Nak jugak letak Perlis sebab itulah tempat kelahiran, dan itulah tempat membesar :)
Sebab apa saya suka Penang?
Sebab kat situlah;
1) Saya mula start bekerja.
2) Saya mengenali ragam-ragam manusia
3) Saya mula mahir bawak kereta
4) Dekat dengan kampong saya w/pun memakan masa sejam lebih
5) Saya mula kenal 'seseorang' :)
Dan apa yang membuatkan saya suka sangat dengan Penang sebab;
1) Tempat ni dekat dengan Pantai :)
2) Foods nya murah dan sedap
3) Tak 'jem' sangat macam kat KL ni :(
Dan sebab itulah, setiap kali saya balik kampong, tak kiralah sama ada berdua dengan Mr F atau balik sorang, mesti saya singgah Penang. Selalunya, saya akan singgah dulu rumah yang disewakan di situ untuk amik surat...
Dan jika saya balik dengan Mr F, kami akan buat beberapa perkara berikut;
1) 'Pekena' lunch dekat kedai makan tepi sungai...
Sungainya bersih sahaja...Dari zaman bertahun-tahun dulu sampailah sekarang... |
Ni antara menu wajib setiap kali datang kedai makan ni....
Kalau Mr F, dia mesti ambil gulai ikan, papadom. Kalau saya, mesti ambil sambal sotong rendam, ulam-ulaman dan sambal cicah.
Dan ini adalah bekalan sepanjang perjalanan..Tea ais dari kedai mamak dekat dengan rumah lama kami :)
Memang best lah Penang,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you