Semalam, Ahad lewat petang selepas balik dari rumah Mak mertua, terus bawa Mr F ke klinik selepas Mr F mengadu kepala nya sakit...
Sampai je klinik, nak dekat-dekat Maghrib tu, nurse panggil suh berjumpa Dr. Lama beliau duduk dalam klinik.
Bila keluar je dari klinik, nampak mukanya yang sangat tidak berpuas hati...
Saya: Macammana? Dr kata apa?
Mr F: Dr bagi makan ubat. La la tu jugak (Maksudnya, waktu tu jugak). sebab darah tinggi sangat.
Saya: Hmm, habis tu? kena makan ubat tu dah ke?
Mr F: Tak...esok kena datang balik. ambil air kencing dan darah untuk lab test. 120 hinggit bayarannya.
Saya: Ok...
Semasa dalam kereta,
Saya: Hmm, lepas ni kenala berpantang. Tak boleh makan kambing semua tu...nasi arab pun tak boleh.
Mr F: Mana ada...boleh la...
Saya: Awak..boleh tak, kalau dengar cakap saya ni...Ish, macam budak-budak...
Mr F: Yolah...
Saya: Makan sup sayur...
mr F: Taknak...
Tapi, dalam hati saya, sudah ada sedikit gusar. Rasa macam hati tak tenang je..Kepada Allah, saya meminta pertolongan...
Dalam pukul 2 pagi,
Mr F: Ayang...kepala Abang peningla..sakit sangat...
Saya: Hah? kita sapu minyak angin dulu....Hmm, cuba try tidur dulu
Mr F: Tak aboleh...sakit sangat...rasa nak meletup ni...
Saya: hmm (sambil dalam hati cuak)
mr F: jom bawa ke HUKM. ok tak?
Saya: Jom
Bila sampai di HUKM, ada banyak fasa perlu ditempuhi...
Fasa 1: check tekanan darah dengan assitant yang bertugas.
Sambil Mr F menceritakan apa yang berlaku semalam..
Assisant: Tekanan darah abang Ok je....
Saya rasa pelik pulak..sebab semalam tinggi..mungkin sebab ubat tu kot..yang Dr suh telan semalam...
Fasa 2: check dengan assistant lain pulak di dalam bilik, sambil tunjukkan dia ubat dari klinik semalam.
Assisstant: Hmm, bagus ubat ni. Dah makan?
Mr F: Belum. Sebab kena puasa semalam. Sebab esok nak kena ambil urine test.
Fasa 3: mendaftar di kaunter pendaftaran...
Waktu ni, nampakla ramai orang tengah menunggu giliran...
Dalam satu jam, kami menunggu, angka giliran nampak mcam tak berganjak je...
Last-last, Mr F kata...
Mr F: Ayang, cuba check dengan petugas tu, boleh tak kita cancel?
Saya: Eh, Abnag dah ok ke? Betul ni?
Mr F: Aa, ok sikit...
Saya: Hmm, ni mesti sebab tadi kat rumah panas dan tak boleh tido kot..
mr F: mungkin...
Dalam hati, hmm...kena pasangla aircond kat rumah..Kesian Mr F..
Pagi ni...dalam pukul 9 pagi, terus pergi klinik...
Ambil darah dan air kencing...
Mr F cakap, Dr kata darah dah turun..tapi, kena check jugak camne...
Wahai Mr F, jagalah diri elok-elok, dengarlah cakap kami-kami yang tersayang ni,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you