Thursday, May 3, 2012

030512: Ada bau asap tak?

Itulah perbualan pagi tadi antara saya dengan rakan semeja semasa breakfast. Hmm, ada orang merokok dekat kawsan cafe.

Memang saya tak suka bau asap rokok, tambah tak suka bila asap tu kena pada kita.

Tapi, saya tak pernah berani tegur sebab saya ni jenis orang yang tak suka cari hal.

And selalunya ia akan ditegur oleh kawan2 saya yang memang berani.

Pernah ada satu kes tu fi satu restoran@Bangi sewaktu lunch. Kita orang makan, saya, kawan saya, Kak Liza and sorang lagi kawan, waktu tu dia tengah pregnant.

Then, waktu kami nak makan tu, tetiba ada satu bau asap rokok. Kawan saya tegur orang tu dengan cara baik...

"Encik, boleh tak jangan merokok di sini. Kawan saya ni mengandung."

Ok, dia beralih sikit, tetapi tetap dapat bau.

Dan paling tak sukanya bila dia cakap kat kawan wanita yang lain;

"Eh, ada ke perempuan mengandung tak boleh bau asap rokok?"

Hmm, ntahla tak faham jugak ye dengan orang-orang sebegini...

Kalau nak merokok pun, pastikan bukan dekat khalayak ramai...
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails