Alhamdulillah, harini dah hari Rabu. Hari kelima berpuasa...
Teringat sorang anak sedara sebelah Mr F masa first day berpuasa dan berbukadi rumah kakak ipar...
Saya: Adik puasa tak harini?
Adik: Adik puasa sampai kul 12 la Mak Ngah.
Saya: Oh, kalau gitu, nanti adik makan separuh je la ye...
Adik: Taknak!
Lepas tu, masa berbuka...
Adik: Mama, adik nak lasagna tu...
Waktu tu, saya dah habiskan lasagna yang ada, sebab saya sorang je lagi tak rasa..yang lain dah rasa, termasukla Adik :)
Saya: Ala, Adik...Adik kan dah makan separuh tadi..Cukupla..Lagipun, Adik kan puasa separuh je. Jadi semua kena separuh la
Habis semua ketawa!!!!! Hahahaha
Takpe, anak2 ni kalau larat, kita ajarlah selagi boleh..Training berpuasa di Madrasah Ramadhan.
Jadi, berbalik kepada menu saya dan Mr F pada hari ini dan semalam...
Semalam saya tulis, maybe nak masak ayam sos tiram and terung sambal untuk berbuka @D4
Last-last, saya belek resepi2, jumpa satu resepi yang saya tak pernah try lahik..almaklumlah, eden ni bukan rajin + pandai masak pun :)
Ianya mudah dan saya dan Mr F gemarkannya setelah pertama kali mencubanya. Cuma, ada kena improve sikit dari segi rasa, terutama imbangan pedas dan masin..Kurangkan pedas, tambahkan sikit je lagi garam :)
Mr F: Ayang, masak apa harini?
Saya: Ayam ceti kot.
Mr F: Ha? ayam ceti? Apa tu?
Saya: Ala..ceti yang dok mintak duit kat orang tu..Tu lah dia..Hahahaha
Aa...Ada orang panggil menu ni Ayam Ceti...ada panggil Kari ayam Ceti...
Tapi, apapun, kalau kita gi kedai mamak, memang ada benda ni. Sedap dan cepat.
Ok..kisah terung pulak..Memandangkan ada sambal udang segera kering dan memang nak habiskan la, maka saya terus la curah je sambal udang kering tu atas terung yang dah dicelur...Sonang keja eden!
Mr F tambahkan tips kepada saya, lepas ni celur dan bakar..sodap la sikit..Baik, bos!
Lepas tu, nasi pulak, Mr F tolong gorengkan nasi goreng cina.. Sodap! Mr F ni memang pandai masak ye Tuan-Puan...Bagus! Bagus! Bagus! :)
Pastu, sahur pagi ni pulak, memandangkan saya rasa taknak makan nasi, saya just buat bologte brut iaitu sandwich dengan daging burger ayam untuk Mr F..saya pulak cicah roti dengan nescafe susu ")
Sebab tu, pagi ni, boleh menelek blog etc. Mata taknak rehatkan kejap, spt selalu. Harap bertenaga la sampai petang ni :)
Ok, malam ni pulak, InsyaAllah, jika Allah izinkan, saya dan Mr F akan berbuka di hotel. Kawan belanja!
Rezeki harini,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you