Thursday, January 5, 2012

Sesi pencarian Mr Tuxedo untuk Mr F

Haiya, betul itu ejaan tuxedo..rasanya dah betoi dah...

Itulah masalahnya bila kita ni bukan jenis berpakaian glamer2 ni...

Kenalah pulak mencari tuxedo dan aksesorinya untuk dipakai masa dinner company...

Kan ke jadi satu kerjanya tu...Haiya...

Masalah lagi satu, pencarian ni pun hanya betul2 bermula semalam...dinner pulak dah esok malam...

so, apa yang dapat kan?

Semalam, lepas je dinner, maka bermulalah sesi perbualan di antara yang ingin tahu iaitu saya lah...dan yang taktahu iaitu Mr F... ;)

Ingin tahu: Eh, dah jumpa ke tuxedo yang awak cari tu?
Taktahu: Belum lagi...hmm

Ingin tahu: Eh, bukan ke lunch tadi after sampai je ofis, awak terus keluar...saya dengar suara kawan awak dalam telefon...
Taktahu: Aa...pergi tengok area yang kakngah cakap tu..takdela pula

Ingin tahu: Hmm, cuba tengok area Puchong pulak..
Taktahu: aa, ye tak ye jugak...Jom...

Ingin tahu: aik, takkan malam ni jugak?
Taktahu: Aalah..at least tahu kat mana..senang cari esok..

Ingin tahu: Alah, penatla awak...
Taktahu: Jomlah...

Ingin tahu: Oklah..(dengan separuh hati, tapi hati separuh lagi suka sebab bukan kita yang drive pun)

Pastu pergila tengok area Puchong, dekat IOI Mall, dekat Tesco opposite, beside, infront..
takde la plak Wedding Gallery ni...
yang ada banyak kedai makan..haiya...

Pastu, bermulalah lagi sesi perbualan kedua untuk malam yang sama:

Ingin tahu: Hmm, berapa kos sewa tuxedo ni?
Taktahu: Kalau based on apa yang saya tengok kat tenet, kena bayar deposit beratus-ratus jugak, sewanya lebih kurang 70 hinggit je..

Ingin tahu: Hmm, punyala mahal...Apa kata awak beli je kot and accessories nya...Eh, kot yang haritu tak muat ke?
Taktahu: Tak muatla...Saiz saya kan dah tak sama macam dulu...

Ingin tahu: Kan ke saya pernah cakap, abah ada je tuxedo ni..dia pernah pakai amsa majlis dia dulu..
Taktahu: Kalau boleh saya nak pakaila yang betul2 ikut badan saya...Nanti tak kemas pulak..

Ingin tahu: Jom kita cari kat tempat yang kita beli kot tu dulu..Kat situ murah jugakkan berbanding tempat lain..
Taktahu: Yeke? bukan atas dua ratus ke?

Ingin tahu: Taklah, bawah dua ratus...Jom kita pergi esok, sebab kalu Jumaat petang confirm tak sempat..Hai, kenapala buat kerja last minute ni...
Ingin tahu: hmm, tengoklah..

Tulah akibat nya bila semua buat last minute,
Anna Da Lady






I

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails