Monday, June 28, 2010

Idea from Ulu

Ulu kat mana tu, awak?

hehe...aku sekarang sedang 'melepak' kat kampong jap...Ada projek ngan adik tersayang aku..nak lawat site...

Then, skang kat musim buah...so, apa lagi amikla peluang before abis...

Semalam, aku jemput my BFF from Penang mai makan durian..dia mai ngan kawan dia...then, aku pun straight away bawa dia ngan kawan dia g dusun kami...

Makn nasi pulut dengan durian plus makan nasi putih dgn lauk-pauk yang dimasak oleh my bro...Ukk..kenyang..hehe...

Makan kat dusun nun best tau..dah lama aku tak makan kat dusun..lbh kurang setahun sekali je dpt kesempatan tu...rasa mcm berkelah kat hutan belantara...tapi, bukan kat hutan belantara pun..huhu...

Then, cakap psl durian ni...aku ni spesies yang suka makan durian isi nipis..mak aku ni pelikla sikit dgn perangai aku ni...dia panggil durian ni as durian 'tersenyum'

Orang lain suka makan isi tebal, dia je yang suka isi nipis ni..

Hehe..aku suka makan isi nipis,
Anna Da Lady

Saturday, June 26, 2010

Acik ingat Mama taktau ke Ivory Coast tu kat mana?

Hehe..itula ayat power mak aku bila sembang psl bola semalam..
kan ke malam tadi Portugal vs Brazil..hehe...
and at the same time, Ivory coast vs Koea kan?

Mak aku ni memang kira power jugakla psl bola ni, compared to my dad..
hehe..dia minat sgt negara Brazil nun...

dia kata dulu, mama hafal tau map dunia ni...yelah, cikgu katakan..hehe
dia still ingat lagi Ivory Coast ni terletak kat ne..siap tunjuk kat aku lagi guna jari telunjuk dia di "papan udara"
hehe...

Abah aku pulak, dia ni tak minat sgt bola2 ni...
Tanya dia semalam,

Abah..tak nak tengok bola ke?

Pastu nak tau ape dia jwb...

*
*
*
Abah ni ingat kata-kata orang Cina ni...bola ni boleh anggap 'boleau' la....

hehe...

betul jugak ye,
Anna Da Lady
.

Thursday, June 24, 2010

Urgh...napela jadi macam ni...

Ingatkan benda yang telah dianggap selesai tu dah setel...
rupa-rupanya jadi macam ni pulak...
Hopefully, semuanya OK la lepas ni...
...Jangan terbengkalai sudah...kuang kuang


Cobaan,
Anna Da Lady

Saudara atau musuh?...

Kelak akan ada pada akhir zaman sekelompok orang yang menjalin persaudaraan secara terbuka, namum bermusuhan secara diam-diam. 
Ada sahabat yang bertanya: Bagaimana hal seperti ini boleh terjadi, wahai Rasulullah? 
Beliau menjawab: Dengan kesukaan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain, dan juga ketakutan sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.
{Hadith Riwayat Ahmad}

Dirujuk daripada:
 Hj Hasan Muhd al-Khairun bin Ghozali
99 Peristiwa Ajaib yang Mengubah Dunia

Bersaudaralah, jangan sesekali bermusuh,
Anna Da Lady

Alhamdulillah...

Dah siap jugak extract benda ni..

"...Tapi satu dah pergi...ada lagi mahu mari..."


Sabo jela Acik ye,
Anna Da Lady

Wednesday, June 23, 2010

NIOSH Library...Finally!!!

Today, saya buat apa yang sepatutnya saya buat sejak sekian lama dulu lagi...Dah terpendam hajat ni nak ke sana since my undergrad study, cuma sekarang je diizinkan Allah untuk ke sana...

So, tadi, after hantar my anak buah ke sekolah, saya pun pergila ke NIOSH.

Apa NIOSH tu ye?
NIOSH is acronym for National Institute of Occupational Safety and Health, located at Section 15, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kalau nak tahu lebih lanjut psl NIOSH ni, bolehla refer website ni.

Apa yang menariknya, di NIOSH ni, ia ada sediakan satu library yang dibuka untuk orang ramai jugak...macam perpustakaan awam jugakla sikit-sikit...
dibuka dari pukul 8am to 5pm setiap Isnin-Jumaat..hari Sabtu pun buka jugak... 
cuma bukunya very limited in certain areas only...especially dalam bidang safety and health, ergonomics, human factor engineering dan perkara seumpamanya...

Tetapi, nak meminjam bukunya perlulah jadi ahli NIOSH dulu...hehe...
macam tadi, saya tak dptla pinjam buku, so, saya kena fotostat je apa yang saya nak...terpaksalah kan?
...hehe...

Sebab apa saya nak ke sana ye?
1) memang saya perlu ke sana sejak sekian lama dulu..cuma pintu hati saya tak terbuka lagi untuk ke sana pada masa lalu...Finally, dapat jugak ke sana...
2) banyak benda yang bermain di kepala ada kaitan dengan apa yang perlu dicari di sana...

Findings:
After a few hours at NIOSH Library, saya dapatla jugak sebahagian data and info yang perlu dicari dan digunakan dalam kajian saya pada masa kini dan pada masa akan datang...

Inilah hasil fotokopi maklumat yang saya kehendaki...Tapi tak dapat sangat semuanya...
Dan saya masih perlu ekstrak apa yang dikehendaki...Itulah masalah yang utama bagi saya...

Maklumat memang senang dicari, tapi nak mencari info yang tepat tu adakalanya memakan masa dan memerlukan pemerhatian yang teliti... 


Usaha lagi!!!
Anna Da Lady

Jawapannya...

Ok..as usual untuk memuaskan hati aku ni, aku pun gunala Mr Google cari jawapannya bagi soalan ini...
So, aku terjumpalah satu jawapan ni..from WikiAnswers..
ada betulnya apa yang dijawab...

Why do bulls hate the color red?

They don't hate it.
This is a common misconception thanks to the Spanish bullfighters and the use of their red capes to intimidate the bull they are fighting in the ring.
Bulls and all cattle in general are in fact colour blind, and only respond to movement, not colour.
The red colour was used because it made it easier for the audience to see the bullfighter, not for the bull to see the bullfighter.
It is also tradition in the Spanish culture to use red in festivities like this.


And, lagi satu related answer from here:

Would you believe that bulls are colorblind? Well, they are.
The bulls that are used in Bullfighting are bred very carefully to be very aggressive (that means that they get angry pretty easily).

When they are three years old, they are put through some tests to see how aggressive they are, and the most aggressive bulls are brought to the bullfight.
When they see the matador waving his cloth (remember that they are colorblind, so they only see a dark grey cloth), they charge at it!
Also, in the beginning of the bullfight, the matador stabs the bull in the back of it's neck with swords.
This makes the bull especially angry, but the matador does that so the bull can't lift it's head (the swords cut the muscles that lift the bulls head).

A red cloth is used for a couple of reasons- it's pretty for the people to see, and if any blood gets on it, it is hard to see.
If you ever watch a bullfight, you'll see that the other side of the cloth is yellow. This is just to make it more decorative. The bull will also charge this side of the cloth.
So the reason bulls go after red cloth is not because it's red, but because they think it's teasing them.

Betul ke?
Anna Da Lady

Acik...Kenapa lembu suka warna merah?

Itulah yang dikatakan oleh Anak buah aku semasa menunggu dia nak siap untuk dihantar ke sekolah...

Nak dijadikan cerita...setiap hari semasa gap antara sekolah pagi dan petang, anak buah aku ni, Banglong Rifqi akan menghadap Astro Ceria nya bersama adiknya, Raimi..

So, akupun bila sampai je rumah diaorang menumpangla sama tengok..

Cerita ni timbul bilamana kat TV tu tunjukla citer seekor lembu putih ni..lupala nama nya ape...tapi satu siri kartun la...from Korea rasanya..
Tapi, lembu ni kira 'kureng' sikitla...hehe...
asyik kena buli je...yelah, sebab dia pun 'kureng' kan...hehe


Credit to Mr Google

Pastu, tadi ditunjukkan aksi lembu putih ni dengan lembu warna hitam...ala, macam seladang kot...

Kebetulan, ada sape ntah sidai kain warna merah kat ampaian...
so, ape lagi lembu hitam ni gila tanduk warna merah tu...
then, si lembu putih ni pun joinla sekali...hehe..kesian dia last2 kena tanduk jugak...

Tapi, waktu aku tengok citer ni, aku tertanya jugak dlm hati..
Nape ye lembu ni suka tanduk warna merah...
Then, perkara serupa juga ditanya oleh Anak Banglong ni...

"Acik....Kenapa lembu suka warna merah????"

So, anda ada ke jawapannya???

Yang musykil,
Anna Da Lady

Tuesday, June 22, 2010

Bagaimana dengan pohon mu?

Tika ini, saya tengah menonton Halaqah Sentuhan Qalbu..
...Tajuknya Pohon Hidup...

Hmm...Rasa tersentuh kalbu ni...
Pikirkan kehidupan di dunia ini...bekalan untuk akhirat..

Satu perkara yang betul-betul meresap perasaan..
Allah ada di mana-mana menjaga kita...

Kita tak keseorangan...
Kita diutuskan di dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah untuk mengimarahkan alam ini...

Sedikit petikan daripada ustaz yang dijemput:
"Banyakkan bekalanmu kerana perjalananmu terlalu jauh..."
"Ikhlaskan segala amalanmu kerana yang menilai Maha Mengetahui, amat melihat apa yang kamu buat..."

Insan yang lemah,
Anna Da Lady

Siapa berdarah O...mari join saya

A few years ago, saya ada beli satu buku ni..semasa Pesta Buku at PWTC...
Nak tau ape tajuknya?

Panduan Diet untuk Golongan Darah O


Nape ye aku suka nak baca buku ni masa tu...
hehe..ada banyak sebab...
1) sebab mataku dah pening sangat tengok mcm2 buku..dahla bawa cousin kecik g sekali..hehe
2) sebab rasa nak perabiskan duit beli buku..hehe...

tapi sebab utamanya adalah
Aku ni golongan berdarah O...penderma universal tau..
kira golongan yang sangat baik hati..huhu...

lagi satu, aku nak tahu jugak, apakah diet2 yang sesuai untuk golongan darah macam kami ni..
bukan 'dara' ye..darah...hehe

Antara isinya:
- Golongan darah O ni boleh berkembang dengan baik dengan pengambilan makanan hasil daripada daging dan ikan...Tapi, soalan aku, berkembang macam mana tu ye?hehe...
-Golongan darah O patut menghindari minyak kelapa, minyak bijan, minyak kanola, kacang tanah, biji buah matahari, kacang pistachio, kentang, jagung, cendawan shitake, pisang raja, kelapa, tembikai madu, limau mandarin, avokado, pear, beri hitam, kiwi dan macam2 lagi...

Pendek kata, huwaaa.....banyak jugak yang kena hindari...hehe..
Saya taknak ikutla..tapi, kalu tak ikut sendiri mau rasalakan???

Aku ni Darah O,
Anna Da Lady

Thursday, June 17, 2010

Awak..bila nak siap ni?

Itulah persoalan yang menghimpit diri saya sejak dua menjak ni...
almaklumlah...maklum yang tak dapat ditolong...hukhuk...
macam mana ni?

please...bagila semangat pada diriku ini...


Soalan lagi:
Bilanya aku nak mula menaip paper balik ni...
nak kena hantar ke jurnal berimpak pulak tu..
...huwaa..

Bilanya aku nak siapkan keje edit mengedit ke software tu? Bila n bila? 

Boleh ke siap dalam masa ditetapkan ye?
Agak2, kawanku tu dah buat ke?

Kalu lambat buat, alamat lambat la aku balik semula ke 'tempat yang aku suka tu'?

Dalam dilema,
Anna Da Lady

Seumpama rumah yang ditinggalkan kosong...

"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya, adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."
(Hadith riwayat Tirmizi, Darimi dan Hakim)

Ingatlah, satu pepatah yang selalu dikaitkan dengan rumah yang kosong ialah
'rumah yang kosong akan dikuasai oleh syaitan dan jin'...

Samalah juga dengan hati yang kosong daripada kalam Allah yang suci,
syaitan lebih berkuasa ke atas hati tersebut.

Hazrat Abu Hurairah berkata:
"Rumah-rumah yang hidup dengan amalam pembacaan al-Quran maka ahli rumah itu bertambah ramai, dipenuhi dengan kebaikan dan rahmat, para malaikat akan turun ke dalam rumah itu dan syaitan-syaitan akan meninggalkan rumah itu. 
Sementara itu, rumah-rumah yang tidak dibacakan al-Quran, kehidupan ahli rumah akan menjadi sempit dan hilang keberkatan, para malaikat meninggalkan rumah itu dan syaitan-syaitan memasuki rumah itu." 


Hanya Dia yang Tahu,
Anna Da Lady

Wednesday, June 16, 2010

Aida's Creation June 2010 Gift Away

Yes...saya join lagi satu Gift Away ni..organized by Aida..
In her blog, she asked the reason why saya berminat dengan hadiah yang comel2 tu..

Ha, Aida..meh cheq habaq mai kat Aida, na...
Sebabnya..
HANYA SATU!!
..tiada dua..tiada tiga..

Cheq rasa benda tu dok senyum kat cheq la..ala, si hijau bergigi tu..hehe..
tapi, senyuman nya mcm takut2 je..nape ye?dia takut kat cheq ka?

then, yang kawan dia dok sebelah si hijau tu, dok terconfuse tengok cheq...
katanya..."Macam ku kenal je minah ni...di mana yerk?"..hehe..

Cuba tengok balik gambaq ni..betul tak, cheq kata??hehe..
*
*
*


finally, cheq minat terus kat bunga2 tu..sebab I love the design, the tone, the colors and the type of bunga tu..
...hehe..memang suka..
...speechless...



boleh tak, Aida..jawapan cheq ni ok ke?hehe...

Maafkan saya ye jika kurang,
Anna Da Lady

What, Doc? Panic disorder???

"Nape aku rasa macam nak pitam je ni?"
"Nape rasa macam pening je ni?"
"Nape badan aku rasa lemah je ni?"
"Nape rasa macam semput je nafas ni?"
"Nape rasa sakit-sakit badan je ni?"
"Nape rasa terketar-ketar je ni?"
"Nape rasa tak selera je ni?"
"Nape rasa macam susah je nak control emosi ni?"
"Nape rasa berdebar-debar ni?"

AWAS!!!


Jika anda mengalami di antara perkara-perkara di atas, kemungkinan diri anda tergolong dlm golongan orang yang menghidap Panic disorder...ia adalah suatu disease...
itulah yang dialami oleh salah seorang frenz kpd my frenz...senang citer, kawan jugakla kan?...

Hmm...kekdang, orang selalu anggap...alah, benda yang berkaitan dengan EMOSI ni, boleh je control...
buat ape nak pergi jumpa Doctor dapatkan treatment..

Tapi, ingatlah kekawan..bukan semua benda kita boleh anggap mcm tu...
dan bukan semua orang boleh handle perkara-perkara sebegini...
dan mungkin ia terjadi kepada kita jugak..sape tahu bukan???..
Hanya Dia yang tahu...

Kadang-kadang, bukan semua kita nak penyakit kan? emosi ni memang boleh mempengaruhi kita..
cara hidup kita..our social life...etc...

According to Doc yg merawat my frenz tu, memang perkara-perkara sebegini biasa berlaku..terutama kpd mereka yang memendam perasaan setelah sekian lama...lama-lama benda tu menjadi teruk..tapi, takdela membuatkan kita jadi CRAZY...normally, berlaku kepada male...

Ada rawatan untuk menghilangkannya..iaitu dapatkan rehat yang secukupnya...
dan jika kita rasa bnyak masalah yang menghempap otak kita ni, listkan satu2 perkara tersebut..
remove all things yang remeh-temeh yang kita boleh selesaikan or abaikan, tempatkan priority yang mana yang utama...tu caranya..
InsyaAllah, dengan izinNya maka akan tenangla sikit hati kita ni...

Sini, saya ingin berkongsi sikit hasil kajian saya psl panic disorder ni...
ia macam mental disorder la jugak...tapi, tak sama walaupun serupa ye...

Thanks to Ms Wikipedia...You help me a lot, dear... 

Intro:
1) Panic disorder ni jugak dikenali sebagai anxiety disorder, characterized by recurring severe panic attacks
2) Ia boleh dirawat dan selalunya rawatan tersebut berjaya menghilangkan disease ni...

Sign and symptoms:
 Common symptoms of an attack include rapid heartbeat,perspiration, dizziness, dyspnea, trembling, uncontrollable fear, hyperventilation, etc.
Some individuals deal with these events on a regular basis, sometimes daily or weekly

Causes:
There is no single cause for panic disorder, however, panic disorder has been found to run in families, and suggests that inheritance plays a strong role in determining who will get it. It has also been found to exist as a co-morbid condition with many hereditary disorders, such as bipolar disorder, and a genetic predisposition to alcoholism.
Psychological factors, stressful life events, life transitions, environment, and thinking in a way that exaggerates relatively normal bodily reactions are also believed to play a role in the onset of panic disorder. Often the first attacks are triggered by physical illnesses, major stress, or certain medications. People who tend to take on excessive responsibilities may develop a tendency to suffer panic attacks. Post-traumatic stress disorder (PTSD) patients also show a much higher rate of panic disorder than the general population.
Stimulants are a rather common cause for panic attacks. An excess of common stimulants such as caffeine.

Conclusion:
Pendek kata, jika kita mempunyai sebarang masalah, janganla pendam dalam hati lama-lama... 
dan kepada orang yang suka memberikan masalah dan tidak suka bertolak ansur dan suka mengerah tenaga orang tanpa memikirkan perasaan orang lain,
Ingatlah bahawa kita ni bukannya selalu di atas..

Yang benar,
Anna Da Lady

Tuesday, June 15, 2010

Happy birthday...

Selamat Hari Lahir kepada My Akak dan my Abang yang ke 34..huhu...
dah tua ke? tak lagikan?hehe...

semalam, diaorang buat celebration kat kampung..buat jamu-jamu makan...
my Akak balik kampong since Jumaat lepas..so, apalagi meriahla...hehe..mesti bestkan?hehe...

To Akak and Abang, Acik doakan yang terbaik buat kalian...
Moga kalian diberkati Allah sentiasa...

Ikhlas daripada,
Anna Da Lady

Monday, June 14, 2010

Join lagi..Lucky draw by Rina

Huhu...di hari Isnin yang sangatla berbahagia ni, saya dengan senang hati ingin join lagi satu contest ni...
Lucky Draw by Rina..sweet je nama Rina ni..teringat sepasang kembar ni Rina and Rini tu..hehe..sila-sila klik sini nak tahu lebih lanjut psl si pemilik ni..comel orangnya...hehe...

Hadiahnya sangat menarik...20 hadiah untuk dimenangi...bestkan???..
semua orang ada peluang untuk dapat kannya..hehe...
yang best tu, hadiah nya accessories for girls only..hehe..mana hadiah for boys?..ala, boys tu bagi kat GF dia la kan??hehe..tu kata Rina ye...

Antara hadiahnya:


Lagi...


dan lagi....


dan lagi lagi...


Finally, 
19. Voucher RM 20 di RinaWardrobe

20. Banner percuma dan ruangan iklan percuma PERMANENTLY di RinaStories + Sehelai DressRinaWardrobe percuma  + Voucher RM20 di RinaWardrobe

For more information, you can go this link...Very interesting gift...Memang menarik woo...


And if you are interested with those items or any item dat not included in the contest, 
maybe you can view at this link too.

Apa lagi, cepat!!..cepat!!! before 15 July...kata Rina...

With Love,
Anna Da Lady 





Sunday, June 13, 2010

Ready for dinner?


Yeah...saya suka...

Love to dream,
Anna Da Lady

I love superbike...how they make it?


Ref: Youtube-BMW Motorrad (Thanks for info)
From design stage to final product...

Fantastic,
Anna Da Lady


Friday, June 11, 2010

11 June

Today? Apa yang ada pada hari ini, 11 Jun...

Harini adalah "Hari Bersejarah" yang boleh aku katakan banyak membawa perubahan kepada diriku... 

1) Hepi besday to my lovely diary/blog..LOVE TO 5S..First entry is here..Cerita di sebalik LOVE TO 5S ada di sini...
2) Hepi besday to my Angah and her daughter, Iffa Nadya yang lahir sama hari...
3) Bermulanya episod baru kepada ku dalam dunia pekerjaan..my first career as engineer at M..at Penang...

All da best,
Anna Da Lady

p.s: tgh bz ni tgh tolong my untie buat assgnmt..huwaa....

Kenangan Terindah

Ia sebenarnya adalah suatu Contest yang dinjurkan oleh saudari kita ni...sempena anniversary nya yang kedua dan besday nya yang ke berapa ye..dirahsiakan...hehe


Kepada saudari, saya ucapkan semoga anda dan keluarga dirahmati Allah sentiasa..Moga kekal ke akhir hayat...
Inilah satu bingkisan kenangan terindah yang tersemat kukuh di ingatan saya dari dulu hingga kini...
Cuma gambar semsa peristiwa berlaku takdela...sebab sudah lama..about 20 years ago...Harap maaf ye tak dapat berkongsi...tapi, kalu nak tengok gambo famili terkini, ada di entri ni...

plus gambo subjek utama my Adik
Ku masih ingat lagi suatu ketika dahulu...Dalam suatu perjalanan yang sangatla jauh (perlis to johor, johor to perlis), memakan masa hampir 12 jam..nak sambut raya kan??..namun sesungguhnya ia adalah kenangan terindah untuk dikongsi bersama...

Tika mana, diriku bersama semua adik beradikku yang lagi 4 orang tu, my Kakak, my Abang, my Angah and my Adik and of coursela my parents (Kalu takde parents ni sapela ye nak jaga kami, nak pandu kereta straight away from Perlis-Johor-Perlis kan?hehe...) dalam perjalanan pulang ke negeri yang disayangi di Perlis...walaupun ia kecik, ia tetap BEST woo...

Apa yang kuingin kongsikan disini adalah, dimana tika kami hendak pulang semula ke Perlis from kampung halaman Abahku di Johor...
Waktu tu, kami naik keta kecik je..aku panggil keta tu V je...
bayangkan anak ada 5 orang plus my parents, jadilah 7 kan? ...
kalu kena tahan ngan JPJ, sure dia senyum je tengok kami anak beranak smbil bg 'surat cinta' kan??hehe

waktu tu kalu tak salah, aku sekolah rendah dalam darjah 2 kot...Adik aku dalam umur 5 tahun la..kakak, abang aku plus lagi enam, lapan tahun dari umur akula..cuba bayangkan ye???
bersesak-sesak dalam kereta...plus lagi jalan yang sesak..
namun dengan muafakat dan muhibbah yang ada dalam diri kami adik-beradik, rasa tak sesak pun.
.rasa sonok ada...
hehe..dapat JALAN JAUH OOOOO...
.bukan senang nak jalan jauh2 gini...semua ada pulak tu..
hehe..fikir aku...

part bestnya, bila mana adikku yang kecik tu dokla depan ngan mama aku..sbb belakang dah fenuhkan??..
so nampak macam budak kecikla..dahla meme dia comei pun waktu tu..hehe...

nak dijadikan cerita..dengan kereta yang bersesak-sesak di luar jalan raya....bergerak macam kura-kura tau...
tiba-tiba adalah perkara yang mencuit hati kami sekeluarga..
Hehehe...aku nak gelak dulula.... 

Di sebelah kereta kami, ada sebuah kereta...adala sorang anak dara comei ni (rasanya muda sikit dari adik aku kot)..hehe..
dok mengendap2 adik aku kat depan tu..hehe
kami yang kat belakang ni perasanla..
pastu Kakak aku terus cakap kat adik aku...

"Adik..adik...eh, budak tu macam senyum kat adik je..nak tekel adik kot..hehe..."

Pastu adik aku pun berpusing..budak tu tersenyum manis padanya...
Hehe..adikku aku pun tersenyum kembali padanya...tapi dengan muka yang merona kemerahan la..
Malu la tu..huhu...

Pastu mama aku cakapla...
"Hehe...Ada orang minat adikla...hehe"

Terus tergelak kami sekeluarga...

Pastu, waktu kereta dah nak mula bergerak pantas, budak tu terus memberi lambaian terakhirnya buat adikku..adikku pun 'bye-bye' la sekali...
kami pun tumpang sekaki 'bye-bye' sama...

Hehe..sesungguhnya itula cerita yang masih segar di ingatan..

Ouh..miss u all,
Anna Da Lady

Thursday, June 10, 2010

World cup, football players in RMK-10

Piala Dunia 2010 (Return to Africa) is around da corner..
sape2 yang kaki bola or yang suka tengok orang main bola, for sure...akan menghadap depan TV masing2...
tak kirala TV korang tu LCD ke, Plasma TV, TV baru ke, TV lama ke..
tapi, motifnya tetap sama...Tengok Bola...

Maka, akan berulangla fenomena ini...
Makan Bola, Tidur Bola, Minum Bola and ape2 seumpamanya mesti ada kaitan dengan BOLA...

Right now, RMK-10 sedang ditayangkan secara live...
Apa yang ku ingin petik adalah kata-kata berikut...I write it back in my words..terlupa sikit kata-kata PM tadi.. 

"Semangat pemain bola perlu dicontohi..Mereka bermain untuk pasukan"

Keywords:
- pemain
- pasukan

Conclusion saya:
1) Kita tak boleh mementingkan diri...Teringat kata pepatah ni..Bagai anjing dengan bayang-bayang..Rugi sendiri di kemudian hari...
2) Teamworks adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan...

Kalau ada tersalah, sila perbetulkan yerk..

Thats all,
Anna Da Lady

Sakit dan ubat...Camne nak masuk ni???

Sakit, pain, dan seumpamanya, memang tak dpt dipisahkan dengan ubat..
Bak kata pepatah, Bagai irama dan lagu...

Tanpa irama, tiadala lagu..
Tanpa lagu, tiadala irama...


Ni aku nak kongsi satu citer psl ubat....nak makan ubat...
nostalgia ini terimbas semula pabila diriku membaca blog kawan2 lain..yang anak2 mereka memang susah nak makan ubat...
termasuklah anak-anak buahku...
n then, apa yg menariknya termasukla aku...

Diriku masih ingat lagi..masa diriku kecik2 dulu...kalu Mama ku sebut...
"Mari makan ubat ni..."

Dengan langkah seribu, aku memulakan langkah memecut keluar dari umah, dan keliling hampir satu taman perumahan sebab taknak makan ubat...tapi, apalah tenaga yang ada pada seorang anak kecikkan???
Hmm..akhirnya dapat ditangkap juga oleh my mom...

Itu baru citer masa umuq 3-4 tahun...
Masa dah besaq sikit, sekitar sekolah rendah macam tu, terjadi lagi peristiwa yang serupa...
susah nak makan ubat...
tapi, waktu ni dah tak lari keliling taman dah...
cuma, menangis, melalak sambil my mom pegang mulut nak masukkan ubat smbil diperhatikan oleh my cousins yang waktu tu memang study at Perlis and stay with us...
Malula aku lepas tu..sebab ada org nmpak aku menangis...
TAK NAK MAKAN UBAT..
Huwaaa....

Then, lagi...bukan setakat tu je...
bila dah besaq sikit, masa sek.men...kalu nak mkn ubat je, mesti dapat ubat bijik kan???punyala susah nak mkn...
aku pernah ckp kat my parents, mintak tnya nurse, tak bleh ke dpt ubat air??
Huwaa...tak bolehla...

Masa ni, terciptanya satu kaedah aku nak makan ubat bijik...
Disebbkan ubat bijik ni besaq sgt, for example antibiotic..apa yg aku buat, aku belah dua ubat tu...
Tapi, tau ape rasanya...punyala pahit...
Huwaa...tapi, aku pasksa jugak telan...
Then, kalu tak bleh masuk jugak, ape yang aku buat...

Teng..teng...

Ku masukkan ke dalam dustbin, without my mom sempat melihatnya..
Hehe...
Tapi, alhamdulillah, skang dah OK dah..
cuma diriku akan tergelak sendiri bila tiba masa teringat kenangan ni...Huhu..

Aku yang susah nak makan ubat,
Anna Da Lady



Wednesday, June 9, 2010

Hidup ini perlu berubah

Assalamualaikum,

Dengan rasminya beberapa hari before IA menjengah setahun, saya telah tukarkan temporary name of this blog daripada Testing...Testing...Testing... kepada LOVE TO 5S 
InsyaAllah..this is her permanent name...hehe..

KENAPA PERLUNYA PERUBAHAN?
1) untuk lebih matang, sematang usianya...
2) untuk lebih pantas bergerak, sepantas dunia yang ibarat jam berputar tanpa henti
3) untuk lebih maju, semaju dunia semasa di sekelilingnya
4) untuk lebih....CUKUP-CUKUPLA YE...

Apapun kita perlu berubah...cuma perlu pastikan Iman di dada itu berubah ke arah kebaikan, bukan nya melencong ke jalan yang buruk...

KENAPA SAYA MEMILIH LOVE TO 5S? 
eh, bukan ke 5S to acronym for seiri, seiso, shitsuke, se se apa lagi tu...japanese language..term for housekeeping...nape ye saya suka benda ni..

hmm, actually, saya memang terpikat dengan Mr 5S ni sudah lama...malah, saya telah study details tentangnya..
hehe...bukan study apapun..study nak buat thesis masa undergraduate dulu je...

actually, 5S ni kalu ikut asalnya memang merujuk kepada housekeeping activity...
namun, zaman by zaman...5S ini telah didefinisikan dalam pelbagai bentuk...
saya tak terkecuali ingin mengabadikan 5S ini dalam dunia fantasi ini...
itulah 5S dalam kamus blog ini..my virtual diary...
Share, see, satisfy, search & of course la sleep...hehe....

Tercetusnya idea pada hari ini,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails