Wednesday, February 8, 2012

Yeay...Mama di sini, dengan sesi mencari kain langsir

...Tapi bukan di rumah saya...

Perbualan semalam sewaktu Adik mahu bertolak pulang dari kampong dengan kereta putih barunya dalam loghat Kedah...

Saya: Dik, dah sampai ke?
Adik: Kat Pendang dah ni. Mama ada sekali.

Saya: Eh, Mama ikut sekali? Bukan ka Abah kata taknak mai lagi?
Mama: Mama ja ikut. Kesian Adik balik kampong dah soghang, nak balik Kolumpo pun soghang jugak.

Saya: Aa kan...
Mama: Tulah, masa dia tolak balik haritu, Mama tak boleh tidoq..Dok tunggu-tunggu dia..Dahla soghang..

Saya: Awat Abah tak ikut?
Mama: Lani musim kemaghau kat kampong. Jadi, Abah kena jiruih la pokok-pokok tu...

Saya: Oo...Mama tidoq umah Acik ka malam ni?
Mama: Takla, Mama tidoq umah Cu..Nanti nak pi Nilai 3..Nak cari kain langsir...

Saya: Aik, bukan ka haritu baru je tukaq kain langsir..Tak sampai setahun lagi..
Mama: Aish, ni kena lain la pulak..Untuk kahwin Adik...

Saya: Warna adik tema apa?
Mama: Taktau dia..Alah, budak laki bukan kisah sangat...

Aish, Mama, saya pun nak kain langsir, dermalah sebarang satu dua helai, hehehe...
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails