Friday, July 30, 2010

Cantik dan indah tapi...

Assalamualaikum,

Nak berkongsi apa yang disaksikan di Astro Oasis dengan rancangannya Imam Muda...

Nak petik sikit kata-kata Mudir nya yang menyentuh kalbu,

Masjid indah, karpet pun terbentang cantik, tempat parking luas, FREE pulak tu, tapi di mana anak-anak muda kita?

Renungkanlah,
Anna Da Lady

Haruman kekal hingga ke akhir hayat...

Love to travel and see unique thing


Rasa-rasa apa ye ni?

*
*
*

Actually, ini adalah salah satu bridge di Malaysia...
Saya bukannya nak berkongsi pasal hal saya pergi makan angin, but cuba tengok gambar tu...

Perasan tak bila kita ambik gambar benda yang statik PLUS tak guna camera yang canggih-canggih tu (hehehe...) dan kita sedang bergerak in car, benda tu akan membentuk something yang bagi saya unique...

Sebab if we see directly with our eyes and compared with gambar yang kita tangkap ni, its totally different.
Keadaan asal is sepatutnya ia membentuk T shape without Italic font not T italic...hehe...

Love to see,
Anna Da Lady

Thursday, July 29, 2010

Blog dan etika

Penulis blog perlu mempunyai kod etika

Ringkasan:

Tulislah berdasarkan fakta dan kebenaran bukannya ikut sesuka hati


Silala baca,
Anna Da Lady

Ups..Satu pakej

Apa pakejnya tu???
Dalam pakej ni, ada award and tag...
Award and tag disampaikan oleh Marina anakcikbob...comel orangnya...

Hehe..ni awardnya...menarik kan..rasa mcam panjat gunung pun ada..
tapi fisrt time tengok macam daki atas rhino pun ada..kaki kita dekat tanduk hidung dia...hehe


So, meh kita jawab soalan yang perlu diselesaikan...

dimanakah anda selalu BW?
1- kat blog yang saya senaraikan dalam "Love to read..."
2- yang tinggal pesan kat shoutbox...
3- yang tinggal komen kat entry...
4- tengok lost blogger dalam blog orang lain 



kenapa anda sangat suka memblogwalking?

sebab satu cara nak releasekan tension dan menambah kenalan dan menambah ilmu dan NAK MEMBAZIRKAN MASA KEJAP..hehe

apa yang anda dapat kalau BW?
macam-macam ada (sebutan macam pakcik Astro tu ye...hehe) 

macam mana perasaan orang yang diblogwalkingkan oleh anda itu?
alhamdulillah, setakat ni semua OK-OK je...

tag 5 rakan anda disini?
Hmm...saya tujukan kepada sesapa sahaja yang sudi mengambilnya..ambillah..best tau...

First time dapat award,
Anna Da Lady

Monday, July 26, 2010

Pabila air tiada...

Hmm.....Kenapala air selalu takde kat rumah ni...Takkan nak harap kat air tangki je...

No...No...

Hmm, bila air takde macam nila, mula rasa nak mencatu air sikit..Guna dengan sebaiknya...

Bila mandi, cukupla beberapa minit...
Bila nak membasuh, pastikan washing machine tu penuh dengan baju, bukan sekadar 3, 4 helai baju je...
Bila nak basuh pinggan mangkuk, ala-kadar...pastikan air paip tu tak dibiarkan dibuka walaupun saat kita tengah cuci dengan pencuci pinggan mangkuk...
Bila nak masak air, hmmm...

Panasnya le harini,
Anna Da Lady

Sunday, July 25, 2010

Yes...jualan murah bersyarat...

Tertarik dengan satu artikel di Kosmo Ahad harini berkenaan syarat jual 70 peratus barang murah...
Wau...menariknya...menandakan sekarang ni macam-macamla jualan murah yang sedang berlangsung ye..

Hmm, mulalah nak buat list ni...

...hehe...

Sebab kadang-kadang, bila gi shopping waktu sale ni, ragu jugak...

Betul ke diskaun dia ni? Macam tak je....

So, hopefully bila dah berkuatkuasanya perkara ni, maka akan megurangkan keraguan kita sewaktu membeli ketika ada diskaun sana sini...

Lamanya tak pergi shopping,
Anna Da Lady


Saturday, July 24, 2010

Kuala Selangor tu jauh ke Kak?

Hmm...Kuala Selangor? Di mana ye? Nama je duduk dalam kawasan Selangor, tapi bab-bab daerah nya pun tak lepas lagi...ish ish...

Yang itula bermain di fikiran saya bila akak saya mengajak pergi Kuala Selangor petang tadi.
Memang rasanya seumur hidup saya tak pernah lagi sampai area tu...Macam satu tempat asing je...

Lepas tu, bila dah nak dekat2 sampai tu, baru la tau,
Oh, dekat dengan Ijok dan Sungai Buloh rupanya...

Kiranya kawasan ni majoriti rasanya India kot, sebab dekat dengan ladang kelapa sawit..sepanjang jalan tadi asik nampak kuil je dekat estet. Tambah pulak, harini Indians ada sambutan apa ye? Penuh je dekat kuil tu....

Alasan utama akak sekeluarga pergi ke sana sebab abang ipaq saya ni suka makan ikan kerapu..
Kiranya nak cari ikan fresh la kat Pasir Penambang kot, namanya...
Memang macam-macam seafoods ada...
Ikan kerapu bara lah (yang warna merah), sejenis ikan macam ikan jerung kecikla, siput yang ada durila, ketam yang masih hidupla etc..
Memang puasla kalau nak makan benda yang fresh2...
Dari segi, harga...Hmm, no comment..
Saya pun tak tahu harga semasa benda2 tu...hehe...

Lepas tu, kita orang pergi menjamu selera di S*t*y H*t...Sedap jugak..Saya order mee bandung and makan Sate saiz besar..Okla...Tapi, kakak saya kata;
Manisnya la makanan-makanan dia...

Hehehe...mungkin bagi sesetengah orang OK..saya OK je..hehehe...

Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman,
Anna Da Lady

Jika dosa itu berbau

Cubalah kita renungkan...
Jika dosa itu berbau...
Bagaimanakah keadaan kita...
Masihkah lagi kita ingin melakukannya?
Adakah kita boleh menghadapinya?

Renung-renungkanlah....

"Ya Allah, sesunggguhnya Engkaulah Maha Pengampun. Tunjukkanlah kami ke jalan kebenaran"

Suatu renungan di malam hari,
Anna Da Lady

Friday, July 23, 2010

Sharing something and craving for something...

Bersiaran kembali selepas memberi peluang kepada FRI bersiaran semalam...
Actually, semalam takde idea untuk dikongsi plus busy sikit, so terpikir untuk menjemput FRI berkongsi 'something' yang mungkin berbeza daripada apa yang saya tulis sebelum ini...

Sebabnya, setiap orang mempunyai pandangan, minat, persepsi, pengetahuan, etc. yang berbeza...
Mungkin dengan perbezaan inilah yang mungkin mengubah cara hidup kita menjadi lebih baik dan maju ke hadapan...

 Hmm...
Bila dah malam ni, teringat pulak apa yang nak makan esok tengah hari...Terbayang di fikiran nak makan Gulai Rebung udang..Fuh, sedapnya....
Terakhir makan awal tahun ini...Kakak yang buat..Esok nak mintak dia masakkan lagi untuk saya.Hehe..

...Bestnya ada Kakak dekat sini..Huhu...

Bertuahnya badan..Alhamdulillah,
Anna Da Lady

Thursday, July 22, 2010

The things about bikes and life...


I was asked by a friend to write in her blog today. I was actually thinking of starting a blog of my own a few weeks ago, but did not have the time actually start one (read - lazy). So I guess this is a good practice start for me, and agreed to her request (plus she's very persuasive... ; )

Ok, what to write about? Oh yeah, bikes! As you can see above, that's the object of my dreams right now. For the non-biker readers out there, please bear with me for a while. The bike up there is a 2006 BMW K1200S. The thing's got a 1.2 liter engine (the new Saga is 1.3 liter by comparison). Suffice to say it's pretty fast. And it cost, guess what??




RM88k!!!



"What!!?? 88 big ones?? Are you crazy?? You could easily get a good car with that kinda money."

That would be my mother yelling at me if she knew. 
But I trust you all not to tell my mom about it, right?

Non-bikers will not be able to understand why bikers do the things that they do. I mean why would you pay that kind of money and still get wet when it rains. 
That's what the judge told me this morning on a hearing, but that's story is for another time, so stay tuned ; )

I love riding bikes. Small bikes, bike bikes, no matter, I love them all. When I pass all those "cagers" (bikers lingo for people driving cars) got stuck in a 5 km long traffic jam, I just couldn't help but smile. I almost wanted to do the "Queen Elizabeth Wave" to them as I cruise pass by, but that would be cruel. Sometimes even these cagers tried to imitate a bike by going through the emergency lane, cutting the cue and get stuck after a few meters.

Once I heard a saying: Driving is like going to the theater and watch a movie. Riding is like starring in that movie.

I think by now you'd think I love bikes to nuts.


But here's the thing, as much as I love bikes, it's nothing compared to the things you will get in the after life, in heaven granted by Allah SWT. 
Just imagine, the Buraq that Prophet Muhammad SAW rode during Isra' & Mikraj was so fast that it is said it travels at the speed of light or faster. 
Just imagine, if you say one "Subhanallah", Allah will plant a tree in you paradise that the tree is so large, a fast horse cannot complete running around it in 500 years. 
If I ride the above-mentioned bike full throttle for 500 years around the world, I'd probably circle the earth a couple of times. Then I die. At the age of sixty something.

So, although I love the bike, I cannot even compare it to what Allah SWT will give me even if I just say one Subhanallah. The bike will get old, rust and scrapped after, say, 10 years. Plus it coat RM88k to get.
One Subhanallah will cost you a breath (which the last time I checked it is still free) and 2 seconds max, but it will give you bliss for eternally.
 Talk about bang for your buck (or ROI for the accountant types out there)!

So my friends, bikes will not last. Your car will not last. You and I will not last. This world will not last. What will last is your iman and amal. Let us all work on that, shall we? Wallahualam.

FRI

On behalf Anna Da Lady

Wednesday, July 21, 2010

Dan pertempuran pun bermula

Suatu pertempuran di Kampung Kepala Gajah tika berlangsungnya "Musim Lalat"

Separuh masa pertama


Separuh masa kedua


Keputusannya.....

"Eee..gelinya"

Ish ish Lalat Lalat,
Anna Da Lady

Tuesday, July 20, 2010

Nak berlagak jadi "orang besar" dalam company?

Harini nak introduce satu game, yang bagus and maybe we can apply its concept in real life...
x-specially for the person who love to set their own company, 
And who love to learn the techniques when run a company 
and also on how to deal with competitors etc.

Konon-konon kita set la our own company tru this game...
As a result, lepas kita set itu ini, kita  tengok camne achievement etc., compared to other companies...
Hmm, ada orang kata dalam Facebook pun ada jugak game sebegini...

But, apapun, at the first place, rasanya kita kena jugak faham few terms on product or management term...
For example, product maturity, product life cycle, and so on..
So, apabila kita dah faham segala macam istilah-istilah tu,
barula kita boleh melayari online games ini dengan jayanya sehingga ke puncak..

Fuyoo, bestnya kalu itu satu realiti...

Sesapa rasa nak feel macam mana jadi "orang besar", jomla join kat sini...

Bestnya lecture macam ni,
Anna Da Lady

Naik yang ini, kurangkanlah yang itu

Apabila harga gula naik baru-baru ini, ada yang menyatakan rasa tidak puas hati. Tetapi, fikirlah secara positif. Dengan kenaikan harga gula, 
kita boleh lebih sihat dengan mengurangkan pengambilannya.


Mungkin bagi yang masih single, 
dia tak rasa sangat kesan naik itu ini, 
tapi, macam mana pulak yang sudah bekeluarga...

Mungkin ada yang menggantikan gula dengan susu pekat krim etc.

Tapi, awas, berwaspadalah atas apa yang kita ambil.

Terfikir bila baca berita yang sudah lepas.

Pesanan dibawa,
Anna Da Lady

Saturday, July 17, 2010

Pabila sudah bangun tidur...

Si Along: Acik, nak handphone.
Acik: Nape Along nak handphone?
Si Along: Nak main games. Games semalam yang Along main tu.
Acik: Handphone Acik dah habis baterila Along. Along kan dah main semalam. Tengok TV la pulak.

Si Adik: Acik, mana 'henbeg' Acik?
Acik: Nape Adik nak handbag Acik?
Si Adik: Adik nak 'henfon' Acik.
Acik: Adik nak buat ape dengan handphone Acik?
Si Adik: Adik nak tangkap gambar. Nak kamera.

Macam-macamla budak-budak yang aku sayang ni.
Anna Da Lady

Friday, July 16, 2010

Anda penggemar komik?

Jika anda penggemar komik, watak apa yang anda kenal?
Batman?
Detective Conan?

Tapi, adakah anda kenal siapa itu:-
Khalid Ibn Walid?
Abdullah Ibn Mas ud?

Dengan semangat untuk menyerapkan ilmu-ilmu mengenali para sahabat Rasulullah S.A.W,
Telaga Biru telah mengeluarkan suatu komik para pahlawan Islam
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua peringkat, terutamanya para remaja dan kanak-kanak.
...Berwarna-warni...
...Dialog dalam Bahasa Melayu yang sesuai dan tepat...
...Mempunyai lebih kurang 80m/s dengan harga sekitar RM20, kalau tak salah...
...Kertas yang berkualiti...
...Diselitkan dengan artikel-artikel pengetahuan agama juga...

Bak kata Editor yang dijemput dalam MHI tadi:-
"Kalau nak buat Kuliyyah Subuh pun boleh, sebab isi-isinya bermanfaat bukan sekadar komik."

Bagusnya dijadikan sebagai salah satu bacaan anak-anak,
Anna Da Lady

Thursday, July 15, 2010

Lucky Draw Ramadhan

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA


Jika anda pun suka makan buah kurma, jom klik sini

Nak dekat dah Ramadhan ni,
Anna Da Lady

Senda di pagi Khamis untuk hari bekerja...

Assalamualaikum,
Tadi kan saya tengok MHI, ada satu perkara yang menarik hati saya hasil dialog antara 2 pengacara:

W: Khamis yang ape, Fedtri?
F: Khamis yang manis.
W: Jumaat?
F: Jumaat yang berkat.
W: Isnin?
F: Isnin yang ..... (tak ingat pulak..hehe)
W: Selasa?
F: Selasa yang selesa.
W: Rabu?
F: Rabu yang ..... (tak ingat pulak...hehe)

Tapi, overall..best jugak dialog2 tu...
Kalau saya, saya akan kata seperti itu jugak, cuma ada jugak yang nak tukar:
Isnin yang penin... sebab 1st day kerja balik dalam seminggu
Selasa yang biasa...sebab dah biasa dan ok sikit gerak geri
Rabu yang maju...sebab tengah2 hari bekerja..so, dah nmpak progress sikit
Khamis yang manis...sebab esoknya adalah last day plus dot dot...
Jumaat yang berkat...sebab Jumaat ialah penghulu segala hari

Kalu hari minggu:
Sabtu yang buntu...sebab biasalah bila dah start cuti hujung minggu, binggung pulak taktau nak pergi mana
Ahad yang terhad...sebab pi mai pi mai esok dah start kerja balik..huwaa..rasa masa sgt terhad

Tetiba teringat pulak lagi satu perkara yang dulu masa kecik selalu sebut bila sebut hari Jumaat dan Sabtu plus ada kaitan dgn 'benda yang menyeramkan'.hehe...
Jumaat...mayat keluar
Sabtu....hantu keluar


Haha..takutnya masa kecik2 dulu bila sampai malam Jumaat dan malam Sabtu,
Anna Da Lady

Wednesday, July 14, 2010

CONTEST - Teka KG??

Assalamualaikum,
Pada petang Rabu sesi kedua, nak join lagi satu contest.
Cuba teka berat Erfan.....
Erfan ni 'anak buah' saya jugak. Anak kepada sepupu saya.
Dianjurkan oleh Mama Erfan a.k.a Kak Hajar serta penaja bersama, suaminya a.k.a Alan dan adiknya a.k.a Wani.


Klik sini, untuk turut serta.

Contest ni memerlukan kita meneka berat Erfan..Ni tips yang beliau kongsi.
berat Erfan masa lahir 2 July 2009 = 3.050kg
berat Erfan pada 12 July 2010 = 9.118kg
berat Erfan pada 31st August 2010 = ????kg 

So, saya ingin teka berat Erfan pada 31st August 2010 ialah:
9.656kg 

To Kak Hajar, jika Acik rasa nak teka lagi, Acik buat entry lain, k...
Boleh kan?Hehe

Bestnya hadiah dia,
Anna Da Lady






Dini's 4th Giveaway

Assalamualaikum..
Di patang hari Rabu ni, saya nak cuba pula join Giveaway ni...Cuba klik.


Dah kali ke-4, ye?...
bagusnya Adik ni, suka belanja kawan-kawan dia...Moga diberkati rezeki...Amin.

Ada 2 kategori hadiah untuk para pemenang, iaitu kategori pertama (lucky draw) dan kedua (referral terbanyak).
Tarikh tutup: 8 Ogos 2010 jam 1 tengahari

Langkah-langkahnya (Buat checklist ye):

1. buat satu entry mengenai giveaway ini.. (done)


2. tag 3 orang rakan korang untuk join giveaway ini (done)

So, saya nak tag lebih daripada 3 orang bolehkan?:
1) Ibu Imaan:
2) Mama Kaseh: 
3) Yantie: 
4) Mama Erfan a.k.a Kak Hajar:
5) Nizam Limited: 
6) Eliza: 

Dan juga kepada sesiapa yang terbaca entry ni, joinla jugak ye...

3. tinggalkan link entry penyertaan korang pada kotak komen entry 4th Giveaway ni.. tulis cam ni : (done)
Penyertaan : http://____ dan Referral : http://_____ (link referral korang)
4. letakkan banner giveaway ni pada sidebar blog korang dan linkkan pada entry 4th Giveaway ini.. (done)
5. kalau korang ada banyak blog, nak join guna semua blog tu pun tak kisah, dibenarkan.. (exclude)
6. follow? ohhh dni tak mengamalkan dasar paksaan. nak follow, follow. tak mo follow, no poblem.. (done)
7. dni tak janji dapat jejak entry korang secepat mungkin maka jangan merajuk ye..  (no prob Dni)

Suka meramaikan,
Anna Da Lady


Pengharaman burqa di Perancis?

Burqa atau jilbab adalah salah satu budaya Arab.

Buletin 9 pagi di TV3 sebentar tadi telah berkongsi berita mengenai pengharaman pemakaian burqa di Perancis.
Menurut Berita tadi, isu burqa telah menjadi topik perbincangan selama setahun di Parlimen Perancis.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam salah satu berita online seperti di bawah dan di sini juga.

PARIS, 14 Julai - Dewan Rakyat Perancis semalam sebulat suara meluluskan pengharaman burqa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menetap dan melindungi nilai-nilai Perancis yang turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan negara Muslim.
Penyokong utama rang undang-undang tersebut berkata, pemakaian burqa tidak sejajar dengan nilai ideal Perancis yang mementingkan kesamaaan jantina mahupun tradisinya yang bersifat sekular.
Perbahasan pengharaman burqa dan niqab akan dibawa ke Dewan Negara Perancis September ini.

Hmm,
Anna Da Lady

Tuesday, July 13, 2010

Putar dan putar lagi

Suatu malam tika menonton satu perlawanan World Cup bersama famili di kampong.

Abang: Acik, pergi ambil globe tu. Abang nak tengok mana letaknya Uruguay ni.

Dengan langkah seribu, akupun pergilah ambik di atas almari. Berhabuknya la globe ni sebab lama tak guna, kata aku. hehe..

Acik: Nah, abang.


Abang: Ok, jom kita tengok mana la Uruguay ni. Rasanya dia letak kat Amerika Selatan. Bawah Brazil.

Golek dan golek lagi. Putar dan putar lagi, tak jumpa-jumpa jugak.

Acik: Meh, bagi kat Acik, nak tengok. Abang....Nila dia..kecik je dia. Bawah Brazil.
Abang: Lor. Patutla tak perasan. Kecik sangat.

Waktu macam2 nila, globe sangat berguna,
Anna Da Lady

Monday, July 12, 2010

Apa ni?


Lokasi: Pantai di Port Dickson
Masa: seperti dicatat

Agak confuse awal-awal dari jauh,
Anna Da Lady

Friday, July 9, 2010

3 jam je?...

Cuba tengok sini

Dulu nampak...sekarang tidak lagi...


Apa yang nampak? Apa yang tiada lagi?

Hmm..sebenarnya nak berkongsi cerita...

Dulu...suatu ketika dahulu, kalau tak salah saya era 90an, 
jika saya n famili masuk KL je dari arah Utara PLUS Highway, mesti nampak 'something' yang tinggi, 
yang menandakan dah masuk KL...

tandanya akan nampak daripada lokasi yang saya tunjuk di atas tu..
memang WAJIB saya tengok/nampak setiap kali nak sampai KL...

membuatkan semangat saya berkobar-kobarla, sebab dah sampai tempat yang dituju...
penat oo, dok dalam kereta lama-lama...

Nak tau apa dia? Ha...ni dia...

MENARA KUALA LUMPUR

Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan...
Coz, sekarang tiada lagi Menara Kuala Lumpur untuk ditatap dari jauh from atas highway..
Hanya nampak bangunan2 mencakar langit yang menutup keteguhan Menara KL tu...

Satu kerugian bagi saya,
Anna Da Lady 

CherishLoveTogether : 1707 Giveaway

Nak tak bag ni? 


Nampak cantik kan?

So, jika berminat bolehla join di sini. Organized by Mama Qaseh...sempena besday nya on 1707..mesti gempak kan sambut besday pada 2007? cantik je nombor..170707..hehe..Hepi besday yang ke berapa ye?

Sweet,
Anna Da Lady

Wansteddy Giveaway

Cuba tengok ni..Comel tak?

Ap lagi..jomla join...kata Cik Dolly kita ni...

Organized by Wansteddy dan boleh pergi ke sini jugak....



Best of luck,
Anna Da Lady

Update: Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan

Kesinambungan dari entry semalam;
pada hari ini, seorang Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

Tambahnya lagi:


-Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.
-Namun, kita perlulah mengawal pengambilan daging ini dan makan dalam kuantiti yang sederhana mengikut tahap kesihatan dan keperluan kita.
Untuk  maklumat lanjut, sila baca di sini.
Sharing is caring,
Anna Da Lady

Sumping @ Bunga..Mari belajar bahasa baru..

Sumping in Bahasa Sulu...
Bunga dalam B.M

hehe..

baru belajar tadi at "Nasi Lemak, Kopi O"
Anna Da Lady

Festival Bunga dan Taman di Putrajaya...Jom pergi hujung minggu ni...

Dalam "Nasi Lemak, Kopi O" tadi, ada satu session ni jemput wakil dari Festival Bunga dan Taman ni...
Bermula Festival ni dari esok till 18 July, if I'm not mistaken...
Akan dirasmikan esok Festival ni kat Putrajaya...

Bagi sesiapa yang tak tahu mana nak pergi hujung minggu ni, 
jom kita pergi Festival Bunga dan Taman di Putrajaya ni..
at Precint 2...

Bunga ada lebih 400 ribu lebih..Banyaknya
Pastu ada jual benih lagi..mana tau kita berminat nak tanam kat laman rumah...


Masuk percuma..so, boleh ajak satu famili, pergi tengok...
Dibuka pada hari biasa; 9 pagi hingga 10 mlm
hari minggu; pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam..

Tujuan Festival antaranya:
-merealisasikan Putrajaya sbg bandar dalam taman
- menarik ramai pelancong dalam dan luar negara
-memupuk minat orang ramai supaya minat untuk berkebun

Bestnya Malaysia, macam-macam Pesta,
Anna Da Lady

Thursday, July 8, 2010

Lovely...ini jambangan bunga saya


Nak berkongsi cerita pula pasal bunga kesayangan saya, bunga MATAHARI...walaupun gambar di atas tiada bunga matahari...

Tapi, saya memang peminat No. 1 bunga matahari..malahan masa konvo saya dulu, bila mak saya tanya nak bunga apa?

"Acik nak bunga matahari tu"...kata saya.
"Aik..orang lain minat bunga ros, dia ni minat bunga matahari"...mak saya balas balik.

Pastu, bila my BFF tanya, minat bunga ape? nak bagi hadiah ni...hehe..
Jawapan yang sama...

"Saya minat bunga matahari"...jawab saya.
"Kenapa bunga matahari?" ...tanya my BFF, pelik.
"Sebab bunga matahari ni besar, susah nak dapat dan warna dia terang...BEST"...jawab saya kembali.

Pastu, tadi saya rajinla mencari-cari cerita di sebalik bunga matahari ni..yang terkejutnya, bunga matahari ni ada FORMULA tau..
bukan sebarang bunga ni...

Dipetik daripada Sunflower (Wikipedia):


Mathematical model of floret arrangement


Illustration of Vogel's model forn=1 ... 500
A model for the pattern of florets in the head of a sunflower was proposed by H. Vogel in 1979.[12] This is expressed in polar coordinates
r = c \sqrt{n},
\theta = n \times 137.5^{\circ},
where θ is the angle, r is the radius or distance from the center, and n is the index number of the floret and c is a constant scaling factor. It is a form of Fermat's spiral. The angle 137.5° is related to the golden ratio and gives a close packing of florets. This model has been used to produce computer graphics representations of sunflowers.[13]


Oups...bestnya bunga ku ini,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails