Tadi ada terbaca satu artikel pasal seorang pelajar, sudah kembali ke rahmatullah, tapi sempat ibunya membuat catatan sepanjang sebelum pemergian beliau....
Namun apa yang paling menyerap dalam hati ini ialah bagaimana beliau sentiasa yakin dan bersedia dengan apa yang Allah aturkan...
Hmm, yakin dengan Allah, percaya dengan Allah, InsyaAllah, hati tenang, kan? (sebenarnya ini sebagai semangat pada diri ini tatkala ada benda yang tak terduga terjadi)
Life is too short to regret, untuk rungsing-rungsing pasal hal dunia, kan? Chaiyok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Anna Da Lady
Friday, March 8, 2013
Wednesday, March 6, 2013
Bila dapat emel dan message offer @IKEA...
Wah, nampaknya promosi besar-besaran, diskaun bertambah2 kat IKEA sudah bermula...
Sonoknya rasa, sebab tahun lepas , ada satu barang tu yang saya dan Mr F 'aim', memang diskaun sampai 50%, apa lagi, time tu, rembatla...Pernah cerita dalam ni, rasanya...Cuba check link ni....
Kali ni, kami dok 'aim' nak amik drawer, study table and kerusi study....Moga-moga adalah diskaun berlipat kali ganda pada items yang dinyatakan...
Macam nak kena serbu esok je...Hehe
Anna Da Lady
Sonoknya rasa, sebab tahun lepas , ada satu barang tu yang saya dan Mr F 'aim', memang diskaun sampai 50%, apa lagi, time tu, rembatla...Pernah cerita dalam ni, rasanya...Cuba check link ni....
Kali ni, kami dok 'aim' nak amik drawer, study table and kerusi study....Moga-moga adalah diskaun berlipat kali ganda pada items yang dinyatakan...
Macam nak kena serbu esok je...Hehe
Anna Da Lady
Tuesday, March 5, 2013
Pisang di kebun kami
Pisang kami yang berbuah buat kali pertama..Alhamdulillah...
Wahai pisang, mudah-mudahan awak dapat membesar dengan selamat ye!
Anna Da Lady
Monday, March 4, 2013
Mati syahid..Sebak terasa
Petikan dari artikel Kosmo ini
SEbak je rasa hati ini bila membaca artikel ini...Berat mata memandan, berat lagi bahu memikull...Moga allahyarham dan perwira-perwira negara lain yang terkorban ditempatkan di bawah rahmat Allah...
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2MZ3uYrSH
Hakcipta terpelihara
SEbak je rasa hati ini bila membaca artikel ini...Berat mata memandan, berat lagi bahu memikull...Moga allahyarham dan perwira-perwira negara lain yang terkorban ditempatkan di bawah rahmat Allah...
Koperal Salam ingin mati syahid - balu
04/03/2013 5:19pm
TAWAU — Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, kelmarin sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.
Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata, sejak tiga bulan lalu, Salam, 42, menzahirkan keinginannya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.
"Kalau ada siaran mengenai Palestin, dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.
Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu lalu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.
"Saya tanya dia kenapa. Dia kata ”Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat”. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada pukul 10.15 pagi tadi selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.
"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga,” katanya. — BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2MZ3uYrSH
Hakcipta terpelihara
Bila semua pasukan pertahanan terpilih diminta stand by
Sejak minggu lepas, hati ini selalu berdebar2 sejak membaca berita terkini yang berlaku di Sabah...
Walaupun tiada saudara mara yang duduk berdekatan dengan kawasan krisis, tetapi hati ini tetap sedih dan menangis bila mengenangkan pemergian wira-wira negara dalam mempertahankan tanah air ini...Al-Fatihah untuk yang telah tiada...
Pada perwira lain yang masih segar dan bertenaga mempertahankan negara kita, sama-sama kita doakan semoga semuanya selamat dan moga negara ini dilindungi dan diberkati Allah hendaknya...
Juga, tak lupa penduduk2 yang selalu 'berjaga' dan 'alert' dengan keadaan sekitar walaupun mendiami di tempat sendiri...Hmm, tak dapat bayangkan camne bila benda ni berlaku di zaman milenium ini...
Selalu, tengok kat dalam berita (tu pun luar negara) and dalam filem...
Bila ingat pasukan pertahanan, terus teringat pakcik and adik yang berada dalam pasukan tentera...Semua kena standby jika dipanggil....
Apapun, moga seagalanya berakhir dengan tiada lagi pertumpahan darah dan aman makmur kembali...
Anna Da Lady
Subscribe to:
Posts (Atom)


