Tuesday, July 13, 2010

Putar dan putar lagi

Suatu malam tika menonton satu perlawanan World Cup bersama famili di kampong.

Abang: Acik, pergi ambil globe tu. Abang nak tengok mana letaknya Uruguay ni.

Dengan langkah seribu, akupun pergilah ambik di atas almari. Berhabuknya la globe ni sebab lama tak guna, kata aku. hehe..

Acik: Nah, abang.


Abang: Ok, jom kita tengok mana la Uruguay ni. Rasanya dia letak kat Amerika Selatan. Bawah Brazil.

Golek dan golek lagi. Putar dan putar lagi, tak jumpa-jumpa jugak.

Acik: Meh, bagi kat Acik, nak tengok. Abang....Nila dia..kecik je dia. Bawah Brazil.
Abang: Lor. Patutla tak perasan. Kecik sangat.

Waktu macam2 nila, globe sangat berguna,
Anna Da Lady

Monday, July 12, 2010

Apa ni?


Lokasi: Pantai di Port Dickson
Masa: seperti dicatat

Agak confuse awal-awal dari jauh,
Anna Da Lady

Friday, July 9, 2010

3 jam je?...

Cuba tengok sini

Dulu nampak...sekarang tidak lagi...


Apa yang nampak? Apa yang tiada lagi?

Hmm..sebenarnya nak berkongsi cerita...

Dulu...suatu ketika dahulu, kalau tak salah saya era 90an, 
jika saya n famili masuk KL je dari arah Utara PLUS Highway, mesti nampak 'something' yang tinggi, 
yang menandakan dah masuk KL...

tandanya akan nampak daripada lokasi yang saya tunjuk di atas tu..
memang WAJIB saya tengok/nampak setiap kali nak sampai KL...

membuatkan semangat saya berkobar-kobarla, sebab dah sampai tempat yang dituju...
penat oo, dok dalam kereta lama-lama...

Nak tau apa dia? Ha...ni dia...

MENARA KUALA LUMPUR

Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan...
Coz, sekarang tiada lagi Menara Kuala Lumpur untuk ditatap dari jauh from atas highway..
Hanya nampak bangunan2 mencakar langit yang menutup keteguhan Menara KL tu...

Satu kerugian bagi saya,
Anna Da Lady 

CherishLoveTogether : 1707 Giveaway

Nak tak bag ni? 


Nampak cantik kan?

So, jika berminat bolehla join di sini. Organized by Mama Qaseh...sempena besday nya on 1707..mesti gempak kan sambut besday pada 2007? cantik je nombor..170707..hehe..Hepi besday yang ke berapa ye?

Sweet,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails