Friday, August 3, 2012

RM300 sehari

Terbaca artikel ini di Kosmo...


SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.
Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.
Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan.
Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
“Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
“Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
“Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.
*****************************************************************************************************************
Macam-macam,
Anna Da Lady

CDM-cash deposit machine

Hmm..harini betul2 buat saya pening kepala..sampai kena mintak cuti rehat...

Ni disebabkan masalah memasukkan $$$ kat CDM at satu bank ni.

Asyik dok reject je saya punya duit, padahal saya baru je amik $$$ tu kat bank lain...

Mula-mula, lepas reject dalam 2 kali, CDM tu terima lah saya punya duit, tapi tak cukup..Then, saya add lagi...

Reject jugak..Sehinggalah, tetiba tup........

Kad saya keluar balik...Taktau apa jadi dgn duit tu, saya terus buat repot kat bank tu...Entahla samada saya ni silap atau CDM tu silap...

Sebab tu la, saya tak suka guna CDM..lebih gemar khidmat -akak-abang- kat kaunter...walaupun kena menunggu, tapi yakin selamat!!!

Anna Da Lady

Thursday, August 2, 2012

AEON Fiesta@Taman Equinne dan Bazar Ramadhan

Balik-balik je dari kerjad tadi, terus solat Asar dengan Mr F, then, terus cabut pergi AEON Taman Equinne dengan motor kapcai...Best je naik motor..Pantas!

Lepas tu, bila masuk je AEON, terus rasa teruja dan terkejut...Giler ramai orangg...

"Eh, diaorang ni tak keja ke apa..."

Pastu..tengok sana sini sale...Pastu, kat luar shopping market, ada deretan kaunter untuk redeem voucher...Wow bestnya!!!

Kami datang sini pun, sebab Mr F nak beli seluar kerja dia...Dah lama dia tak membeli barangan keperluan dia...

Memang sampai je, terus pergi mengadap bahagian seluar lelaki...Saya langsung tak pandang kiri kanan untuk tengok kot2 ada yang berkenan kat bahagian lady..sebab orang ramai...

Lepas tu, lepas bayar semua and sambil tunggu saleswoman potong seluar, saya dan Mr F tunggulah di kerusi yang disediakan...

Sambil tu, sebab saya bosan...

"Abang...Ayang nak window shopping boleh? Window shopping je, bukan shopping..Ok ye?"

angguk je Mr F :)

Pastu, jalan kat bahagian blaus..bahagian tudung..tersangkut kat situ lama...sebab 70% off plus 10%....Wah, tergugat iman makcik..Tapi, pendam kan dulu :)

Lepas tu, terus pergi balik kat Mr F...Kata beliau...

"Hmm, ada yang berkenan ke?"

Saya jawab...

"Adalah satu..."

Mr F kata; "apa?"

"adalah satu...tak payah habaq la.."

hehe..ayat pendam tu...lepas tu masa lalu bahagian kasut perempuan sebelum sampai dekat tempat potong/jahit seluar tadi, saya pegang satu kasut...

Dalam hati cakap..."Hmm, cantik jugak kasut ni.."

Lepas tu, tetiba Mr F kata, "aala, ayang kasut ni cantik..Cuba try..."

Aik..Mr F dapat baca hati saya ke? Hehehe...Jawab saya balik...

"Takpela, Abang...Malasla.."

Hehe..Last-last before keluar, Mr F bagi saya satu 'not', kot2 la nak beli kasut next time...

Terima kasih, sayang bambam :)

Ok, selepas dah setel beli seluar, terus singgah Bazar Ramadhan, sebab memang tak sempat dah pun nak 'bersilat' di dapur...Ni second time kami mengadap Bazar ni..Kalau tak penat macam first time (ahad lepas-sebab balik kampong) dan kalau sempat macam sekrang, jangan harapla, nak menyinggah...

Last-last, kami beli; 
- nasi kerabu untuk saya (sedap!), 
- nasi ayam goreng berempah (ayam dia tak masak sangat)
- ayam percik (biasa jek dan imej penjual dia kami tak berapa gemar)
- otak-otak gelang patah (sedap, dan tukang buat dia nampak ikhlas je bila menjual..yang nilah yang kami cari)
- air tebu (sedap tapi manis sangat!)

Total lost; Lebih RM 20...

Kata Mr F;

"Hmm, sehari datang bazar ni pun dah habis dua puluh..mahal betulll"

Saya jawab balik;

"Hmm, naisb baik kita datang sini pun sekali sekala...and kita ni bukan jenis pemakan kuih muih..kalau tak habisla kat bazar ni je/..."

Apapun alhamdulillah dengan kuniaan dariNya setakat ini,
Anna Da Lady

Wednesday, August 1, 2012

Insurans kereta dan baiki cermin retak

So, selepas je tragedi tadi, masuk ofis..Hati masih tak tenteram...

Dok fikir..."agak2, berapa lama ye cermin tu dapat bertahan?"

Saya pun check kat tenet harga cermin kereta depan ni...Dalam November 2010, ada satu kedai kat Jalan Pahang, customer ni kata harganya dalam RM360..Pastu ada yang kata RM350...Double layer...

Pastu, ada satu forum ni kata, kalau kena RM700 tu, memang kena ketukla tu...

Pastu, tanpa banyak cerita dan nak berkongsi perasaan resah ni, terus call Mr F...

"Abang...tadi masa ayang kat highway, ada satu batu ni...tup, jatuh atas cermin kereta...Kalau rasa dari dalam takde ape, tapi, bila rasa dari luar, ada kesan tak rata.."

Mr F kata;

"Hmm...insurans haritu cover tak?"

Saya pulak jawab..."Tak pastilah..."

"Hmm, kang abang dah cakap amik insurance provider yang lama, senang citer"

Saya.."Yolah, nanti ayang call orang tu.."

Pastu, bila saya fikir balik, masa saya renew insurance bln 3 tempoh hari, memang saya tak bincang byk dgn insurance provider tu, sebab tau jelah, insurance pun ribu riban...jadi, malas nak tambah apa2 lagik...

Last-last, bila call...

"Maafla, Puan...takde dalam insurans..Puan hanya boleh ubah polisi bila buat insurance baru which is next year.."

Dalam hatin, huwaaa...Tapi, masih bertenang lagik...Saya tanya lagi

"Berapa ye, kalau kena bayar untuk cermin tu?"

"15% dari harga insurans...."

Jadi, saya pun hitung-hitungla...Hmmm...Tak banyak pun dia cover...Hanya seratus lebih kurang dari harga yang disurvey tadi...

Hmm, nanti kena cari kedai cermin kereta la jawabnya...

Mr F, maafkan saya ye...Saya tak bersalah, batu tu yang salah!
Anna Da Lady


Cermin depan kereta dilanggar batu

Hmm...sedih betul tengok cermin kereta sekarang. Rasa tak puas hati je.

Mai mana la batu ni?

Nak kata duduk belakang lori tak...


Nak kata ikut jalan banyak batu tak jugak...


Hmm, tadi ikut highway je...

Ada la setompok batu tu langgar cermin tadi. kena kat bahagian bawah. Kuat jugak hentakan dia...

Tak cerita lagi kat Mr F...

Dulu, Mr F kata, pernah kena sekali, tapi insurans cover waktu tu...

Tapi, kali ni dah bertukar insurance provider...Tak pasti cover ke idak cermin keta...

Tak bestnya mood di pagi hari,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails