau tak salah.

Pengalaman naik sampan. Ni first time naik sampan. Before ni naik kayak je, naik bot je, naik feri je. Rasa macam terhuyung-hayang jugak. Perasaan tu terbuai2 hingga nak tidur. Macam still lagi dok atas sampan.

Yang canggihnya sampan ni, dia tak 100% use human energy untuk mendayung. Lebih kurang hanya 70% guna human energy. Yang lainnya dibantu oleh generator.
Tapi, ada part yang menarik pasal nak 'gerak'kan generator ni. Just guna tali yang disambungkan pada generator di belakang sampan kepada pakcik pendayung di depan. Good idea!!!
Take only 2 minutes untuk smpai ke seberang.Bayaran hanya 50 sen..
Murahkan?hukhuk....

Then, bila dah sampai kami pun mulalah pencarian mencari makanan untuk mengisi perut yang tgh lapar. Waktu tu lewat petang.
Kruk...Kruk...

Di samping tu, kami juga mencari tempat kek lapis DAYANG SALHAH yang orang Tune Hotel dok sebut tu. So, tanyalah adik-adik kat Kampong tu.

Kami: Adik, boleh akak tanya?
Adik: Aa.. (dengan gaya malu-malu kucing...hehe)
Kami: Adik, mana kedai yang jual kek lapis tu? Hm, namanya Dayang Salhah rasanya.
Adik: Oo..Itu dia yang ada warna pink tu, Kak.
Kami: Ouh..terima kasih, Dik. Eh, Adik...
Adik:  Ye, Kak.
Kami: Apa ye, makanan yang sedap kat Sarawak ni?
Adik: Hm, Laksa Sarawak...
Kami: Lagi?
Adik: Tapi, Laksa Sarawak yang mak saya masakla.
Kami: Hehe..Adik nak ajak kami makan rumah Adik ke?
Adik: (Sengih je)
Kami: Apa lagi yang best, Dik?
Adik: Hm, ayam penyet, Kak.
Kami: Ayam penyet? (pelik jugak, bukan ke yang itu pun ada kat sini, best ke?)
Kami: Oh, terima kasih ye, Dik.

So, nilah makanan2 kami. Sedap ooo...


Then, bermulalah kami memborong kek lapis selepas mengisi perut. Sampai-sampai, setiap pengunjung/pembeli boleh merasa kek yang dibuat/ada di tempat tu.
Tapi, saya beli tak berdasarkan apa yang dirasa. Main hentam je.Hehe...Asalkan dapat pelbagai perisa dan warna.
Yang menariknya, bagi orang yang macam kita ni (yang naik 'belon'), diaorg menyediakan perkhidmatan letak kek lapis dalam kotak, letak plastik dengan jenama "Dayang Salhah" dan tutup dgn tape. Macam gambar saya tunjuk sebelum ni.
Memang kukuhla.So, takyah risaula masa dalam 'belon' tu...
Apala jadi dengan kek-kek aku ni....

Then, sebab dah lewat petang, kami pun berehatla kat hotel. Next day, mission diteruskan.Pergi cari barang and souvenir dekat area kedai-kedai berhampiran Waterfront.
Harganya....Wow, menarik...Banyak yang murah-murah dan berpatutan.
Boleh beli souvenir banyak-banyak, baju dari Sarawak, beg-beg rotan yang lebih murah dari Semenanjung ni.

Untuk saya, saya sangat suka beg di bawah ni.Sebab;
i) Sangat Unik: Saya suka semuanya yang unik-unik. Different from others. Plus, beg ni boleh dibawa ke pejabat dan jalan-jalan.
ii) Sangat menarik: Diperbuat daripada mengkuang tapi beg ni tak nmpak macam diperbuat daripada mengkuang.
iii) Sangat asli: Fuh, hand-made lagik...
iv) Besar: Saya suka beg-beg besar sebab saya suka sumbat macam-macam barang dalam ni.
v) Harga berpatutan: Lebih murah daripada kat pasaranya kalau nak beli beg2 besar cenggini.


Pastu, untuk Mama saya, saya beli beg jugak. Plus, benda kat bawah ni. Lapik/alas pinggan dan gelas/cawan. Beli sebab ia UNIK, CANTIK dan MURAH jugak. Hehe...


Untuk Abah saya, ada baju kemeja. Cantik jugak. Puas kami mencari barang tuk ayah masing2. Alhamdulillah, jumpa jugak.
Plus, souvenir untuk my friends, anak-anak buah etc.

Then, lepas habis shopping barang-barang ni, kami pun letak barang kat hotel dulu. Sebab tak 'celuih' dah nak letak kat tangan. Hehe...

Lepas tu, pergi seberang. Tengok suasana kat Kampong Boyan pada sebelah petang pulak. Kawan saya ajak saya beli Ikan Masin yang terkenal kat Sarawak tu..Ape ye namanya?Hmm...Ala lupalak...
Tapi, saya kata...
Takpela...Awak je beli.Saya rasa malas la nak bawa ikan masin tu.

Tetiba:
Kring...Kring...

Angah: Acik...Ada kat Kuching lagi ke? Bila nak balik?
Saya: Aa..ada je lagi. Balik petang ni. Nape, Ngah?
Angah: Dah beli ape dah?
Saya: Adala. Acik beli kek lapis, barang-barang sikit.
Angah: Acik beli tak ikan masin tu?
Saya: Taknakla.Malas nak beli. Banyak dah barang ni.
Angah: Ala, belila Cik.Ni dah nak dekat bulan pose ni. Sedap tau makan ikan masin tu.
Saya: Hm, yelah nanti Acik belila.

Ala, kenala jugak beli. Hehe...
Maka, pergila cari Ikan Masin yang dikatakan tu. Beli 3 ekor je. Rega dia: 3 ekor RM10 (besar-besar).
Plus, diaorg sediakn khidmat kotak plus balut ketat2. Sangat cantik packging dia.Siap ada tempat pemegang lagi. Mail Boyan, nama warung jual ikan tu. Hehe...


Maka, dengan itu, berakhirla cerita perjalanan ke Kuching.

Nanti saya pergi lagi ye, Kuching...Nantikan kedatangan saya,
Anna Da Lady




Wednesday, August 18, 2010

1 Minggu di Bulan Ramadhan

Sudah seminggu kita berpuasa,
Menahan lapar serta dahaga,
Nafsu juga dikawal kita,
Supaya kita tidak terleka.

Pagi-pagi bangun sahur,
Sudah kenyang kita pun tertidur,
Namun, jangan kita terlajak tidur,
Hingga Subuh terlepas, masanya  kerna enaknya tidur.

Juga untuk saya,
Anna Da Lady

Saturday, August 14, 2010

FRI @ Hospital

Assalamualaikum,
Masih ingat lagi tak dengan guest blogger yang saya jemput menulis sebelum ni?
Hm, saya ingin berkongsi berita bahawa dia sekarang di admit di salah satu private hospital at Penang atas masalah kesihatan.
Ini satu dugaan baginya. Diadmit pada bulan Ramadhan yang mulia.

Moga beliau tabah menghadapinya. Dan moga juga beliau cepat sembuh, sihat dan ceria kembali bersama keluarga dan sahabat tersayang.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesihatan beliau.

Sharing is caring,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails