Wednesday, December 15, 2010

Adik nak jadi Pilot la bila besar...

Dimulakan dengan sama-sama kita utuskan AlFatihah kepada Allahyarham Mohd Shukri Othman, 31 yang maut selepas helikopter dipandunya terhempas dan meletup di kawasan lombong tinggal.
Beliau meninggalkan seorang balu, dan seorang anak yang masih kecil. Ajal maut di tangan Allah. 
Kepada family Allahyarham, salam takziah dari saya. 

Berita lanjut ada di sini.

Bila bercakap pasal kerja Pilot ni, memang bila kita dengar nama nya, 

Wah, gahnya kerja camni kan?

Tapi tetap ada risiko nya. Apapun kita berserah pada Allah. 
Dan, apapun kerja yang kita buat semua ada risiko. Betul kan?

Teringat masa zaman kecik2 dulu, Adik saya memang berminat nak jadi Pilot bila besar annti. 
Satu-satunya his ambition. "Pilot"

Bila orang tanya dia;

Adik nak jadi apa bila besar nanti?
Adik nak jadi pilot...

My mom always said, 
Adik tak payah jadi Pilot la ye.
Mama risau la :)

Tapi, budak-budak, apa yang faham kan?
Bila besar ni, my Adik tak pulak jadi Pilot, lebih cenderung kepada bidang imaginasi --> Architect

Dan bercakap pasal Pilot ni jugak, saya ada sorang kawan. 
Dah ada kerjaya tetap as engineer, tapi tiba-tiba beliau rasa nak menukar karier kepada Pilot. Hmm...
Beliau kata:

Best jadi Pilot ni (means, pilot kepada Air Asia and something similar)...
Boleh travel setiap masa...Rasa tak boringla...
Dalam satu hari je, boleh jelajah banyak tempat :)

So, dalam preparation nak jadi Pilot tu, macam-macam beliau kena lakukan, antaranya:
1) Call DCA apa yang perlu lakukan and kriterianya
2) Buat medical check up at Sungai Besi 
3) Hantar form at DCA
4) Dan sebagainya..

Last-last, tak tau apa update terkini...

Tapi one thing is, apapun yang kita nak jadi atau dah jadi, buat sehabis baik yang kita boleh...
Apapun, dunia ni tak kekal, sentiasa ingatkan Allah...

Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki di tangan Allah,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails