Saturday, June 29, 2013

SATU CERITA: Bila excited nak pergi Jalan TAR

Ada sorang budak perempuan ni, dia memang kaki shopping.

Cuma selepas beliau mendirikan rumah tangga, minatnya kepada membeli belah agak kurang berbanding zaman bujang dulu. Beliau lebih utamakan 'benda-benda penting' sahaja.

Memang berbeza dengan zaman anak dara, di mana segala benda nak dibeli, sampai kekadang...

"Aik, menyesal pulak aku beli benda alah ni"

Minggu ni, beliau bercadang nak membeli-belah sempena Aidilfitri nanti. (Hai, puasa pun tak masuk lagi, ni lah namanya perempuan kan?)

Beliau akan ditemani sepupu beliau ke Jalan TAR.

Punyalah lama beliau tak pergi ke tempat ni, sampai beliau selalu jeles bila sepupu beliau selalu menceritakan 'tudung-tudung murah' dan 'baju-baju murah dan cantik' yang boleh didapati di Jalan TAR.

Sampaikan, waktu lunch sambil shopping dengan kawan sepejabat beberapa hari lalu, beliau tidak ada langsung keinginan untuk membeli dan menjenguk baju-baju dan tudung-tudung yang dipamerkan di dalam shopping complex itu.

Bila kawan beliau tanya...

"Aik, tak nak beli ke?"

Beliau menjawab..."Ala, hujung minggu ni nak pergi Jalan TAR..." (kata beliau, sambil tersenyum kambing)

Dalam hati, takpe...save the best for last!

Pada suatu malam, ketika beliau tidur...Tetiba beliau mimpi suasana seperti di Jalan area KL...

Namun yang paling menyedihkan, beliau tak dapat pergi ke Jalan TAR disebabkan takdak sape nak teman beliau..Semua dah penat....

Mulalah beliau berasa sayu dan ralat sangat tak dapat pergi...

Namun, tetiba jam loceng berbunyi..Beliau terjaga..dan satu senyuman terukir di bibir beliau..."Yes, aku mimpi je"

Anna Da Lady





No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails