Tuesday, March 6, 2012

060312: Bila dokumen yang di'save' semalam hilang...

Pagi ni, datang-datang ofis terus je bersemangat nak buat kerja wajib nan satu...Sebab pukul 4 ni nak kena submit.

Kerja apa tu? ...

Saya kena buat proposal untuk apply research grant. Tapi, grant ni unik sikit. Sebab kena gabung dengan univ. lain dan multidiscipline field.

Jadi, saya ni berpayung di bawah satu projek besar, dan saya akan buat satu sub-sub projek kepada sub projek besar ni. Ha, nampak tak? Berapa banyak sub projeknya. :)

Masalahnya.....

Semalam, saya dan my group dengan my senior diskus pasal benda ni dari pukul 2.30-7.00 petang semata-mata nak keluarkan idea berkaitan projek ni..Tapi buat draft je pun..Belum details lagi...Lama tak? Sangat lama bagi saya :)

Pastu, masalah besarnya....

Dalam pukul 10 lebih malam tadi, my senior dah hantar beberapa fail words yang kami diskus semalam tru emel. So, saya kata, "OK..dah dapat. Esok bolehla mengadap benda ni bila dah ada rujukan...

Jadi, pagi-pagi bila sampai...

"Aik, internet connection problem lagi ka? Haiya..macammana nak buat kijo ni..."

Tanya ofismate, semua face benda yang sama...Tapi, after a few minutes, ok dah...

Jadi, saya buka file yang my senior hantar tu...Sekali, dua kali saya tekan..tak keluar-keluar...Last-last keluar benda ni...


"Haiya..what happen?"

Ok...takpe-takpe..try call kekawan yang lain...maslaah sama jugak..tak dapat bukak...then, call my senior untuk send sekali lagi..

pastu, tetiba..."Alamak, internet connection problem lagi..."

Kalut dah saya time ni...Jadi, naik atas lab...Jumpa kekawan...

"Korang, ada internet tak? Dapat bukak tak yang prof bagi tu?"

"aala..tak dapat bukak"

Haiya..tak boleh jadi ni...pergila mengadap my senior...

"Prof, still tak dapat bukak la file tu...Cuba prof check dapat bukak tak dari komputer prof.."


"Aala..tak dapat..aik, apa jadi ni..takpe, you pergi tengok laptop semalam tu, saya pergi helpdesk, suh diaorang scan, kenapa tak boleh ni..hm..naya kalau tak boleh ni..."

Alhamdulillah, ada satu fail di copy dalam laptop tu, cuma fail-fail lain hopefully selamat la..
Anna Da Lady

Monday, March 5, 2012

050312: Bila balik kampong naik moto kali kedua

Fuh. alhamdulillag, selamat perjalanan kami pergi dan balik dari KL ke Kedah, Kedah ke KL, dibasahi oleh hujan yang ada ketika lebat, ada ketika renyai...

Pengalaman yang memang tak dapat dipadam dari ingatan. Pengalaman yang menginsafkan diri, pabila melihat langit, bukit, pokok dan merasa angin menyapa pipi...Damainya...subhanallah...

Dan alhamdulillah, balik kampong kali ni, ku tak rasakan sakit-sakit belakang sangat macam kali pertama haritu...Nak tidur pun susah. Macam ada benda hinggap kat belah kanan ni..dok cucuk-cucuk...

Cuma rasa penat je melanda diri saya dan Mr F...Macam perbualan semalam sebaik sahaja membersihkan diri selepas tiba di rumah tersayang dalam pukul 5.45pm...

Saya: Abang, mengantukla...Tidur kejap boleh?
Mr F: Eh, tak elok...Nanti tak betul kita ni (masksudnya G.I.L.A)

Last-last, dua-dua tertidur sebab penat sangat...
Anna Da Lady

Friday, March 2, 2012

020312: Bila balik dari kerja selepas Maghrib

Last Wednesday, saya balik kerja agak lewat. Bukan selalu saya buat begini. Untuk tahun ni, ini adalah kali ke-2.

Entah semangat apa yang datang pada saya waktu tu. Buat kerja sampai tak ingat nak makan heavy food. Last-last after asar, baru rasa nak makan. Tupun, hanya menjamah roti bun kelapa. Oklah...

Tapi saya rasa maybe semangat ni datang dari speech tnc pagi tu. Wow, bukan main bersemangat tnc ni. InsyaAllah, moga semangat bekerja dan belajar berkekalan lama :)

Pastu, bila je keluar dari ofis, nampak hanya beberapa kereta je yang ada. Nampak macam kereta student je. Nasib baik waktu ni semester baru dah start. Kalau tak, saya rasa maybe boleh kira dengan jari berapa je yang sudi stay di fak ni malam-malam. :)

Then, saya dah rasa...

"Hmm, macam mana diriku nak bawak kereta malam-malam ni? Rasa gelap je...."


Yes...saya ni memang kurang expert bawak kereta malam-malam terutama tempat yang takde lampu jalan sepanjang jalan. Sebab tu saya suka KL sebab jalan dia sepanjang jalan ada lampu :)


Tapi, dari ofis saya ke rumah saya which is dari bangi ke tmn p/jalil, bukan sepanjang jalan ada lampu...Maka terhegeh2 la saya bawa...pegang stereng, macam nak makan stereng. :)


Bahayakan?
Anna Da Lady

Thursday, March 1, 2012

010312: Berlainan bahasa

Malam tadi lepas je Maghrib, saya dan Mr F terus ke ofis Mr F, sebab Mr F tinggalkan laptopnya di ofis and he need to call someone from office.

Before that, we had our dinner at Dominos Subang. Hurm, lamanya tak makan pizza Dominos...Sedap...Sampai mr F kata..

"Hmm, cuba tengok roti dia ni. Lembut di dalam, Keras di luar."

Sambung saya pula...

"Aa.wangi pulak tu..Super duper sedap..."

After masing2 mengisi perut, terus beredar ke ofis beliau.

"Gelapnya. Derang ni memang jenis tak tinggalkan satu lampu pun." Kata Mr F.

Pastu Mr F start buat kerja beliau, saya pula ambik magazine yang ada di office tu. Mula-mula pegang and baca magazine "the address" kot tajuk dia...tapi, dulu masa first time baca, agak bosan..Lani rasa seronok pulak..Sebab dah tahu hala tuju magazine tu...

Masa mula2 pegang mag. tu, anggapan saya..

"Hmm, magazine orang kaya ni..."

yelah...memang cover dia semua orang hebat2...

Tadi baru perasan..rupanya yang jadi cover tu, semua orang yang menginap di Tropicana...Wow!!!!!

pastu yang paling menarik, ada satu couple ni, williams (UK) and miki (korean)...mereka ni berjumpa di satu tempat. bidang mereka lebih kurang je. dalam insurance agency. masa first meet, memang dua-dua saling fall in love...obstacle nya...sorang cakap macam ayam, sorang cakap macam itik :)

Faham tak? hehe...tetiba terus teringat...isu ni pernah diutarakan dalam Red.fm bulan lepas...bilamana dalam satu-satu pasangan tu, fasih bertutur dalam bahasa berlainan...cntoh, sorang fasih in english, sorang fasih dalam hokkien...

so, berbalik to cerita tadi, williams ni memang english man la kan..so, dia memang cakap omputih, masalahnya miki ni tak berapa fasih cakap omputih..lalu mereka terpisah disebabkan perkara ni.

namun, jodoh menemukan mereka semula...

after a few years, william terjumpa kembali miki di Korea....and apa yang menariknya, miki sangat fasih bertutur bahasa omputih...Woww!!!

Terus semangat naik,
Anna Da Lady

010312: Bila masih dalam negara

Esok, saya ambil cuti...Sebab nak balik kampong...Ada salah sorang anak family angkat Mr F kahwin hujung minggu ni...

Kalau ikutkan hati, macam taknak join balik sekali, sebab banyak kerja menanti...Tambah2 bila hari Isnin ni, ada satu meeting pasal nak apply research grant. mesti kena study dulu hujung minggu ni...Takkan nak bawa kertas kosong je, takdak input untuk meeting...

Pastu, tetiba terfikir...

"Hmm, kalau lah diriku ini masih study dalam mesia untuk phd nanti, agak-agak macam ni la ye? Kenduri je balik. kenduri je balik. Haish"

Pastu teringat jugak, kata-kata kekawan yang sambung belajo dalam negara...

"Hmm, sampaikan kucing nak beranak pun balik...Tulah perumpamaannya bila sambung dalam ni. Nampak macam mudah. Tapi, kita kena pandai control bukan family kecik kita je. Family besaq pun kena pandai control."

Ye tak ye jugak,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails