Wednesday, February 29, 2012

290212: Leap year day

A year that is not a leap year is called a common year.

So, kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada hari ini, selamat hari lahir.

saya masih ingat sorang kawan saya masa sekolah rendah...besdaynya hari ni..Namanya Ren...

Tapi, skang rasanya mesti dia tak ingat saya dah...hehe...maklumlah, zaman sekolah rendah dulu..bout 10-15 years ago.
cuma saya ada ber'kawan' dengan dia tru FB..dengan adik dia sekali :)

And baru2 ni, dapat tahu dia dah nak tamatkan zaman bujang...

Apapun, selamat hari lahir Ren
Anna Da Lady

Tuesday, February 28, 2012

280212: Asyik-asyik mimpi pasal study

Bukan sehari dua, dah banyak kali pun, terutama kalau saya pegang buku atau tengok cerita berkaitan belajar di TV atau baru diskus dengan sesapa pasal study before masuk tidur...

Mesti mimpi terutama part ni...

"Eh, ko dah hantar assignment ni?"

"Alamak, bila masa Dr tu bagi assignment ni. Takdak pun..."  (dalam keadaan gelisah)

Pastu, terus terjaga dari mimpi...

Aiseh, nasib baik mimpi..

Sudah-sudahla wahai mimpi, bertukarla dikau kepada cerita yang best sikit.
Anna Da Lady

Monday, February 27, 2012

270212: Aishiteru

Mula-mula dulu tengok cerita ni di TV9, saya kata...

"Hmm, cerita budak-budak la ni."

Pastu, sekali tengok, melekat jugak. Cuma lately ni, agak kurang layan, sebab leka melayan cerita lama James Bond dengan Mr F... :)

Cuma, alkisahnya, saya perasan...

Dalam cerita tu, kata nya diaorang dapat sambung di UM. Tapi, why lokasi nya di UKM?

Dahla tu, nampak trang tang-tang, diaorang berlakon di FSSK, UKM. siap nampak logo UKM lagi.

pastu, ada penghargaan kepada UKM...Tapi, why still dinyatakan UM?

Eden confuse, confuse... :)
Anna Da Lady

Saturday, February 25, 2012

250212: Gara-gara Konsert Abadi-Sudirman @TV1

Pada pukul 9 lebih malam, 240212;

Mr F baru pulang dari kerja, saya membukakan pintu untuknya;

Mr F: Buat apa?
Saya: Tengok TV, konsert lagu Sudirman.

Mr F: Hmm, best ke?
Saya: Okla. Hmm, Abang..Dahagala. Keluar minum jom.
Mr F: ok. kejap

Selepas sahaja Mr F membersihkan diri, saya lihat beliau terus menghadap laptopnya.
Sambil tu, saya bersiap-siap untuk keluar.

Tetiba;

Mr F: Ayang, minta Cd kosong.
Saya: Hm...(sambil dalam hati, biar betoi dia download lagu Sudirman ke?)

Dalam kereta;

Mr F: Ha, ni baru best. (sambil saya dan beliau mengalunkan lagu-lagu popular Sudirman diiringi lagu-lagu daripada CD tadi)
Saya: Aa, baru best...

Semasa dalam perjalanan pulang dari minum, dah nak dekat belok masuk kawasan rumah pun.

Saya: Abang, pusing lagi satu round. Best la dengar lagu ni.

Maka, sebagai husband yang baik hati, Mr F pun pusing lagi satu round taman ni. Dengan dua-dua manusia ni masyuk menyayikan lagu Nilai Cintamu dengan lirik ntah apa-apa,
Anna Da Lady

Thursday, February 23, 2012

Survey tool I: Monkey survey and Survey tool II: Google Document (Form)

Sepanjang pengajian, ada ketika kita perlu lakukan survey untuk mendapat maklumbalas mengenai sesuatu.

Saya antara orang yang gemar buat survey for my job and also for my study.

Dulu, saya banyak menggunakan file word untuk create saya punya survey dan send tru email atau post kepada responden.
Tapi, semua itu sangat memerlukan kos dan memakan masa.

Sekarang, semuanya di hujung jari. Hanya perlukan isi survey, laptop/komputer/phone and internet (kalau boleh yang 'laju'..)

1) survey monkey

Cuba layari web ini: Survey Monkey
Dulu, kalau saja-saja gatal nak buat survey simple-simple, saya guna survey tool yang ini. Tapi, saya rasa agak kurang gemar, sebab kemungkinan bilangan soalan yang boleh dikemukakan dan juga backgroundnya dan cara analisis.
Tapi saya tak tahu sekarang...

Lalu saya telah bertukar kepada survey tool yang ke 2

2) Google

Saya akan cerita kemudian, bagaimana dan sebab saya gunakannya,
Anna Da Lady

Wednesday, February 22, 2012

220212: Memang kuatla naluri I...

Seperti cerita sebelum ni pasal my BF telah selamat melahirkan anak, saya jugak nak share apa naluri saya kata semalam...

"Janganla pendrive ni tertinggal kat rumah, kang nanti, nak mengajar camne?"

Last-last, this morning...

"aik, pergi lari mana pendrive ni?" (sambil ingat apa yang saya buat dengan pendrive semalam)

Lari naik atas, pejabat am...tanya kerani...katanya takdak...

Pastu bila turun bawah, baru teringat....

"Alahai, tertinggal kat rumah sebenarnya."

Buat kerja ofis kat rumah semalam waktu malam, guna pendrive tu...

Last-last kan dah tertinggal..

Tapi, nasib baik ada backup cuma tak comei la mcm semalam...

Tapi, bolehla asalkan ada...Kalu tak, terpaksala guna 'ilmu yang sekerat' tu untuk membebel...

Simptom lupa semakin menjadi,
Anna Da Lady

220212: Lahirnya seorang lagi muslimah

Semalam sewaktu keluar dari ofis selepas je habis meeting, terus bergegas-gegas balik rumah.
Sebelum tu, sempat menjeling melihat Puan Lea yang sedang menunggu hari sedang bercakap melalui telefon.
Rasa nak menegur nya, mana tahu esok tidak sempat aku melihat dirinya berbadan dua.

Tetiba harini...

"Alhamdulillah, saya sudah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25kg bla bla bla..."

Wow, sangat terkejut, okeh....

Tapi apapun alhamdullilah...

Sudah selamat,
Anna Da Lady

Tuesday, February 21, 2012

210212: Pantang makanan sekejap...Darah tinggi and kolestrol

Seperti yang dikongsi dalam 2 entry sebelum ini,  maka alternatif 'pantang' akan diambil untuk tidak menerukkan lagi keadaan.....


Walaupun Doc belum kata apa-apa, tapi kita sebagai isteri ni perlu lah responsible kan? Mr F, saya rindu senyuman awak. Taknak awak sakit-sakit dah...


Maka, saya listkan sebahagian Do and Don'ts yang kita boleh jadikan panduan untuk orang yang ingin mengurangkan/mengelakkan darah tinggi or kolestrol (dirujuk daripada Mr Google)


Hidangan Dielakkan           
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak /  Nasi Goreng / Nasi Ayam         
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng          
3.  Roti canai/ telur/ Murtabak          
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin         

5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan         

Digalakkan 
1. Nasi Putih / Kanji  
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam 
3. Capati tanpa ghee / Tosai 
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato 
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan  

6. Buah-buahan Segar, paling berkesan buah plum...(yang ini memang dulu saya amalkan)


Tapi, harini, saya telah menjamu Mr F nasi ayam sebab balik dalam keadaan tergesa-gesa, dan untuk saya nasi kukus ayam goreng berempah...


Tapi sempat sambar 100plus, sebab saya ingat lagi, my eldest brother dulu kena darah tinggi, dia amalkan minum 100plus terutama bila rasa pening-pening tu...kalau travel, wajib ada air ni...


Hmm, pasal goreng menggoreng tukan...Kalau kita gantikan minyak tu dengan minyak zaiton, agak-agak boleh ke membantu?


Tapi apapun semua dengan izin-Nya
Anna Da Lady

210212: Tak sedap duduk

Dalam pukul 11 tadi sewaktu dalam perjalanan ke Computer lab.

Saya: Assalamualaikum, Abang. Dah kat ofis ke?
Mr F: Tak. Rumah (dalam keadaan tak bersemangat)

Saya: Ha?
Mr F: Aa, pening lagi. Rasa terhuyung hayang. Balik pukul berapa ni?

Saya: Macam biasa. Petang (tapi dalam hati, ???)
Mr F: Hmm.

Awal pagi tadi masa keluar kerja, nampak dia masih berbaring.
Minta izin untuk keluar dengan matanya masih terpejam, mengantuk.
Tak tahu pulak, beliau masih tak sihat sepenuhnya.

Hmm, ni pun tak sedap duduk.
Nak cabut sekarang, keadaan tak mengizinkan. Meeting  sebentar nanti till pukul 4pm

Anna Da Lady

Monday, February 20, 2012

200212: Keadaan yang merungsingkan

Semalam, Ahad lewat petang selepas balik dari rumah Mak mertua, terus bawa Mr F ke klinik selepas Mr F mengadu kepala nya sakit...

Sampai je klinik, nak dekat-dekat Maghrib tu, nurse panggil suh berjumpa Dr. Lama beliau duduk dalam klinik.

Bila keluar je dari klinik, nampak mukanya yang sangat tidak berpuas hati...

Saya: Macammana? Dr kata apa?
Mr F: Dr bagi makan ubat. La la tu jugak (Maksudnya, waktu tu jugak). sebab darah tinggi sangat.

Saya: Hmm, habis tu? kena makan ubat tu dah ke?
Mr F: Tak...esok kena datang balik. ambil air kencing dan darah untuk lab test. 120 hinggit bayarannya.

Saya: Ok...

Semasa dalam kereta,

Saya: Hmm, lepas ni kenala berpantang. Tak boleh makan kambing semua tu...nasi arab pun tak boleh.
Mr F: Mana ada...boleh la...

Saya: Awak..boleh tak, kalau dengar cakap saya ni...Ish, macam budak-budak...
Mr F: Yolah...

Saya: Makan sup sayur...
mr F: Taknak...

Tapi, dalam hati saya, sudah ada sedikit gusar. Rasa macam hati tak tenang je..Kepada Allah, saya meminta pertolongan...

Dalam pukul 2 pagi,

Mr F: Ayang...kepala Abang peningla..sakit sangat...
Saya: Hah? kita sapu minyak angin dulu....Hmm, cuba try tidur dulu

Mr F: Tak aboleh...sakit sangat...rasa nak meletup ni...
Saya: hmm (sambil dalam hati cuak)

mr F: jom bawa ke HUKM. ok tak?
Saya: Jom

Bila sampai di HUKM, ada banyak fasa perlu ditempuhi...

Fasa 1: check tekanan darah dengan assitant yang bertugas.
Sambil Mr F menceritakan apa yang berlaku semalam..

Assisant: Tekanan darah abang Ok je....

Saya rasa pelik pulak..sebab semalam tinggi..mungkin sebab ubat tu kot..yang Dr suh telan semalam...

Fasa 2: check dengan assistant lain pulak di dalam bilik, sambil tunjukkan dia ubat dari klinik semalam.

Assisstant: Hmm, bagus ubat ni. Dah makan?
Mr F: Belum. Sebab kena puasa semalam. Sebab esok nak kena ambil urine test.

Fasa 3: mendaftar di kaunter pendaftaran...

Waktu ni, nampakla ramai orang tengah menunggu giliran...

Dalam satu jam, kami menunggu, angka giliran nampak mcam tak berganjak je...
Last-last, Mr F kata...

Mr F: Ayang, cuba check dengan petugas tu, boleh tak kita cancel?
Saya: Eh, Abnag dah ok ke? Betul ni?
Mr F: Aa, ok sikit...
Saya: Hmm, ni mesti sebab tadi kat rumah panas dan tak boleh tido kot..
mr F: mungkin...

Dalam hati, hmm...kena pasangla aircond kat rumah..Kesian Mr F..

Pagi ni...dalam pukul 9 pagi, terus pergi klinik...

Ambil darah dan air kencing...
Mr F cakap, Dr kata darah dah turun..tapi, kena check jugak camne...

Wahai Mr F, jagalah diri elok-elok, dengarlah cakap kami-kami yang tersayang ni,
Anna Da Lady

Saturday, February 18, 2012

180212: Cerita ketenangan di pagi Sabtu

Seperrti biasa di hujung minggu, tidur sampai pukul 10 pagi adalah kegemaran kami... :)

Tapi, bukan pada minggu ini...

Ketika diriku enak dilamun mimpi, tetiba terjaga pabila mendengarkan bunyi ketukan keypad laptop, seperti ada orang mengerjakan sesuatu...

Ku jenguk dengan sebelah mata, ku lihat Mr F sedang 'masyuk' melayan dan mendownload e-book dan movie terkini di psaran....

Ku berkata dalam hati..."amboi, angin apa yang menyapa suamiku ni ye?"

Ku lelapkan mata sekali lagi....

Tetiba, ku terdengar pulak bunyi dari bawah...Seakan-akan sliding door dibuka...Dan ku teringatkan terus agenda ku semalam.

Apa lagi, ku terus bukakan mata...

Waktu tu, Mr F berada di toilet...

Setelah mengemaskan diri, ku terus melangkah terus ke bawah rumah...

Ku lihat...JENG JENG JENG...

Adikku, Ijan sedang ber latih tubi...Almaklumlah, minggu depan dia kena interview nak masuk peg. tentera...Nampak sangat bersemangat budak ni...

Ku tegur dia...

"Weh, adik..awal bangun?" (sambil kata dalam hati, hmm..budak ni selalu tengahari baru bangun kalau hujung minggu..ni mesti sebab hal minggu depan ni...

Maka, ku mulakan tugas rasmi ku yang pertama di hujung minggu;
1) membuka seluas-luasnya tingkap di hadapan dan di dapur dan kalau ingatdi bilik.
2) memasak sarapan pagi, memndangkan adikku ada sekali, maka ku rajinkan memasak nasi goreng sempoi berlaukkan telur seapruh masak, ikan masak kicap, dan ikan masin...lauk lebihan semalam... :)
3) membancuh air kesukaan Mr F, milo ais,,,wajib ada ais..kalau tak, merajuk dia ... :)
4) membersihkan dapur dan menyapu ruang bawah...berhabuknya la, mak encik :)

Ku nampak adikku sedang membasuh kereta kesayangannya di luar garaj...
Selepas je aku menyiapkan segala tugas rasmi tadi, ku terus keluarrumah sambil mengangkat satu gunting besar untuk cantas rumput2 yang bergumbira membesar di laman hadapan rumah :)

Ku cantas, dan cantas...

Adikkun menegurku..."Aik, dah panjang ka rumput ni? macam OK je lagi? Kalau tak, mesti nanti ada orang cakap 'nak potong rumput, adik?' " sambil merujuk kepada pertanyaan mamat-mamat foreigner (Bangladesh/paskisatan) yang rajin mencari rezeki lebih dengan memotong rumput...

"alah, panjang dah la ni..."...

Dalam msa beberapa minit, peluhku telah menitik satu persatu..."fuh, rasa la kursus sikit.."

Mr F tetiba datang mencelah..."aik, potong rumput sekali?"

"Aa...abang maila cakar rumput2 ni ke satu tempat...tengok adik tu, dia siap basuh kereta n motor abang sekali.."

Ok...Maka, leapas je semua sudah berpeluh, time melantak pulak di dalam rumah...sebelum ni ku meminta izin untuk 'berendam' di dalam air sementara... :)

Mr F berkata.."jom kita makan kat atas ye..boleh layan movie seklai...

"OK..."

Mula2, Mr F pasang cerita apa ntah..fuh..boring tau!!!...pastu ku request...boleh tak tukar ke cerita lain?

Maka, keluarlah cerita lain.."Dream house"..

Fulamak...cerita ini...memang menyeramkan pada mulanya..last sekali, hatiku tersentuh sampai menitiskan air mata...Jarang ku bersikap sebegini...

Libby, Katherine, Beatrice, Peter nama watak2 dalam cerita tu,
Anna Da Lady

Wednesday, February 15, 2012

150212: Konvoi ke Johor bersama satu keluarga

Dalam famili saya, ada 5 orang adik beradik termasuk saya...
Saya, 2 kakak dan adik bongsu bekerja area Lembah Klang (Bangi, Shah Alam and Bukit Jalil)...
Hanya Abang berada di Kedah menemani Mama Abah di kampong bersama keluarga kecilnya, Cha' dan Izzah...

Jadi, bila Mama dan Abah turun ke KL, mereka akan bergilir-gilir ke semua rumah anak-anaknya termasuk rumah Maksu di Kem Wardieburn.

Minggu lepas, kami berkesempatan berkonvoi sebanyak 3 kereta ke Johor...
Semua ikut kecuali abang ipar yang sulong kerana ada tournament di Jakarta...

Abah yang memang anak kelahiran Johor...Kata-kata Abah semasa kami balik ke kampong masa cuti CNY...

" Oh, Abah kalau boleh nak semua anak dapat truun ke kenduri Tokcik ni, sebab ni anak penutup yang kawin..."

Maka, apabila semua dapat berkumpul dan join ke majlis kenduri...

"Oh, Abah sangat gembira"

Nampakla, muka abah yang sangat happy bila semua dapat join sekali termasuk anak, menantu, cucu...
Mama pun sama...

KAMI pun sama,
Anna Da Lady

Friday, February 10, 2012

100212: Penjagaan anak /// Babysitter

Semasa waktu lunch semalam bersama 2 orang kawan, Hana (H) and Lea (L) dan seorang adik ipar senior saya, cik siti...

cik siti: kakak-kakak semua ni duduk area bangi ke?
saya: tak, saya paling jauh. b.Jalil.

cik siti: ouh.
L: cik siti duduk mana?

cik siti: duduk dekat bandar tek ni je.
L: jadi datang ofis sekali dengan abang ipar ke?

cik siti: eh, takle..kalau nak datang dengan dia, alamat balik lepas pukul 8 la...
saya: tulah..biasalah bila dah peringkat macam ni.

L: eh, bukan dekat cheras ke?
cik siti: aa, rumah parents situ, tapi parents pun duduk bandar tek skang. jaga anak kakak and abang ipar.

L: oh, jadi mak la yang jaga ye? dari dulu ke?
cik siti: aa, dari dulu. masa diaorang kat cheras lagipun, dah jaga...dan juga masa awal-awal pergi korea.

Wow, bila dengar story ni, terus rasa...

"bestnya, tak payah susah-susah nak fikir sape la nak jaga anak kita ni...tak payahla risau-risau macamana keadaan anak, ok punye."

tapi..bila kita fikir dalam-dalam lagi, ada pro and cons juga bila dijaga mak ayah kita kan?

and ada pro and cons jugak bila dihantar ke rumah pengasuh.

and ada pro and cons juga bila dihantar ke nursery.

and ada pro and cons juga bila dijaga oleh maid sendiri di rumah.

and ada pro and cons jugak bila kita berhenti kerja dan jaga anak sendiri 100%

Hm, antara kelima-lima pilihan, rasanya yang mana paling banyak orang ambil kan?

To be continue,
Anna Da Lady

100212: Green vehicle (G.V) and cost saving

Orang kata,

"Sambil menyelam minum air"

Jadi, sambil mencari fakta berkenaan green vehicle atau orang kenal jugak sebagai electric vehicle, hybrid car untuk geran maka boleh guna apa yang dijumpai untuk blog ni, as a pengumpul maklumat...

Terbaca satu artikel dari sini tentang GV. 

As we know, kat Malaysia ni ada 2 kereta hibrid yang fofular...

1) Honda Insight

Sumber: Cik Google (Tq..)

2) Toyota prius

Sumber: Cik Google (Tq...)

Cuba anda bandingkan antara 2 kereta ni, apa persamaan nya dari segi exterior design?
Nampak design nya hampir serupa kan?

Yang tu dipanggil aerodynamics design...

Kat Malaysia ni, macam tak ramai lagi yang beralih arah kepada kereta kereta sebegini...sebab apa?

Mungkin boleh refer kepada site yang saya bagi tadi...
Cuma ada beberapa perkara yang boleh diulas/ditambah lagi...
Berbalik kepada pengenalan kepada EV atau hybrid car..kenapa kita kenalkan ia? satu, sebab nak jimat kan minyak kan...satu lagi, for 'green' purpose...
Tapi selalunya kita beli kereta mesti nombor satu dalam kepala adalah harganya dan jugak smd jimat minyak atau tak..
Kita cakap pasal harga..
Takdela mahal sangat, tapi kos maintenance nya macammana...kos-kos lain?
Kalau nak bandingkan kereta dulu dengan sekarang, memang berbeza kualitinya...Kebanyakan kereta sekarang, mesti ada ayat 'jimat minyak'...as a result, boleh jimat kos seharian...
Nak jimat minyak, bukan sekdar boleh pilih EV shj tetapi jugak boleh tengok alternatif lain, spt NGV dan diesel...Malah, BMW sekarang pun dah perkenalkan satu siri kereta nya yang gunakan minyak diesel...
Pasal pemasangan NGV pulak, tak banyak stesen kat malaysia ni ada NGV...dan ia quite bulky unuk dipasang dalam kereta...
Ok, cakap pasal green pulak...
Sekarang ni banyak research telah difokuskan kpd sustainability...Green semuanya..
Malah shopping complex pun, semua negeri kecuali Penang setiap hari sabtu tak ada plastic free...
Go for green..
Anna Da Lady





Fakta di sebalik penutup bekas air plastik

Adakah saya ni jenis yang ketinggalan?

ATAU

Adakah saya ni jenis tak ambil endah benda yang remeh-temeh ni?

Ikuti perbualan ini di antara saya dan Mr F:

Mr F: Awak cuba tengok bekas penutup air McD ni?
Saya: Aa, kenapa?

Mr F: Can you see something that really interesting to discuss?
Saya: Hmm, apa ye?

Mr F: Nampak tak butang-butang ni? Boleh dipicit.
Saya: Ha, baru perasan...Aik ada tulis rutbir and diet la...Tapi, tak guna and tak picit pun? Pastu takdela plak tulis Coco-cola ke ...

Mr F: Ha, tulah...kalau kat US, memang benda2 ni dipicit bagi membezakan air ni dengan air ni...

P.S: gambar bakal menyusul.

Oh, gitu,
Anna Da Lady

Wednesday, February 8, 2012

080212: Bila Mama di sini

"Ok, Mama dekat rumah Cu ni. Sapa nak mai amik Mama bawak gi umah dia pulak?"

Tanya Mama melalui corong telefon dengan suara ceria.

"Aik, Mama dah borong langsir ke?"

Tanya saya dengan mengingati apa yang Mama cakap sebelum ini.

"Dah, Mama dah gi Kamdar dengan Cu tengahari tadi."


"Ok, nanti Acik pergi amik Mama. Tapi kena diskus dulu ngan Bangcik nak pi amik bila."

"Ok, Mama ada masak sambal petai ni..."


"Wow, sambal petai sedapnya..hehehe"


"Aa, cu bawak balik dari raub semalam..."


Wow, sedapnya dinner ku malam ni..ada sambal petai, ada masak lemak pucuk paku...
Anna Da Lady

Yeay...Mama di sini, dengan sesi mencari kain langsir

...Tapi bukan di rumah saya...

Perbualan semalam sewaktu Adik mahu bertolak pulang dari kampong dengan kereta putih barunya dalam loghat Kedah...

Saya: Dik, dah sampai ke?
Adik: Kat Pendang dah ni. Mama ada sekali.

Saya: Eh, Mama ikut sekali? Bukan ka Abah kata taknak mai lagi?
Mama: Mama ja ikut. Kesian Adik balik kampong dah soghang, nak balik Kolumpo pun soghang jugak.

Saya: Aa kan...
Mama: Tulah, masa dia tolak balik haritu, Mama tak boleh tidoq..Dok tunggu-tunggu dia..Dahla soghang..

Saya: Awat Abah tak ikut?
Mama: Lani musim kemaghau kat kampong. Jadi, Abah kena jiruih la pokok-pokok tu...

Saya: Oo...Mama tidoq umah Acik ka malam ni?
Mama: Takla, Mama tidoq umah Cu..Nanti nak pi Nilai 3..Nak cari kain langsir...

Saya: Aik, bukan ka haritu baru je tukaq kain langsir..Tak sampai setahun lagi..
Mama: Aish, ni kena lain la pulak..Untuk kahwin Adik...

Saya: Warna adik tema apa?
Mama: Taktau dia..Alah, budak laki bukan kisah sangat...

Aish, Mama, saya pun nak kain langsir, dermalah sebarang satu dua helai, hehehe...
Anna Da Lady

Friday, February 3, 2012

030212: Bonus 6% kepada pendeposit Tabung Haji

Wow..akhirnya penantian berakhir setelah membaca artikel ini.

Hmm, haritu tertunggu-tunggu bilakah nak dapat bonus TH ni...

Siap tanya kawan lagi...

Saya: Lea, bila TH nak umum bonus ye?
Lea: Hmm, taktaula..Adik aku pun tunggu benda yang sama jugak...

Saya: Nanti cakap ye, bila dah tau.

Setiap masa, tanya benda yang sama pada Lea...

Pastu check Cik Google...Keyword: Tabung Haji Bonus 2011...

Hmm, takde jugak...Yang ada 2010 nyer...

Akhirnya, dah terjawab,
Anna Da Lady

Thursday, February 2, 2012

020212: JPJ and plate number

020212...Nice number...Walaupun bukan secantik 020202, tapi okla kan?

Ok, topik harini kita akan cerita sikit pasal hal pendaftaran nombor kereta...

Coz recently, my young brother bought a new My Vi as his first car and also his first asset after working as a young architect...

I'm proud of him...First, because he is my brother..
Secondly because, he can 'berdiri atas kaki sendiri' since dari kecik...Without any extra help from FAMA and family...

Ok, back to original topic...JPJ and plate number...

My bro has a few numbers that come into his mind for his new car...
So, he asked my Maksu to accompany him during the process at JPJ, coz my Maksu's house is near to JPJ Wangsa Maju and she knows the process already...

So, dia pun cakapla kat my Maksu..Lebih kurang macam nila diaorg punyer conversation yer..

Adik: Cu, Ijan nak nombor-nombor plat ni...
Maksu: Nombor apa?

Adik: 6969 ataupun 7887 ataupun 8778
Maksu: Hmm..kite pergi tengok dulu kat JPJ...(Tapi dalam fikiran, peliknya budak ni nak nombor 6969..apa kaitan dengan dia sambil fikir dari segala segi)

So, after proses kat JPJ, my Maksu terus call my phone;

Maksu: Acik..tautak adik nak nombor plat apa untuk kereta dia? 

Sambil dia cerita nombor2 tadi...

Saya: Aa..pelik gak..Last sekali dapat nombor berapa?

Maksu: Nombor-nombor tu semua dah ada orang ambik...So, kami tengok dalam buku la apa yang ada...Takdela nombor cantik sangat...
Saya: Jadi?

Maksu: Dia amik nombor 8484...
Saya: weh, macam nombor Acik tu..

Maksu: Aa, dia kata okla tu..sebab besday dia 8 April...
Saya: Aala..Betoi...Berapa kena?

Maksu: 400 ringgit..
Saya: weh, mahalnya..4 angka pun 400 ringgit...F dulu masa kat Penang nombor apit 3 angka pun 300 ringgit je..

Maksu: Aa...sini mahal sikit...

Tapi, tulah..bila cakap pasal kereta and plat nombor ni, kalau boleh kita memang nak yang cantik...

Tapi kekdang ada jugak nasib, tak payah bayar extra apa-apa pun dah dapat nombor yang ok, like my sister and brother in law...kereta diaorg yang lama dapat nombor apit tapi 4 angkala...7667...

Semua orang tanya...

"Weh, beli ke?"

"Takle..rezeki dapat macam tu..."

Sumber: google



Hmm, maybe bukan hot numbers kot ye?
Anna Da Lady

Wednesday, February 1, 2012

Kek warna pink...

Mula-mula kita tengok dulu gelagat bebudak ni bila makan kek di malam hari...

Aksi anak buah dan adik sepupu...


Mungkin inilah yang dibualkan oleh mereka,

Anak berbaju biru: Ayong, sedap kan kek ni?
Ayong berbaju gaun tanpa lengan: Aa...jom kita ambil lagi nak? 

Tetiba...

Ayong: Eh, Bangchik, apa yang Bangchik buat tu?

Bangchik berbaju oren: Ni dok tengah pikir... Boleh makan ke benda alah ni? Ha, Along? Boleh makan ke?
Anak Along berbaju purple: Uh, Adik ni..Ntah apa-apa...Tupun nak makan....Kan Cik Mat kan? Kan Cik Mat?

Cik Mat berbaju belang: Aa...ntah apa-apa adik ko ni...

Hehe... Mungkin itulah perbualan mereka...
Tapi perangai mereka memang macam tupun...Anak Bangchik selalu 'dibuli' oleh abangnya, Anak Banglong dan Cik Mat...Sebab Cik Mat and Anak Banglong ni sama baya..Jadi tinggallah Adik dia sorang-sorag main2...

Ok, kita tengok kek plak...


Warna pink beb...saya ni jarang berminat warna pink..tapi tak tahu kenapa skang banyak juga benda berwarna pink,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails