Friday, July 27, 2012

Kehilangan kawan seusia

Walaupun saya tak berapa kenal beliau, tapi ada juga rasa sedih, sebab meninggal pada usia yang dikatakan masih mudah. Dua puluh lapan tahun.

Ajal maut semua di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menghalang kan?

Beberapa bulan dulu, ada sorang kawan matrix meninggal dalam berpantang, rasanya dalam 2 minggu kot. Dipanggil Eja. Demam. Tinggalkan dua anak termasuk sorang baby yang masih dahagakan kasih saya ibu dan suami.

Lepas tu harini, terbaca pulak status di FB, sorang lagi kawan kepada kawan, tapi saya rasa macam kenal. dipanggil Nurul Izzah. Meninggal sebab Demam, dan katanya ada jangkitan paru-paru.

Alfatihah untuk mereka berdua,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails