Burqa atau jilbab adalah salah satu budaya Arab.
Buletin 9 pagi di TV3 sebentar tadi telah berkongsi berita mengenai pengharaman pemakaian burqa di Perancis.
Menurut Berita tadi, isu burqa telah menjadi topik perbincangan selama setahun di Parlimen Perancis.
Maklumat lanjut boleh dibaca dalam salah satu berita online seperti di bawah dan di sini juga.
PARIS, 14 Julai - Dewan Rakyat Perancis semalam sebulat suara meluluskan pengharaman burqa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menetap dan melindungi nilai-nilai Perancis yang turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan negara Muslim.
Penyokong utama rang undang-undang tersebut berkata, pemakaian burqa tidak sejajar dengan nilai ideal Perancis yang mementingkan kesamaaan jantina mahupun tradisinya yang bersifat sekular.
Perbahasan pengharaman burqa dan niqab akan dibawa ke Dewan Negara Perancis September ini.
Hmm,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you