Tuesday, July 17, 2012

List menjelang Ramadhan

Ok...Mari kita tengok list apa yang kita dah buat untuk sambut Ramadhan al-Mubarak;

1) Lauk pauk:

Minggu ni bekalan lauk pauk dalam peti ais dah penuh. Hampir keseluruhan bahagian sejuk dah penuh dengan udang yang dibeli 2kg (besaq campur kecik), sotong 1kg (kecik), ayam (2 ekoq), ikan merah (bahagian ekor je)...Okla kot 2 orang makan.

Kesemua benda ni dibeli kat Pasar Borong Selangor. Plan asal nak beli daging sama ngan ikan salmon. Tapi, ntahla..bila sampai je kat Pasar Borong tu, daging tak rasa tak nak beli, sebab rasa taktau nak masak ape :) Ikan salmon plak, taktau pasal pa minggu ni tak jumpak.

Nak kataorang ramai, tak sangat. Tapi, maybe sebab jeles kot orang lain datang berdua, saya datang sorang..Takpe, kita biarkan cik suami berehat dirumah ye :)

Sayur, saya tak berkenan sangat beli kat Pasar Borong sebab saya rasa mahalla compared to hypermarket...Itu rasa saya ye. :)

2) Desert

Setakat ni, hanya beli sagu je ngan gula merah. Plus, dadih segera. Nanti, kena beli susu segar untuk buat gabungan dengan kedua-dua benda ni :)

3) Kurma

Benda wajib bila berbuka dan kalau rajin masa bersahur. Mr F dan saya suka yang kering, jadi saya beli yang kering. Favorite kami Yusof Taiyob, tapi masa cari haritu kat MyMydin, takde..just brand apa ntah..Takpe, janji kurma kering :)

4) Air minuman

Ada bekalan cincau, laici, air koktel, ais krim soda, sirap. Jadila kot. Nanti boleh rotate, hari ni buat sirap bandung, Pastu cincau..Kalau nak sedap, tambah soya cincau..Pastu air soda gembira :)

5) Bekalan ibadah

Ha..tu semua nafsu nak makan je tu. Bekalan ibadah camne ye?

Hehe...Mari kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan bulan yang mulia ini ye,
Anna Da Lady





No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails