Tuesday, June 11, 2013

Cuci Kereta dan Potong Rambut

Cuci kereta:

Kereta saya sangat comot sejak sekian lama terabai sejak saya balik umrah haritu. So, dah hampir sebulan lebih tak basuh.

Tadi, baru sempat basuh sebab tengok sangatlah kesian kereta ni..Dengan 'kotor' daripada kesan dok bawah pokok mangga, dengan kotor kesan 'lecak'...

Kalau Mr F tengok ni, confirm dia akan kata; "Masa Abang pegang kereta ni dulu, comei je, tapi bila Ayang pegang, hmm...."

Selalunya, kereta ni dihantar untuk dicuci dekat kedai dengan rumah, sebab ada kad yang perlu dicop selepas setiap kali cucian..So, after 10 times, dapatlah free satu benda daripada beberapa benda macam nano treatment, water wax atau dash board wax...Bayaran RM10 (kereta kecik kan)

Tapi tadi, saya kena RM11 sebab basuh kat Giant Bangi ni...Hmm, agak kurang gemar sikit kat sini, sebab dia cuci tak sama macam dekat ngan rumah saya..Tetapi sebab saya nak beli sikit barang, maka terpaksalah.. :(

Potong rambut:

Ini lebih kepada rambut Mr F...Saya akan pastikan beliau potong rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebab saya cukup berserabut tengok rambut lelaki yang panjang...

It is due to the fact, saya terpengaruh dengan ayah saya (pesara polis) yang akan memastikan setiap anak lelaki dia berambut pendek dan kemas setiap masa...

Dan bagi saya, Mr F nampak lebih 'hensem' kalau berambut pendek (pada mata saya lah) :)

Persamaan cuci kereta dan rambut:

Rutin kami, dalam sebulan, kereta mesti basuh sekurang-kurangnya sekali dan rambut Mr F kena potong dan trim janggut sikit sekurang-kurangnya sekali...

Itu sahaja saya nak merapu dulu,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails