Tuesday, July 6, 2010

Stress...suatu musuh dalam selimut

Di akhbar Utusan hari ini, ada disiarkan satu artikel yang menarik minat saya...Stress...
Dan ia ada kaitan sikit dengan disease ini jika ambil sambil lewa jer...

Jangan ambil mudah masalah stres - Maznah

KUANTAN 5 Julai - Para pekerja dan majikan di negara ini diingatkan tidak mengambil mudah penyakit 'stres' kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pihak majikan perlu mengambil langkah tertentu bagi mengurangkan masalah stres sekali gus meminimum risiko pekerja terdedah kepada kemalangan.

''Sebagai contoh, seorang pekerja mengalami tekanan terhadap sesuatu masalah dan datang ke tempat kerja dengan persekitaran berbahaya.
''Dengan keadaan emosi dan fikiran terganggu akibat tekanan, mungkin boleh mengalih tumpuan 100 peratus dan secara tidak langsung mengakibatkan kemalangan di tempat kerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri.

Maznah berkata, masalah itu merupakan antara faktor utama kemalangan di tempat kerja yang didedahkan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO).
Selain itu, katanya, sebanyak 20,810 daripada 55,186 kes kemalangan pekerja melibatkan mereka yang berulang alik dari rumah ke tempat kerja pada tahun lalu.
Beliau menegaskan, jumlah tersebut adalah serius kerana ia menyumbang kepada 30 peratus kemalangan melibatkan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.




So, jangan main-main,
Anna Da Lady

4 comments:

  1. salam anna. masalah stress ni tak boleh dibuat main. buleh landing ke tanjung rmbutan.

    ReplyDelete
  2. betul tu kakpah...hehe...tapikan haritu kam pernah terserempak dengan orang yang tak 'sihat' ni kat sepital, nampak diaorg hepi je...hehe...mcm takde mslh...tapi, nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete
  3. hmm...bila tertekan je, istighfar la bebanyak..InsyaAllah..

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails