Wednesday, July 25, 2012

Apa yang dibuat dengan bonus tu?

Harini, dan sepanjang Ramadhan, TV memang dah jadi agenda yang terkebelakang. Hanya dibuka bila nak dengar azan...

So, most of the time, dapat kabar2 gembira atau sedih atau takdak kaitan atau ada kaitan daripada FB dan akhbar online dan juga gosip sesama kawan :)

Tadi, sejurus lepas dari berbuka di hotel, balik je lepas siap2 mandi, terus mengadap FB..dok tengok status kekawan..Banyak tulis pasal bonus...

Alhamdulillah, dapat jugak, walaupun yang di aim kawan saya tadi...

"Ada tak nak dibagi bonus 2 bulan gaji? Tak merasa lagi ni..."

Hehe..Saya gelak je la...Lain la kalau kita keje swasta dik oi..hehe

Ok, bila cakap pasal bonus, ramai orang memang dah ada aim nak spend ke mana duit tu...

Saya rasa lah, kebanyakkannya termasukla saya, akan menaburkan duit2 itu untuk digunakan semasa Raya spt servis kereta, trip ke mana2 dll.

Memang, agak susah sikit nak dijadikan bonus tu simpanan di hari tua :)

Tapi, kakak saya lain...Dia asyik kata, bagus ni bila dapat bonus, boleh gi cari barang kemas lagi..Labur jugak tu..Hehe...

Apapun, lain orang lain cara...

Yang penting kita ni termasukla saya kena pandai berjimat cermat ye...
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails