Tuesday, January 10, 2012

Aktiviti Berpeluh Malam Malam

Hari ni saya nak hijack blog ni. Hehehe!

Tadi balik lambat dari office, lepas solat Maghrib baru bertolak.

Penat, sebab kena tunggu subcon hantar 4x4 balik dari workshop di Semenyih. Dekat pukul 7 baru sampai kat office.

Masa tu dah tak larat dah, laptop pun biar je atas meja, tak tutup. Ambik jacket, kunci, helmet & terus keluar menuju ke parking lot.

Sampai kat moto, pulas kunci, start enjin dan terus keluar meninggalkan parking lot office. Tak fikir apa dah, cuma nak balik je.

Jalan OK kat Glenmarie & depan Sunway Pyramid. Takde banyak sangat kereta. Mungkin orang ramai dah sampai rumah atau dah sampai kedai makan (time tu dekat pukul 8 lebih dah). Dalam hati syok jugak, takde payah nak menyelit kat sebelah kereta. Boleh jumpa Mrs A cepat sikit, boleh buat tu, buat ni, buat... Saya tersenyum sorang sorang. Nasib baik helmet tu full face dan cermin gelap. Saya terus memecut moto sambil meninggalkan kenderaan lain di belakang.

Akhirnya, sampai kat traffic light yang last sebelum sampai rumah. I slow down the bike, because the light is red.

Tiba tiba...


Senyap.


Eh, apasal ni!!??!


Enjin moto mati! Alamak! Saya cuba start balik. Selalunya kalau start cepat cepat balik dia hidup. Saya doa dalam hati.


Senyap lagi.


Masa tu traffic light dah bertukar jadi hijau. Kereta mula bergerak. Saya start sekali lagi. Enjin mula merengek. Dalam hati saya mula gembira.


Lepas tu senyap balik!


Aiseh tak boleh jadi camni. Kereta di belakang mula bagi high beam. Saya buat tak tau je, sambil kaki terkial kial menolak moto ke depan. Nasib baik takde kereta hon. Mungkin mereka rasa takut nak hon sebab badan saya yang sasa ni...

Saya tunggu sampai kereta semua lepas, kemudian saya turun moto dan tolak ke tepi. Masa tu masih kontrol macho, buat buat keluarkan telefon, macam nak tunggu kawan lambat naik moto kat belakang, atau buat buat  macam ada incoming call. Ataupun buat buat nak call kawan sebab tak tau jalan. OK jugak apa, sebab plate moto Penang.


Saya call Mrs A.


"Ayang, moto Abang mati la. Tak boleh start."

"Abis tu camne? Kat mana ni?" Dia bertanya, risau.

"Ala. Dekat traffic light yang last kat rumah kita tu. Abang nak tunggu moto ni sejuk sat, kang boleh start la tu." Saya cuba menyedapkan hati.

"OK la".

Saya pun letak telefon.

Traffic light dah merah balik. Kereta mula ramai berkumpul kat sebelah. Saya masih beraksi macam nak tunggu kawan. "Mana mamat ni, lambat betul la nak sampai. Sesat ke apa??" Saya cuba buat mimik muka macam drama yang diorang selalu tunjuk kat dalam TV9 tu. Tak tau la kalau lakonan saya tu meyakinkan ke tak.

saya tunggu lagi 5 minit. Setiap kali traffic light tu bertukar merah, saya recycle lakonan saya dari aksi tunggu kawan yang tak sampai dengan tunggu kawan nak tunjuk jalan sebab saya baru sampai dari Penang. Tapi saya rasa tak jadi kot lakonan yang kedua, sebab masa tu saya pakai track bottom dengan kasut jogging je. Takkan dari Penang naik moto pakai track bottom je, Bang oii...

OK. Ni last. Kalau tak start jugak... Saya macam perasan orang kat dalam kereta tu sengih sengih sesama mereka sambil tunjuk kat moto. Takde pulak diorang turun nak ambik gambar, sebab selalu kalau saya parking moto kat kedai mamak, ada je pekerja Bangla tanya saya boleh tak ambik gambar dia sambil duduk atas moto saya. Mungkin dia nak hantar gambar balik kat keluarga dia, nak buktikan yang dia dah berjaya kat Malaysia ni. Dah boleh pakai moto sekarang ni. Mungkin juga dia nak motivate Bang Cik dia supaya berazam untuk berusaha keras supaya mengumpul tambang untuk datang ke Malaysia tahun depan...

Saya pulas kunci, tekan starter. Apa pun takde bunyi. Saya pun dah malas nak pikir pasal Bangla tu, saya pun call Mrs A.

Tak jawab. Takpe. Mungkin dia tengah layan OngBak Rindu. Saya pun suka jugak cerita tu, terer betul hero tu tomoi siam, nak cari kepala gajah yang kena curi dari kampung dia. Eh... betul ke cerita tu...

Saya try sekali lagi. Dan lagi. Ni mesti Mrs A tengah menangis sebab hero tu (apa nama dia, Tony Ja ek?) kena belasah teruk. Saya memang suka cerita fight fight ni.

Last last dapat jugak.

"Ayang, moto ni tak mau hidup la. Boleh tolong ambik tak?"


Bersambung... Jeng jeng jeng...

2 comments:

  1. hahahaha...lawok entri ni. ni mrs kam versi lelaki...terbaeekkk ;D

    ReplyDelete
  2. Wahai Mr F, saya dah bagi permit write in this blog, so bagila permit saya layan cerita romantik ye? hahaha..bukan Ongbak rindu la...Ombak rindu...Dan bukan Tony la, tapi dot dot...Aish...

    To Fizah, itulah...tak sangka 'anak didik' aku ni pandai olah cerita ni..tapi taktaula bab buat itu, buat ini betul ke idak..hahaha-Anna Da Lady

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails