Saturday, February 25, 2012

250212: Gara-gara Konsert Abadi-Sudirman @TV1

Pada pukul 9 lebih malam, 240212;

Mr F baru pulang dari kerja, saya membukakan pintu untuknya;

Mr F: Buat apa?
Saya: Tengok TV, konsert lagu Sudirman.

Mr F: Hmm, best ke?
Saya: Okla. Hmm, Abang..Dahagala. Keluar minum jom.
Mr F: ok. kejap

Selepas sahaja Mr F membersihkan diri, saya lihat beliau terus menghadap laptopnya.
Sambil tu, saya bersiap-siap untuk keluar.

Tetiba;

Mr F: Ayang, minta Cd kosong.
Saya: Hm...(sambil dalam hati, biar betoi dia download lagu Sudirman ke?)

Dalam kereta;

Mr F: Ha, ni baru best. (sambil saya dan beliau mengalunkan lagu-lagu popular Sudirman diiringi lagu-lagu daripada CD tadi)
Saya: Aa, baru best...

Semasa dalam perjalanan pulang dari minum, dah nak dekat belok masuk kawasan rumah pun.

Saya: Abang, pusing lagi satu round. Best la dengar lagu ni.

Maka, sebagai husband yang baik hati, Mr F pun pusing lagi satu round taman ni. Dengan dua-dua manusia ni masyuk menyayikan lagu Nilai Cintamu dengan lirik ntah apa-apa,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails