Wednesday, July 18, 2012

Bawa handphone ke sekolah? Hmm...

Saya ni jarang tengok berita dan baca berita terkini pasal isu semasa. Masa spend mengadap movie dan internet terutamanya FB dan baca blog orang :)

Alahai..berguna jugak FB ni, at least tahula sikit2 pasal apa yang berlaku kat Mesia skang

Cerita yang paling mendapat tempat di hati saya selain daripada hal ehwal politik, xsiden dll, ialah cerita baru pasal sekolah

Hmm..Boleh bawak handphone ke sekolah...

Wow...kalau si anak dengaq, mesti sonok sangat yek!

Tapi, kalau mak ayah yang tak mampu ni, terpaksa tahan telinga dok dengaq anak dok asyik mintak camni...:----- (Semua dialog adalah dalam loghat utagha..Harap maap jika tak berapa faham ye..:))

"Ma...Kawan adik ada bawa handphone ke sekolah. Adik pun nak jugak"

Lagik...

"Ayah...Boleh tak Abang bawak telepon Ayah ni gi sekolah.."

Ha..Tu lagi haru...
Sampai telepon kita pun nak diangkutnya ke sekolah, sebab kawan2 dia semua pakat bawak telepon. Sebab, kawan-kawan dia dok tunjuk macam ni ha...

"Weh, cuba ampa tengok telepon kami ni...Canggih ooo...Boleh pusing sini, pusing sana 
..Ampa punya, biasa ja.."

Ha...mesti si anak ni tension ha..Belajaq ke mana, telepon ke mana :)

Ha..Itu adalah contoh2 negatif di sebalik pelaksanaan "Boleh bawa handphone ke sekolah"

Tapi, dari segi positifnya, semuanya mungkin kerana faktor keselamatan anak-anak sekarang.

Banyak kan kes pelik2 berlaku, culikla...dll...Hmm, sangat merisaukan...Saya setuju jika kita mampu, berikanlah kat anak kita sorang satu enset, speseli yang anak perempuan...

Tapi, kekadang saya terfikir jugak, zaman dulu masa kita budak2, keadaaan kita semua bukan camni. Jarang dengar kes pelik2 ni..Ke sebab kita kecik lagi ye? hehe

Tapi, apapun, berbalik kepada azali, sebab apa semua ni berlaku di negara kita?

Wallahualam,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails