Ingat tak dulu ada dinyatakan oleh salah seorang orang berpengaruh jugak.
Yang muda-muda ni bila dah kerja, beli dululah rumah, jangan beli kereta yang hebat-hebat tu.. If I'm not mistakenla..begitu ceritanya
Tapi, for fresh graduate, kita tahukan berapa yang boleh dapat bila start kerja. Hmm, nak kumpul duit nak bayar deposit, legal fees jika diperlukan..Hmm..Banyak jugakkan?
Hmm, macam mana tu...
Tapi ada juga satu artikel ni, di US...Kalau tak salah jugak...(Tolong perbetulkan jika silap)
Waktu ekonomi diaorag 'down' teruk...Harga rumah pun diturukan sebab tak de sape yang boleh beli rumah and buat pinjaman waktu tu...
Dan bila cakap pasal rumah ni, Alhamdulillah...Saya telah melabur ke arah tu dengan bantuan ahli keluarga dan BFF... Cuma makan masa lebih kurang 4-5 tahun, untuk berbuat sebegini...
Rumah yang dibeli adalah atas orang...Jadi 10% mestilah dibayar kpd tuan rumah lama aka 'orang lama' (bergantung kpd agreement anda dengan 'orang lama')...Walaubagaimanapun, bank akan menganggap anda membayar 10% kepada tuan rumah lama...
Lebih kurang RM10k untuk legal fees (S&P and loan), sebab saya terlewat beberapa bulan bila buat pinjaman free legal fees...Ini sewaktu zaman ekonomi merudum bbrp tahun yang lepas...2008/2009...
Jadi, dari mana kita cekau duit ni...Itulah pentingnya simpanan kita dan juga bantuan ahli keluarga jika tidak mencukupi...dan juga duit dalam KWSP (akaun ke2)
Tapi duit dalam KWSP (akaun ke2) hanya dapat dikeluarkan apabila kita dah ada S&P document...
Pernah dengar tak, baru-baru ni ada satu cerita berkenaan tindakan yang dikenakan ke atas pengeluar KWSP sebab bagi maklumat palsu? Hmm...
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you