Thursday, July 15, 2010

Lucky Draw Ramadhan

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA


Jika anda pun suka makan buah kurma, jom klik sini

Nak dekat dah Ramadhan ni,
Anna Da Lady

Senda di pagi Khamis untuk hari bekerja...

Assalamualaikum,
Tadi kan saya tengok MHI, ada satu perkara yang menarik hati saya hasil dialog antara 2 pengacara:

W: Khamis yang ape, Fedtri?
F: Khamis yang manis.
W: Jumaat?
F: Jumaat yang berkat.
W: Isnin?
F: Isnin yang ..... (tak ingat pulak..hehe)
W: Selasa?
F: Selasa yang selesa.
W: Rabu?
F: Rabu yang ..... (tak ingat pulak...hehe)

Tapi, overall..best jugak dialog2 tu...
Kalau saya, saya akan kata seperti itu jugak, cuma ada jugak yang nak tukar:
Isnin yang penin... sebab 1st day kerja balik dalam seminggu
Selasa yang biasa...sebab dah biasa dan ok sikit gerak geri
Rabu yang maju...sebab tengah2 hari bekerja..so, dah nmpak progress sikit
Khamis yang manis...sebab esoknya adalah last day plus dot dot...
Jumaat yang berkat...sebab Jumaat ialah penghulu segala hari

Kalu hari minggu:
Sabtu yang buntu...sebab biasalah bila dah start cuti hujung minggu, binggung pulak taktau nak pergi mana
Ahad yang terhad...sebab pi mai pi mai esok dah start kerja balik..huwaa..rasa masa sgt terhad

Tetiba teringat pulak lagi satu perkara yang dulu masa kecik selalu sebut bila sebut hari Jumaat dan Sabtu plus ada kaitan dgn 'benda yang menyeramkan'.hehe...
Jumaat...mayat keluar
Sabtu....hantu keluar


Haha..takutnya masa kecik2 dulu bila sampai malam Jumaat dan malam Sabtu,
Anna Da Lady

Wednesday, July 14, 2010

CONTEST - Teka KG??

Assalamualaikum,
Pada petang Rabu sesi kedua, nak join lagi satu contest.
Cuba teka berat Erfan.....
Erfan ni 'anak buah' saya jugak. Anak kepada sepupu saya.
Dianjurkan oleh Mama Erfan a.k.a Kak Hajar serta penaja bersama, suaminya a.k.a Alan dan adiknya a.k.a Wani.


Klik sini, untuk turut serta.

Contest ni memerlukan kita meneka berat Erfan..Ni tips yang beliau kongsi.
berat Erfan masa lahir 2 July 2009 = 3.050kg
berat Erfan pada 12 July 2010 = 9.118kg
berat Erfan pada 31st August 2010 = ????kg 

So, saya ingin teka berat Erfan pada 31st August 2010 ialah:
9.656kg 

To Kak Hajar, jika Acik rasa nak teka lagi, Acik buat entry lain, k...
Boleh kan?Hehe

Bestnya hadiah dia,
Anna Da Lady






Dini's 4th Giveaway

Assalamualaikum..
Di patang hari Rabu ni, saya nak cuba pula join Giveaway ni...Cuba klik.


Dah kali ke-4, ye?...
bagusnya Adik ni, suka belanja kawan-kawan dia...Moga diberkati rezeki...Amin.

Ada 2 kategori hadiah untuk para pemenang, iaitu kategori pertama (lucky draw) dan kedua (referral terbanyak).
Tarikh tutup: 8 Ogos 2010 jam 1 tengahari

Langkah-langkahnya (Buat checklist ye):

1. buat satu entry mengenai giveaway ini.. (done)


2. tag 3 orang rakan korang untuk join giveaway ini (done)

So, saya nak tag lebih daripada 3 orang bolehkan?:
1) Ibu Imaan:
2) Mama Kaseh: 
3) Yantie: 
4) Mama Erfan a.k.a Kak Hajar:
5) Nizam Limited: 
6) Eliza: 

Dan juga kepada sesiapa yang terbaca entry ni, joinla jugak ye...

3. tinggalkan link entry penyertaan korang pada kotak komen entry 4th Giveaway ni.. tulis cam ni : (done)
Penyertaan : http://____ dan Referral : http://_____ (link referral korang)
4. letakkan banner giveaway ni pada sidebar blog korang dan linkkan pada entry 4th Giveaway ini.. (done)
5. kalau korang ada banyak blog, nak join guna semua blog tu pun tak kisah, dibenarkan.. (exclude)
6. follow? ohhh dni tak mengamalkan dasar paksaan. nak follow, follow. tak mo follow, no poblem.. (done)
7. dni tak janji dapat jejak entry korang secepat mungkin maka jangan merajuk ye..  (no prob Dni)

Suka meramaikan,
Anna Da Lady


Pengharaman burqa di Perancis?

Burqa atau jilbab adalah salah satu budaya Arab.

Buletin 9 pagi di TV3 sebentar tadi telah berkongsi berita mengenai pengharaman pemakaian burqa di Perancis.
Menurut Berita tadi, isu burqa telah menjadi topik perbincangan selama setahun di Parlimen Perancis.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam salah satu berita online seperti di bawah dan di sini juga.

PARIS, 14 Julai - Dewan Rakyat Perancis semalam sebulat suara meluluskan pengharaman burqa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menetap dan melindungi nilai-nilai Perancis yang turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan negara Muslim.
Penyokong utama rang undang-undang tersebut berkata, pemakaian burqa tidak sejajar dengan nilai ideal Perancis yang mementingkan kesamaaan jantina mahupun tradisinya yang bersifat sekular.
Perbahasan pengharaman burqa dan niqab akan dibawa ke Dewan Negara Perancis September ini.

Hmm,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails