Wednesday, February 22, 2012

220212: Memang kuatla naluri I...

Seperti cerita sebelum ni pasal my BF telah selamat melahirkan anak, saya jugak nak share apa naluri saya kata semalam...

"Janganla pendrive ni tertinggal kat rumah, kang nanti, nak mengajar camne?"

Last-last, this morning...

"aik, pergi lari mana pendrive ni?" (sambil ingat apa yang saya buat dengan pendrive semalam)

Lari naik atas, pejabat am...tanya kerani...katanya takdak...

Pastu bila turun bawah, baru teringat....

"Alahai, tertinggal kat rumah sebenarnya."

Buat kerja ofis kat rumah semalam waktu malam, guna pendrive tu...

Last-last kan dah tertinggal..

Tapi, nasib baik ada backup cuma tak comei la mcm semalam...

Tapi, bolehla asalkan ada...Kalu tak, terpaksala guna 'ilmu yang sekerat' tu untuk membebel...

Simptom lupa semakin menjadi,
Anna Da Lady

220212: Lahirnya seorang lagi muslimah

Semalam sewaktu keluar dari ofis selepas je habis meeting, terus bergegas-gegas balik rumah.
Sebelum tu, sempat menjeling melihat Puan Lea yang sedang menunggu hari sedang bercakap melalui telefon.
Rasa nak menegur nya, mana tahu esok tidak sempat aku melihat dirinya berbadan dua.

Tetiba harini...

"Alhamdulillah, saya sudah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25kg bla bla bla..."

Wow, sangat terkejut, okeh....

Tapi apapun alhamdullilah...

Sudah selamat,
Anna Da Lady

Tuesday, February 21, 2012

210212: Pantang makanan sekejap...Darah tinggi and kolestrol

Seperti yang dikongsi dalam 2 entry sebelum ini,  maka alternatif 'pantang' akan diambil untuk tidak menerukkan lagi keadaan.....


Walaupun Doc belum kata apa-apa, tapi kita sebagai isteri ni perlu lah responsible kan? Mr F, saya rindu senyuman awak. Taknak awak sakit-sakit dah...


Maka, saya listkan sebahagian Do and Don'ts yang kita boleh jadikan panduan untuk orang yang ingin mengurangkan/mengelakkan darah tinggi or kolestrol (dirujuk daripada Mr Google)


Hidangan Dielakkan           
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak /  Nasi Goreng / Nasi Ayam         
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng          
3.  Roti canai/ telur/ Murtabak          
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin         

5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan         

Digalakkan 
1. Nasi Putih / Kanji  
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam 
3. Capati tanpa ghee / Tosai 
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato 
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan  

6. Buah-buahan Segar, paling berkesan buah plum...(yang ini memang dulu saya amalkan)


Tapi, harini, saya telah menjamu Mr F nasi ayam sebab balik dalam keadaan tergesa-gesa, dan untuk saya nasi kukus ayam goreng berempah...


Tapi sempat sambar 100plus, sebab saya ingat lagi, my eldest brother dulu kena darah tinggi, dia amalkan minum 100plus terutama bila rasa pening-pening tu...kalau travel, wajib ada air ni...


Hmm, pasal goreng menggoreng tukan...Kalau kita gantikan minyak tu dengan minyak zaiton, agak-agak boleh ke membantu?


Tapi apapun semua dengan izin-Nya
Anna Da Lady

210212: Tak sedap duduk

Dalam pukul 11 tadi sewaktu dalam perjalanan ke Computer lab.

Saya: Assalamualaikum, Abang. Dah kat ofis ke?
Mr F: Tak. Rumah (dalam keadaan tak bersemangat)

Saya: Ha?
Mr F: Aa, pening lagi. Rasa terhuyung hayang. Balik pukul berapa ni?

Saya: Macam biasa. Petang (tapi dalam hati, ???)
Mr F: Hmm.

Awal pagi tadi masa keluar kerja, nampak dia masih berbaring.
Minta izin untuk keluar dengan matanya masih terpejam, mengantuk.
Tak tahu pulak, beliau masih tak sihat sepenuhnya.

Hmm, ni pun tak sedap duduk.
Nak cabut sekarang, keadaan tak mengizinkan. Meeting  sebentar nanti till pukul 4pm

Anna Da Lady

Monday, February 20, 2012

200212: Keadaan yang merungsingkan

Semalam, Ahad lewat petang selepas balik dari rumah Mak mertua, terus bawa Mr F ke klinik selepas Mr F mengadu kepala nya sakit...

Sampai je klinik, nak dekat-dekat Maghrib tu, nurse panggil suh berjumpa Dr. Lama beliau duduk dalam klinik.

Bila keluar je dari klinik, nampak mukanya yang sangat tidak berpuas hati...

Saya: Macammana? Dr kata apa?
Mr F: Dr bagi makan ubat. La la tu jugak (Maksudnya, waktu tu jugak). sebab darah tinggi sangat.

Saya: Hmm, habis tu? kena makan ubat tu dah ke?
Mr F: Tak...esok kena datang balik. ambil air kencing dan darah untuk lab test. 120 hinggit bayarannya.

Saya: Ok...

Semasa dalam kereta,

Saya: Hmm, lepas ni kenala berpantang. Tak boleh makan kambing semua tu...nasi arab pun tak boleh.
Mr F: Mana ada...boleh la...

Saya: Awak..boleh tak, kalau dengar cakap saya ni...Ish, macam budak-budak...
Mr F: Yolah...

Saya: Makan sup sayur...
mr F: Taknak...

Tapi, dalam hati saya, sudah ada sedikit gusar. Rasa macam hati tak tenang je..Kepada Allah, saya meminta pertolongan...

Dalam pukul 2 pagi,

Mr F: Ayang...kepala Abang peningla..sakit sangat...
Saya: Hah? kita sapu minyak angin dulu....Hmm, cuba try tidur dulu

Mr F: Tak aboleh...sakit sangat...rasa nak meletup ni...
Saya: hmm (sambil dalam hati cuak)

mr F: jom bawa ke HUKM. ok tak?
Saya: Jom

Bila sampai di HUKM, ada banyak fasa perlu ditempuhi...

Fasa 1: check tekanan darah dengan assitant yang bertugas.
Sambil Mr F menceritakan apa yang berlaku semalam..

Assisant: Tekanan darah abang Ok je....

Saya rasa pelik pulak..sebab semalam tinggi..mungkin sebab ubat tu kot..yang Dr suh telan semalam...

Fasa 2: check dengan assistant lain pulak di dalam bilik, sambil tunjukkan dia ubat dari klinik semalam.

Assisstant: Hmm, bagus ubat ni. Dah makan?
Mr F: Belum. Sebab kena puasa semalam. Sebab esok nak kena ambil urine test.

Fasa 3: mendaftar di kaunter pendaftaran...

Waktu ni, nampakla ramai orang tengah menunggu giliran...

Dalam satu jam, kami menunggu, angka giliran nampak mcam tak berganjak je...
Last-last, Mr F kata...

Mr F: Ayang, cuba check dengan petugas tu, boleh tak kita cancel?
Saya: Eh, Abnag dah ok ke? Betul ni?
Mr F: Aa, ok sikit...
Saya: Hmm, ni mesti sebab tadi kat rumah panas dan tak boleh tido kot..
mr F: mungkin...

Dalam hati, hmm...kena pasangla aircond kat rumah..Kesian Mr F..

Pagi ni...dalam pukul 9 pagi, terus pergi klinik...

Ambil darah dan air kencing...
Mr F cakap, Dr kata darah dah turun..tapi, kena check jugak camne...

Wahai Mr F, jagalah diri elok-elok, dengarlah cakap kami-kami yang tersayang ni,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails