Friday, June 29, 2012

Juga 1001 kisah makan malam diiringi pantun

Ini ada kesinambungan sikit dari cerita my BFF, Mrs Lea...Hehe...Tajuk pun lobih kurang, cuma dalam gaya saya persembahkan.

Ni saya nak bermula sikit dgn pantun 2 kerat and 4 kerat yang ada OK ada KO. Tapi, jalan jelah ye!
Disebabkan saya ni oghang Utagha, kita cakap sana na. Dengaq elok-elok no.

Pat pat siku lipat,
Sapa lambat, cheq nak hambat.

Esok malam cheq kena buat persembahan,
Atas pentas cheq ni spesis terketaq-ketaq,
Lani prektis, nampak boleh tahan,
Esok taktau kot-kot jadi, mulut ketatt.

Cheq baghu beli baju kebaya,
Konon slim taktau sampai bila,
Kawan cheq habaq baju ni segaak bergaya,
Cheq pun rembat tak kira apa.

Suami cheq pakai baju melayu,
Malam tadi cuba nampak terharu,
Warna bighu tema kami you,
Tapi tak sama sebijik bighu tu.

Makan malam besok, cheq dok tunggu
Tapi buat keja cheq banyak tertangguh
Cheq taktau minggu depan kot-kot lagi harubiru
Taktau bila siap keja, sampai sudah

Cheq ingat nak mengundur diri
Bagi laluan pada benda lain
Harap-harap semua menjadi
Kalau tidak, cheq nak sembunyi dalam kain

Anna Da Lady



Thursday, June 28, 2012

Teknik rompak terkini langgar belakang kereta

Terbaca info ni di satu blog orang lain. Sila baca dan moga kita selalu beringat. Jalan ni memang saya selalu guna. Tapi, bila malam, saya elakkan guna and guna tol sungai besi.


Tektik Menipu Kaedah Terkini...!!!

Aritkel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!

Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.


Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Monday, June 25, 2012

Panas

Masuk ofis udara dari aircond takde. Rasa macam duduk mana ntah.

Pastu naik atas ofis around 8.30am, Unit Pembangunan baru nak check sapa yang terkena dengan kerosakan air-cond ni. Rupa2nya satu building kecuali sape yang ada aircond sendiri.

Tapi, alhamdulillah, sekarang dah rasa aircond tu dah nak berjalan semula.

Maka, mood kerja pun dah naik balik. Kalau tadi, rasa macam "forget about 'tonne-tonnes' of work today"

Anna Da Lady

Sunday, June 24, 2012

Sekitar Tok Bali, Kelantan


Keadaan langit di kala senja nak melabuhkan tirainya


Apa ni?


Langit di petang hari

Wordless Sunday!
Anna Da Lady



Saturday, June 23, 2012

Mari belajar bahasa Jerman bersama Cikgu Rosetta Stone

Uish, ponet nya belajar bahasa baru ni. Bahasa ni kalau nak ikutkan lebih kurang bunyi macam bahasa omputih. Tapi, lagi pekat slang dia..

Contoh, drink...dia bunyi trinkt (disebut trring)...R tu lobih sikit ye.
Lagi, eat..bunyinya isst.

Ni gara-gara Mr F la..Naikkan semangat saya nak belajo bahasa Jerman. Sampai di download nya benda alah ni.

Dia pulak dari dulu dah download yang bahasa Arab nyer. Tapi, sampaila macam tak gerak je...Huhu

Tapi, apapun memang best..sebab dia macam ala-ala game budak2 baru belajar ABC. Ada game mix and match la, colorful..penuh dengan gambar...macam-macam :)

Tapi, bila umur dah gini, macam lombap sikit je nak belajo benda baru. Tapi, better late than never kan?

Jom kita try lagi,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails