Friday, February 10, 2012

100212: Penjagaan anak /// Babysitter

Semasa waktu lunch semalam bersama 2 orang kawan, Hana (H) and Lea (L) dan seorang adik ipar senior saya, cik siti...

cik siti: kakak-kakak semua ni duduk area bangi ke?
saya: tak, saya paling jauh. b.Jalil.

cik siti: ouh.
L: cik siti duduk mana?

cik siti: duduk dekat bandar tek ni je.
L: jadi datang ofis sekali dengan abang ipar ke?

cik siti: eh, takle..kalau nak datang dengan dia, alamat balik lepas pukul 8 la...
saya: tulah..biasalah bila dah peringkat macam ni.

L: eh, bukan dekat cheras ke?
cik siti: aa, rumah parents situ, tapi parents pun duduk bandar tek skang. jaga anak kakak and abang ipar.

L: oh, jadi mak la yang jaga ye? dari dulu ke?
cik siti: aa, dari dulu. masa diaorang kat cheras lagipun, dah jaga...dan juga masa awal-awal pergi korea.

Wow, bila dengar story ni, terus rasa...

"bestnya, tak payah susah-susah nak fikir sape la nak jaga anak kita ni...tak payahla risau-risau macamana keadaan anak, ok punye."

tapi..bila kita fikir dalam-dalam lagi, ada pro and cons juga bila dijaga mak ayah kita kan?

and ada pro and cons jugak bila dihantar ke rumah pengasuh.

and ada pro and cons juga bila dihantar ke nursery.

and ada pro and cons juga bila dijaga oleh maid sendiri di rumah.

and ada pro and cons jugak bila kita berhenti kerja dan jaga anak sendiri 100%

Hm, antara kelima-lima pilihan, rasanya yang mana paling banyak orang ambil kan?

To be continue,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails