Tuesday, September 7, 2010

Khas untuk pembeli kerang dari ChowKit

Sumber: Harian Metro


Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Inilah bila kita tak faham,
Anna Da Lady

Beberapa detik Ramadhan beransur pergi...Minggu terakhir

Sungguh pilu meninggalkan Ramadhan,
Bulan mulia banyak keberkatan,
Akan kurindu saat bersamamu Ramadhan,
Moga kita bertemu lagi dalam penuh kerahmatan.

Menghitung hari,
Anna Da Lady

Monday, September 6, 2010

Bila iklan raya bermula...

Sekarang ni, seperti ramai orang dah tahu dan juga kepada yang belum tahu, isu Iklan Raya TV3 ditarikbalik menjadi isu yang hangat diperkatakan. Sebab apa? Cubala search di Google..Adala jawapannya.

Bercakap pasal iklan raya, daripada saya kecik sampaila dah besar panjang ni, Iklan Raya yang mesti ditunggu-tunggu adalah from Petronas. Really really interesting, and deliver a good messages. Not just for fun and entertainment only.
They really really did a good job by producing the short videos or can we say it as short movies that have a lot of things that really really (once again) happened in the world.
And sometime, boleh menyentuh kalbu..Sampai saya pernah menangis pun ada.
Thats what we call as EXCELLENT JOB.

Thumbs up,
Anna Da Lady

Bila mood bershopping datang balik...

Awal-awal puasa haritu, tak sangat rasa nak bershopping.
Azam tak nak dah beli baju baru, kuih muih banyak-banyk sangat, benda yang serba baru...

But, bila nak dekat raya ni, semangat beli benda baru semakin datang...
Sebab apa ye?
Nak kata sebab dapat bonus yang orang gomen dapat RM500 tu, TAK KOT...Dah abis pun...
Nak kata sebab mood sangat happy sebab dah nak raya..TAK KOT...Rasa biasa je...

Saya rasa sebabnya...
SEBAB saya ni memang SUKA SHOPPING...

Walaupun tak sehebat dulu, tapi ia still ada...
Tak kiralah sama ada untuk diri sendiri atau untuk family atau untuk kekawan..Mesti beli..Tambah-tambah kalau benda tu UNIK....
Suka beli dan belah,
Anna Da Lady

Bila tak dapat tukar duit raya di Bank

Tahun ni, memang agak kelam kabut sikit.Ish ish...
Dulu masa awal-awal start kerja at Penang, semangat nak tukar duit raya ni...
Masa lunch hour, awal-awal pergi keluar ngan housemate tukar duit raya kat AmBank, Bayan Baru...
Sebab takut duit raya abis awal..Almaklumlah, semua orang pakat nak tukar...

Tahun lepas pulak, minta kawan tolong tukarkan kepada note RM1...

But, this year, tak sempat pulak...Last Friday, pergi bank sana, kata abis...Pergi Bank sini, siap tampal kat depan Bank..Duit Raya dah abis...Nasib nasib..

So, terpaksalah pikir alternatif lain, sambil bermonolog seorang diri...

"Takkan taknak bagi duit raya kot. Kesian kat budak-budak tu yang mai umah."
"Hmm...Nanti mak aku kata apa pulak..Ish ish..."

Tetiba, datang satu idea....

"Ha, balik ni kena korek almari.Mesti ada duit syiling tu lagi. Tapi, kat mana ye?"
"Takpe..balik ni kita tengok."

Sesampainya di rumah,

"Alhamdulillah, ada pun..Adala jugak rezeki budak-budak ni..."

Sumber: Tenet

"Tapi, cukupke ni...Takpe, nanti kita gi shopping, make sure guna duit besaq..So, dapatlah tukaq duit kecik..Pandai-pandai.."

So, Alhamdulillah, dah dapat pun bekalan duit raya untuk bebudak and sanak sedara di kampong. Cuma, duit tak bau macam duit fresh from Bank la...

Janji ada,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails