Saturday, June 29, 2013

SATU CERITA: Bila excited nak pergi Jalan TAR

Ada sorang budak perempuan ni, dia memang kaki shopping.

Cuma selepas beliau mendirikan rumah tangga, minatnya kepada membeli belah agak kurang berbanding zaman bujang dulu. Beliau lebih utamakan 'benda-benda penting' sahaja.

Memang berbeza dengan zaman anak dara, di mana segala benda nak dibeli, sampai kekadang...

"Aik, menyesal pulak aku beli benda alah ni"

Minggu ni, beliau bercadang nak membeli-belah sempena Aidilfitri nanti. (Hai, puasa pun tak masuk lagi, ni lah namanya perempuan kan?)

Beliau akan ditemani sepupu beliau ke Jalan TAR.

Punyalah lama beliau tak pergi ke tempat ni, sampai beliau selalu jeles bila sepupu beliau selalu menceritakan 'tudung-tudung murah' dan 'baju-baju murah dan cantik' yang boleh didapati di Jalan TAR.

Sampaikan, waktu lunch sambil shopping dengan kawan sepejabat beberapa hari lalu, beliau tidak ada langsung keinginan untuk membeli dan menjenguk baju-baju dan tudung-tudung yang dipamerkan di dalam shopping complex itu.

Bila kawan beliau tanya...

"Aik, tak nak beli ke?"

Beliau menjawab..."Ala, hujung minggu ni nak pergi Jalan TAR..." (kata beliau, sambil tersenyum kambing)

Dalam hati, takpe...save the best for last!

Pada suatu malam, ketika beliau tidur...Tetiba beliau mimpi suasana seperti di Jalan area KL...

Namun yang paling menyedihkan, beliau tak dapat pergi ke Jalan TAR disebabkan takdak sape nak teman beliau..Semua dah penat....

Mulalah beliau berasa sayu dan ralat sangat tak dapat pergi...

Namun, tetiba jam loceng berbunyi..Beliau terjaga..dan satu senyuman terukir di bibir beliau..."Yes, aku mimpi je"

Anna Da Lady





Friday, June 28, 2013

SATU CERITA: Kesan extreme diet

Kesinambungan dari entry lepas berkaitan: SATU CERITA: Fat to slim
(Arahan: sila baca entry dinyatakan sebelum baca yang ini)

Selepas sekian lama mengamalkan diet tanpa makan nasi, dan selalu makan bihun, budak perempuan ini sering mengalami 'angin'...

Di mana angin ini ada kaitan dengan rasa tak sedap badan, kekadang rasa sakit-sakit sendi...

Dan pada suatu hari, nak dijadikan cerita, beliau bersembang dengan seorang Dr (bukan Dr medic) mengenai cara pemakanan ketika menjamu breakfast di sekolahnya.

Si Dr: Makan bihun jawa? Saya tak pernah makan pula.

Budak A: Dr tryla..Rasa dia macam style mi rebus jugak..

Si Dr: Aa la..Hmm, saya memang tak berapa gemar makan bihun ni, sebab tu saya selalu ambil mi.

Budak A: Sebab apa Dr?

Si Dr: Saya pernah baca, bihun agak kurang elok untuk kita perempuan ni.

Budak A; Hmm, saya pun pernah baca (sambil dalam hati, agaknya betulla kot, bihun ni antara penyebab penyakit angin ni)

Anna Da Lady



Thursday, June 27, 2013

SATU CERITA: Bermain dengan anak macam umur belasan tahun

Ada sorang makcik 'muda' ni. Umur belum lagi sampai 3 series.

Sekarang ini, beliau banyak berada di rumah kakak-kakak beliau untuk 'menumpang kasih'.

Di rumah kakak-kakak beliau, ada lah anak-anak buah yang semuanya memang lincah-lincah belaka..

Situasi di rumah kakak 1:

Kalau di sini, anak-anaknya berumur 10 dan 6 tahun. Kedua-dua lelaki.

Permainan utama: pistol yang ada peluru ala-ala rubber, dinosaur dan segala jenis 'hero-hero' yang ada kat TV tu..(Makcik dia tak reti nak sebut)

Rancangan TV utama: Hero-hero dalam TV tu (Sekali lagi, makcik dia tak reti nak sebut)

Orang belasahan utama: Makcik dia yang jarang nak naik suara..Jadi, memang selalu kena belasah dengan pistol tu..Terutama si adik tu, ada je peluru yang akan tersangkut kat badan ni

Makanan feveret: kutiau goreng dan ikan keli (si abang), kalau si adik, apa2 je, janji masuk mulut

Benda yang paling makcik dia suka adalah: Bila tengok anak-anak ini dah pandai dalam bidang masing-masing..Kalau si adik, setiap apa pun perkataan dalam Malay, dia dah boleh baca...

Situasi di rumah kakak 2:

Kalau di sini pulak, anak-anaknya berumur 6, 4, 2, dan 4 bulan. Memang semua rapat-rapat, dan selang bunga...Yang sulong pompuan, yang bongsu laki..so, tau tak apa tu selang bunga ? :)

Permainan utama: Bola, car (kalau anak 4 y.o)

Rancangan TV utama: Segala macam cerita 'animasi kartun' yang ada di Disney Channel dan seumpamanya dengannya. Tapi yang paling feveret dan makcik dia pun suka, cerita Barbie :)

Orang belasahan utama: Ok, di rumah ni takdak kena belasah sangat..Tapi, memang kena 'layan' diaorang' sebab masih kecil kan..So, makcik dia memang kena 'selalu bertenaga' untuk bagi yang terbaik

Makanan feveret: spageti dan mi goreng

Benda yang paling makcik dia suka adalah: Gambo di bawah..Lengkap satu famili. Dilukis oleh si 'ayong'. nanti nak kena request lukis makcik dia pulak..agak-agak macammana la rupanya ye?


Till then,
Anna Da Lady





Tuesday, June 25, 2013

SATU CERITA: Sampai termimpi-mimpi

Ada seorang isteri sangat merindui kehadiran suaminya. Setiap hari, setiap masa, doa dititipkan untuk si suami.

Ditakdirkan suatu malam, beliau dapat 'bertemu' dengan suaminya...

Suasana ketika itu rasa 'real'. Beliau dapat pegang suaminya...Beliau dapat bercakap dengan suaminya...

"Eh, betul ke ni?" Kata beliau kepada suaminya tanda tidak percaya.

"Ayang...Abang pergi tak lama pun. Nanti betullah.."

Tiba-tiba, deringan telefon berbunyi, tanda SMS masuk...

Beliau membuka mata...

Tanda kecewa mula terukir di mukanya...Namun, kesyukuran dipanjatkan kepada Nya, sebab dapat menemukan 'sekali' dengan suaminya walaupun di dalam MIMPI

Semangatnya terus membara, moodnya semakin baik,
Anna Da Lady

Friday, June 21, 2013

SATU CERITA: Bila the other half tiada di sisi waktu dalam kesedihan

Setiap hari, masa dirasakan lambat berputar...Malam ke siang...siang ke malam...

Kalau dulu, hari Isnin sekejap je dah hari Isnin semula...

Sekarang ni, bila hari Isnin, nak naik hari Selasa pun rasa 'penat' dah!

"Wahai the other half ku, jika dikau tergerak hati mengingatiku, maka ingatlah, diriku selalu mengingatimu"

Sumber: FB kawan


Feeling sad and worse (once in the life time)
Anna Da Lady

Thursday, June 20, 2013

SATU CERITA: Bila nak start kerja baru

Satu ketika dahulu, ada sorang budak perempuan ini ditawarkan kerja sebagai jurutera sebaik sahaja sebelum beliau menamatkan pengajian.

Yang paling best, sebab tempat kerja beliau ni dekat dengan kampong halaman, cuma takdaklah dekat sangat.

Dan yang paling best, bila maknya bagi 'permit' guna kereta maknya secara percuma tanpa bayaran.

Cuma yang mencuakkan budak perempuan ini adalah, beliau tidak biasa membawa kereta ke kawasan yang sesak seperti kawasan yang beliau akan mulakan kerja.

Dan beliau juga tidak 'familiar' dengan kawasan itu,

Dan yang paling teruk, beliau tidak pernah memegang kereta sebaik sahaja dapat lesen kereta yang hanya diperoleh selepas 2 kali amik test...

SADIS TAK?

Namun cuaknya makin lama, makin hilang, apabila ada yang menghulurkan bantuan berupa 'semangat' dan 'sokongan'...

Sape lagi kalau bukan keluarga beliau yang tersayang...

Maka, setiap petang, beliau akan 'mempraktis' bawak kereta di halaman kampong beliau, sehingga tenaga pengajar beliau bagi "THUMBS UP" kat beliau!

OH, SERONOKNYA!

Maka, hari yang dinanti sudah tiba...

Dengan diiringi oleh ayah dan mak beliau, beliau dibawa ke rumah sewanya, di mana beliau diperkenalkan dengan sedara yang menginap bersama di rumah tersebut...

Kali pertama melihat rumah itu, beliau rasa...

"Aik, di mana aku duduk ni?"

Iye...Rumah sewa itu adalah berupa rumah flat yang mana beliau pun tak pasti di mana kedudukan rumah itu jika dilihat dari tepi bangunan.

Memang ia adalah rumah di atas shopping complex yang 'agak gah' satu ketika dahulu, namun keadaannya 'tidak serasi' dengan beliau yang sudah biasa dengan keadaan 'senang'

Namun beliau tetap tabahkan hati duduk demi menjaga hati sedara yang ada di situ

Namun begitu, 'ketabahannya' teruji bila mana salah seorang sedara nak berpindah keluar dan meninggalkan beliau terkongtang kanting bersama sedara yang seorang lagi yang jarang ada di rumah

Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hati HambaNya ini...

Allah menghantar seorang rakan baru menemankan beliau selepas sahaja sedara itu pergi meninggalkan beliau.

Anna Da Lady

Nota kaki: Cerita ini bukanlah rekaan dan bukanla jugak fakta, tetapi hanya sekadar sebagai bacaan di mana mungkin ada yang 'tersangkut' dengan kita...






SATU CERITA: Fat to slim // extreme diet & exercise

Satu ketika dulu ada sorang budak perempuan ni, berumur dalam awal 20-an, mengalami masalah 'kegemukan'. Tapi, belum obesiti lagi

Cuma, beliau berasa kurang selesa dengan badannya, dengan penampilannya...

Tambah lagi, bila di'ejek' oleh sepupu sepapat yang sebaya, dan ditegur oleh parent dan pakcik beliau.

Dan ditambah sedih lagi, bila kakak-kakaknya yang berumur 6-8 tahun lebih tua daripada beliau masih lagi 'slim' walaupun ada yang sudah beranak pinak.

Maka, mulai hari itu beliau menanam semangat supaya dapat mengurangkan 'kegemukan' beliau itu ke satu tahap yang akan membuatkan orang dah tak tegur beliau...

Maka, bermulalah rutin 'diet' beliau di mana beliau tidak langsung makan nasi, hanya makan bihun sup/bihun tomyam dan lauk-lauk yang dibakar dan sayur yang lebih.

Dan juga buah-buahan yang sentiasa memenuhi peti sejuk rumah sewa beliau, sehingga ada kawan cakap

"dah macam dusun pulak aku tengok peti ais ni" :)

Dan juga diiringi rutin "Kempen Kecergasan" yang diadakan 2-3 kali seminggu selepas pukul 5 pm di 'sekolah' beliau.

Maka, selepas 6 bulan ++, beratnya menyusut mendadak daripada 60 kg kepada 47 kg...

Namun, masih ditegur kawan dan keluarga, masih diutarakan...Cuma, kali ni 'isi' nya dah bertukar lain...

"Aik, acik..takkan tak nak makan nasi tu. sedap ni..."

"Aik, acik, rugi je abang bawak pergi makan hotel kalau acik makan macam ni.."

Namun teguran yang paling BEST!

"Kam, kenapa aku tengok ko dah macam aliean?"

HA? Alien????????

Maka, bermulalah penukaran habit makan beliau...

Semakin hari, beliau sudah berani menyentuh nasi dan lauk-lauk lain yang berlemak...

Sehingga ke hari ini, beratnya dah kembali normal, namun 'teguran-teguran' itu masih diterima...

Namun hanya disambut dengan SENYUMAN :)

Anna Da Lady




Wednesday, June 19, 2013

Glory Beach Resort Port Dickson

Kali ni adalah kali kedua saya bermalam kembali ke rumah ni tanpa 'si dia' di sisi

Harini, masa masuk rumah tadi sedihla sikit, tapi sekarang dah OK sikit selepas bersembang dengan kawan yang menumpang di rumah ni kejap sementara 'si dia' tiada di sini

Jadi, sekarang saya tengah godek-godek gambar semasa 'meronda-ronda' dengan Mr F. Terjumpa satu folder masa pergi Port Dickson pada 5-6 April yang lalu.

Overall, Glory Beach ni OK, cuma yang tak OK nya sebab berada sebelah Lexus Hotel...Sebabnya, saya rasa macam 'jeles' je tengok orang yang berada di dalam 'rumah-rumah' seperti di bawah di Lexus Hotel ni...

Geramnya, bilalah dapat peluang pergi duduk tempat-tempat macam ni...

Rumah Terapung....





Anna Da Lady



Bila rindu, lihat ke langit

Pernah dengar tak, sebelum kita mula perjalanan, kita senyum ke langit jika tiada peneman lain waktu kita memandu...

Itu adalah salah satu adab sebelum memulakan perjalanan, supaya kita 'happy' sentiasa walau apa pun berlaku :)

Jadi, kalau kita rindu kat seseorang, samalah jugak. Kita tengok kat langit.

Sebab walau di mana kita berada, langit tetap ada...

Itulah yang saya selalu buat sekarang...

Bila rindu je, tengok langit, sambil cakap

"Abang, walau di mana abang berada, moga Abang sentiasa di bawah lindunganNya"

Gambar diambil di Dusseldorf, Germany tahun lepas


Anna Da Lady

Tuesday, June 18, 2013

Lukisan VS Miss him


Maaf kerana terpaksa melihat gambar ini dalam keadaan terbalik.

Ini adalah LUKISAN setulus hati daripada seorang anak perempuan terhadap ibu ayah dia, dan adik-adik dia :)

Anak ini hanya berumur 6 tahun, tetapi selalu mengutamakan lukisan berbentuk 'SATU KELUARGA' dalam setiap LUKISANnya.

Betapa beliau sangat MENYAYANGI keluarga beliau....

Siapa beliau tu?

Hehehe..Anak buah saya :)

Ok, sebenarnya, saya ni dalam fasa 'merindui' seseorang...Semalam, hari pertama bermalam di rumah sendiri tanpa 'kehadiran' dia...

Rasa sayu pulak, sampai tidur pun tak lena..

Oh, how I miss him...

Through the dark and lonely night
Waitin' for the morning light
Oh, how I miss him
This cold and empty bed
It's a feeling that I dread
Oh, how I miss him.

There's a burning deep inside
Only he can satisfy
But he's not here with me
Two other arms hold him
Two other lips kiss him
Oh, how I miss him.

Is it just imagination
Or should I of lost my man
So until I know for certain
I'll give him all the love I can.

But when he comes to me and love me
He sets my heart at ease
But until then oh, how I miss him
Oh, how I miss him...

Anna Da Lady


Friday, June 14, 2013

Mari kita ber'mimpi' di pagi Jumaat: Konsep menarik di bilik kecil

Di pagi Jumaat yang hening ni, mari kita mulakan keceriaan hidup kita dengan berimaginasi sikit...

Cuba tengok gambo di bawah ni, saya kongsikan sikit 'pelan' saya untuk bilik kecil di tingkat bawah rumah saya. Tapi, tak tahu bila konsep ini akan 'terjadi'...Hehehehe..Sebab banyak jugak area lain masih belum dikemaskini.

Kotak warna merah tu, adalah tingkap 2 panel (standard size untuk rumah lain jugak), dan impian saya ialah, untuk melengkapkan bilik ini dengan:

1) Sofa bed warna merah/purple untuk di no. 2
2) Rak buku untuk menempatkan buku-buku agama / buku-buku lain di no.3
3) Almari baju yang sesuai untuk meletakkan keperluan ketika solat seperti sejadah, kain telekung, kain pelikat untuk tetamu yang datang di no.1

Buat masa sekarang, bilik ini adalah bilik solat dan juga bilik di mana may parents, MIL suka lepak di sini, sebab malas nak naik atas kata mereka! 

Jadi, sekarang ni hanya benda yang basic di sediakan di bilik bawah ni, disebabkan 'kemalasan' saya untuk berhadapan dengan benda2 yang macam2 dalam rumah ni :) 

Dan lagi satu, saya dan Mr F lebih suka melepak di atas, xspeseli di bilik kami sebab semua ada di situ..
Hahahahahahahahaha!

So, apa yang ada sekarang di bilik ini? (sambili lihat nombor di 'pelan' di atas);

1) rak gantung baju ditempatkan di no. 1 ala-ala macam ni;

sumber: Mr Google

2) 2 stool kecil di no. 2 ala-ala macam ni;
 sumber: Mr Google

3) rak buku 3 lapis di no.3 

Maka, impian saya sekarang adalah untuk mencari furniture dan menetapkan konsep yang sesuai untuk 'menggantikan' fungsi basic furniture yang ada sekarang.

Maka, kita tengok dulu pemilihan sofa bed  di no. 2 yang bersesuaian..Kita 'usha' IKEA dulu ye!



Ok, dari dulu bila saya masuk IKEA je mesti saya tertarik dengan sofa ni, sebab apa tau? Warna merah dia...
Alamak, 'makcik' taktau pasal pa 'makcik' minat sangat dgn warna merah ni...Hehehe

Cuma, kalau pilih style ni dia agak makan ruang, sebab dia panjang...maka, saya tengok plak yang lain;

Okla kan? Tapi, nak jugak cari warna merah!

Ok, beralih pulak kepada pemilihan almari baju di no. 1;

Samada pilih jenis drawer seperti ini

 
omg...warna merah lagik? sabo jelah!


atau style macam ni, banyak sikit storage nya!

ATAU cari jenis wardrobe...


Warna merah lagik!

Atau jenis ini, sebab boleh menggunakan sebaik-baiknya ruang 'corner'

Beralih pulak kepada rak buku di no.3,


Jangan 'muntah' ye dengan warna merah! Cuma yang ni agak lebar, rasanya macam agak kurang sesuai!


Kalau macam ni sesuai, cuma kena ada 2 rak...

Ok, sudah tamat masa bermimpi, kembali kepada realiti,
Anna Da Lady




























Thursday, June 13, 2013

Rezeki semalam: Jadi subjek

Alhamdulillah....


Walaupun nampak sikit, tetapi tetap dapat memberikan segaris senyuman kepada yang menerima.. Macam pergi majlis kenduri je :)

Tapi yang lagi best, dapat RM20 hanya dengan menjadi subjek kepada satu eksperimen yang hanya memerlukan masa kurang daripada 1 jam :)

Lagi satu yang paling best, dapat timba jugak pengalaman macam mana nak deal dengan orang bila buat eksperimen melibatkan manusia and dapat jugak pengetahuan pasal bidang yang dikaji :)

So, lepas ni kepada sesapa yang nak saya jadi subjek eksperimen, boleh panggil la ye..janji ada 'saguhati'
Hehe..Lawak je..Takde upah pun takpe, sebab apa gunanya kawan, kalau tak tolong kan?

Ingat lagi cerita sorang kawan semalam, saya panggil Kak E, bila saya tanya,

"Eh, Kak..Memang cenggini ye bila kita tolong jadi subjek?Dapat duit, dapat makan"

Katanya...

"Eh, Kam...yang ni sangat OK tau..Akak ada diminta pergi jadi subjek kat satu uni ni, nak tau tak berapa dia bayar untuk 2-3 jam punya eksperimen..RM30 je..."

Pastu saya sambung..

"Hmm, sampai 3 jam, 30 ringgit je ye? Tapi, nanti kalau kita tak tolong, sapa nak tolong kita pulak kan masa kita perlukan bantuan. Ye tak?"

Materialistik,
Anna Da Lady

Wednesday, June 12, 2013

Lagi cerpen menarik...

Kepada yang berminat nak menghayati cerita-cerita yang penuh pengajaran

Cuba la pergi sini: http://ummuhusna99.blogspot.com/

Anna Da Lady

Tuesday, June 11, 2013

Madu ke honey?

Sambil tergelak, ada 'kesan'nya pada saya...Tambah-tambah bila suami jauh di perantauan :(

Sama-samalah kita nilai diri kita ni sebagai seorang isteri...


Yang mana positif kita amik, yang mana kita negatif kita tapis,
Anna Da Lady

Cuci Kereta dan Potong Rambut

Cuci kereta:

Kereta saya sangat comot sejak sekian lama terabai sejak saya balik umrah haritu. So, dah hampir sebulan lebih tak basuh.

Tadi, baru sempat basuh sebab tengok sangatlah kesian kereta ni..Dengan 'kotor' daripada kesan dok bawah pokok mangga, dengan kotor kesan 'lecak'...

Kalau Mr F tengok ni, confirm dia akan kata; "Masa Abang pegang kereta ni dulu, comei je, tapi bila Ayang pegang, hmm...."

Selalunya, kereta ni dihantar untuk dicuci dekat kedai dengan rumah, sebab ada kad yang perlu dicop selepas setiap kali cucian..So, after 10 times, dapatlah free satu benda daripada beberapa benda macam nano treatment, water wax atau dash board wax...Bayaran RM10 (kereta kecik kan)

Tapi tadi, saya kena RM11 sebab basuh kat Giant Bangi ni...Hmm, agak kurang gemar sikit kat sini, sebab dia cuci tak sama macam dekat ngan rumah saya..Tetapi sebab saya nak beli sikit barang, maka terpaksalah.. :(

Potong rambut:

Ini lebih kepada rambut Mr F...Saya akan pastikan beliau potong rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebab saya cukup berserabut tengok rambut lelaki yang panjang...

It is due to the fact, saya terpengaruh dengan ayah saya (pesara polis) yang akan memastikan setiap anak lelaki dia berambut pendek dan kemas setiap masa...

Dan bagi saya, Mr F nampak lebih 'hensem' kalau berambut pendek (pada mata saya lah) :)

Persamaan cuci kereta dan rambut:

Rutin kami, dalam sebulan, kereta mesti basuh sekurang-kurangnya sekali dan rambut Mr F kena potong dan trim janggut sikit sekurang-kurangnya sekali...

Itu sahaja saya nak merapu dulu,
Anna Da Lady


Monday, June 10, 2013

Mangga vs Moist Cake

Petang semalam, sempat pergi rumah Maksu saya kat KL dengan Angah saya anak beranak...Semua perempuan kecuali anak bujang dia berumur 4 tahun :)

Makan-makan petang kat rumah Maksu. Menu nya: spageti (maksu saya buatkan), bihun sup and laksa (angah saya beli kat rumah dia)...

Tetiba, saya terasa saya perlukan sesuatu yang masam dan manis...Ok, masam dah setel, sebab sebelum bergerak maksu saya bagi satu mangga epal..Hmm, sedapnya!

Cuma, manis je belum setel...Namun begitu, Allah dengar saya nyer permintaan...

Tetiba, angah saya suakan satu pinggan moist cake-coklat malam tu. Dia belikan sebelum pergi rumah Maksu lagi, cuma saya je tak perasan..

Wow, sodapnya! Cuma saya makan satu slice je, cukupla....Kalau banyak2 nanti, jadi lain pulak :)

Terima kasih Allah
Anna Da Lady

Kekadang pembacaan cerpen membantu kita ingat pada NYA

Tadi masa rehat terleka baca satu cerpen ni from here...

Nice story...and yang membuatkan agak menarik, sebab cara pendekatan kepada Yakin kepada Allah Yang Maha Esa...

Tapi, disyorkan kepada yang dah kawin je ye :)

Regards,
Anna Da Lady

Kek pengantin TERBALIK!

Kek bertingkat ini hanya boleh dipandang, tak boleh dirasa semuanya...


Sebab, sebaik je pengantin makan beradab dan bergerak ke pelamin, kek ini telah berjaya ditumbangkan oleh seorang kanak-kanak yang sangat 'curious' nak tahu apa yang akan berlaku bila satu hujung meja ditekan dengan tangan....

Last-last, dua keputusan diperoleh:
1) Dua kek di bahagian atas berjaya membuatkan dinding yang tak pernah makan kek, MAKAN KEK, dan
2) Manusia yang dok tunggu diliran nak makan kek, hanya dapat MAKAN KEK yang bawah saje...

Sekian laporan ringkas tentang kejadian di majlis sambut menantu adik saya,
Anna Da Lady

Friday, June 7, 2013

Nak DIY? Sabo...

Ok, satu benda bila beli barang IKEA kita kena cukup:

1) masa
2) tools-sebab kekadang ada benda yang dia bagi tak cukup 'kuat' untuk nak pasang
3) semangat dan kerajinan
4) kesabaran

Ok, antara keempat-empat perkara di atas, perkara no.4 memang sangat sangat sangat susah kita nak control!

Sebab, ada satu masa ni, saya and Mr F terpaksa bukak pemasangan meja kami sebab kami salah arah pasang

Dahla, kami buat tengah malam (maaf ye jiran sebelah menyebelah :)), jadi dengan mengantuknya, dengan rasa excited nak tengok barang siap, bila jadi macam tu, terus rasa....

"Ayang...Abang rasa nak rosakkan je benda alaah ni.."

hehe..Maka, saya sebagai 'penasihat utama'

Eh, sabo bang...sikit je lagik

Laters,
Anna Da Lady


Donut pisang?

Cuba teka apa ni?


Hahaha...Ini sebab nak tengah release penat mata la, terus mengadap blog...

Ok, gambo ni sangatlah dah lama, awal tahun ni...

Waktu tu, saya sangat rajin uli adunan nak buat donut...sebab terpengaruh tengok kawan saya punya status kat FB...

Banyak kali saya buat, sampai dapat satu adunan yang perfect, lembut and agak rangup :)

Tapi, saya tak campur pun dengan pisang tu? So, kalau campur, mesti lagi sedap kan?

Cuma sekarang, kalau ditanya macammana resepinya, saya tarak ingat :)

Hehe, sudah lama tak masak didapur, jadi agaknya mesti tangan ni pun 'keras' je bila pegang pisau and kuali :)

Ok, ni nak bergerak gi Shah Alam, cancincau! Laters, baby
Anna Da Lady

IKEA: DIY study table or work table dan rak buku

Dulu, saya pernah post satu entry pasal cara buat lubang untuk wayar2 komputer etc. di meja. Boleh rujuk daripada link ini.

Tapi, saya tak tunjuk habis apa yang terjadi bila projek ni siap...Tadaaa!

Sila perhatikan, terutama untuk Puan Fizah, yang sangat minat dengan benda-benda DIY ni ::)

Sila abaikan semua yang tak berkaitan tu..Biasalah bila jadi tukang, memang berselerak..Tambah-tambah kalau tukang tak dibayar 'gaji' :)

Tengok 'tukang' saya ni, tengah dok perhatikan samada shelf yang dia pasang tu setara atau tidak...Guna satu benda yang macam bubble tu, benda ni dapat kalau kita beli mount TV tu.


Tada! Dah siap pasang satu shelf...


Then, pasang shelf yang kedua plak..Yang ni tinggi sikit, jadi 'tukang' saya kena panjat atas satu stool. Lagi satu, 'tukang' saya ni spesel sikit, pakai kain pelikat, sebab baru habis solat :)


Tada! Dah siap kedua-dua nya... Alhamdulillah..Nampak tak berapa buah new novel yang saya ada? Hehehe...


Ni complete set, sebelum disepahkan dengan pelbagai macam jenis surat and buku-buku..Siap dengan work lamp lagi :)


Ok, overall, ni saya sertakan sekali SENARAI PRODUK beserta harga semasa (if available) yang boleh dilihat di website IKEA  untuk menghasilkan a simple set of study or work table at reasonable price..and yang paling penting kami berdua suka sebab kami pasang sendiri :) 

Anda mungkin mempunyai 'taste' yang lain...

1) work lamp: RM44.90


2) meja: Table top, table leg, pull-out keyboard shelf, signum (tak pasti berapa harganya, cuma table top tu agak mahal sikit bagi kami)

3) wall shelves: boleh dilihat daripada sini...kami tak pasti yang ini yang mana...




Bila Puasa and Raya around the corner

"Amboi, awak...puasa pun tak lagik, terus teringat Raya?"

Hehe..Sebenarnya, saya sekarang ni dalam fasa untuk mempercepatkan waktu, sebab nak tunggu sampai bln 9 ni copet habis...Sebab, bulan 9 ni baru dapat jumpak Mr F balik :(

Jadi, kalau dah sampai Raya and asyik fikir pasal Puasa-Raya, maka, mesti rasa cepat je masa berlalu :)

Sekarang, pasal persiapan Puasa...

Teringat lagi, tahun lepas punya bulan Puasa..Kebanyakan hari berbuka di rumah, masak sendiri dengan bantuan Mr F. Hanya 2-3 kali je pergi bazar Ramadhan, sebab 'terasa' gatal nak tengok apa yang dijual kat situ :)

Then, pasal Raya pula..Tahun lepas Malam Raya and solat Raya semua di rumah MIL kat Ampang...Then, dalam pukul 10 pagi tu, terus pecut balik kampong saya pulak kat Kedah naik motor..Tapi konvoi 'sesuku' jalan dengan adik ipar sekeluarga naik kereta yang menghala ke Simpang Ampat dekat dengan Perlis.

Alhamdulillah, perjalanan balik smooth aje w/pun jalan agak sesak..Adik ipar memang sampai rumah mertua dia lambat. Ada kot tambah dalam 3-4 jam...Kesian dia

So, bila sampai je kampong, terus mengadap makanan yang mak saya sediakan...Hm, sedih je rasa, sebab mak saya tak buat sambal ikan bilis yang saya suka, habuan nak makan dengan masak lodeh...Huwaaaaaa

Sebab dia kata, kak ngah (yang balik Raya pertama kat kampong) request mintak buat sambal kacang...

Last-last, saya 'paksa' jugak mak saya buat..Akhirnya dapat! Wink Wink Wink..Hepi giler!

Jadi, TAHUN INI punya puasa dan raya, tanpa Mr F...Agak sedih..Sebab sudah terbiasa dengan ke'berada'an beliau...Tapi, takpe, masing-masing ada pengorbanan. Moga Allah lindungi da berkati tujuan perjalanan ini.

So, skang dok tengah fikir kuih-muih, kerepek2, and baju Raya untuk Raya ni...

Kerepek2 tu nanti nak pesan kat kawan..Sebab harga dia agak reasonable and sodap! So, kali ni takde la simpnan untuk Rumah sendiri..Just tempah untuk family kat kampong and keluarga mentua je.

Kuih-muih rasanya macam taknak je..Sebab saya bukan penggemar kuih muih ni sangat.

Baju Raya, tengah fikir kaler tema ni..Nak kena 'sohseh' dengan parents dulu, diaorang kaler ape...Tapi, selalunya baju-baju Raya ni anak2 yang belikan, jadi saya kena 'sohseh' dengan sisters dulu apa yang diaorang plan nak belikan...

Laters, baby...
Anna Da Lady










Tuesday, June 4, 2013

Karenah kids: Minta ''something'

Sekarang ni sudah hampir pukul 5. Maka, mata dan otak akan automotik semakin lemah, tak boleh mengadap komputer, tak boleh mengadap buku atau kertas-kertas.

Memandangkan Mr F tiada di sisi untuk satu waktu yang agak panjang, maka rumah my sis menjadi penginapan sementara buat masa sekarang.

My sis ada 2 anak lelaki. Sorang umur Darjah 4, sorang lagi 6 tahun. Walaupun berbeza usia, and of course saiz badan, tapi 'pemikiran' mereka SAMA...

1) Suka membuli saya, sebab saya ni sayangggggggg sangat dengan diaorang
2) Suka ajuk cakap saya, sebab saya ni suka layannnnnnnnnnnnn diaorang

Kedua-dua perkara di atas tak mengapa buat masa sekarang, satu hiburan kot! Tapi, kena la berpada-pada kan, nanti kot2 terbawak ke orang lain

Cuma, satu benda ni yang memang akan 'merunsingkan' saya terutama bila time nak balik kerja...

Ayat-ayat berikut selalu akan berkumandang di telinga..Macam semalam...

Anak banglong cakap.."Acik, kenapa Acik tak beli mainan kat Along? Nanti Acik bawak Along beli ye?'

Okeh....Mainan lagik...

Tapi benda tu kekadang je, kalu mereka dan boring dengan mainan yang ada..

Ni tengah ligat nak mengatur beli 'jajan' kat diaorang ni..Nampaknya kena buat stok ni :)

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails