Semalam, pergi Bukit Jalil Park...
Actually, ni second time pergi situ...
Cuma second time tu baru perasan, siapa yang perlu bertindak untuk perkara-perkara ni...
Tempat tu memang menarik, cuma ada kekurangan dari segi kebersihan dan penjagaan taman...
1) Ada beberapa monumen yang menunjukkan benda ni berasal dari mana etc. contohnya, dari Canada, Peru, Jepun..tapi, cat nya luntur dan semak-samun..menjadikan benda-benda itu nampak tiada 'value'...please do something on this thing..kalu tidak, rugi je kita buat semua ni...
2) Kotor...bukit jalil ni jugak adalah salah satu tempat orang buat majlis kahwin...tapi, sayangnya...kotor..siapa yang patut bertanggungjawab..takkan nak mengharapkan DBKL je...penganjur majlis kahwin dan orang yang datang berkunjung pun perlulah menjaga kebesihan tempat ni..ni tidak, semalam semasa pergi..masih ada lagi nasi-nasi basi n lauk pauk yang ditinggalkan di atas bangku dekat taman tu...sape nak makan ni? biar macam tu je...
3) Kotor jugak...disebabkan 'orang' yang suka membuang sampah merata-rata...terutama plastik and botol kosong...tiada kesedaran sivik langsung...so, siapa yang salah di sini...
4) Tempat buat aktiviti fizikal..tapi ada jugak yang rosak sana-sini and berbahaya tuk digunakan...
Cuma, yang cantiknya dan bagusnya tempat ni sebab:
1) Ada bangku khas untuk OKU
2) Ada tasik and fountain yang menarik
3) Ada banyak ikan untuk dibagi makan..sweet je ikan-ikan ni makan..
4) Sesuai jugak untuk aktiviti beriadah bersama keluarga sebab tempatnya luas..main badminton, berbasikal etc...
Please do something, jangan biarkan bumi kita ni tercemar,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you