Semalam, selepas balik kerja dalam pukul 7.30 malam:
Mr F: Awak...Saya rasa nak demam la.
Saya: Ha, yeke?
Mr F: Aa. Sakit tekak ni.
Saya: Betoi ka? Rasa tak panas sangat pun.
Mr F: Badan pun rasa lemah semacam je. Saya, kalau nak demam rasa sakit tekak dulu tau.
Saya: Ha, jomlah pergi klinik.
Mr F: Aa, nanti.
Namun selepas satu malam, takde nampak macam nak gerak ke klinik.
Hari ini, selepas Subuh:
Mr F: Awak...Mintak air kosong. Sakit tekak lagi la.
Hari ini, dalam pukul 8.30 pagi:
Mr F: Awak...Jom pergi klinik. Awak hantar saya ye.
Saya: Ok. Tapi saya tak dapat cuti harini. Ada kursus separuh hari. Petang nanti bolehla ambil cuti.
Mr F: Ok. Kita pergi Klinik Mediviron.
Maka, bawakla Mr F ke klinik selepas Mr F call his boss. Sambil tu tengok jam di tangan, masa Mr F masuk ke dalam jumpa Doc...
"Hmm...macam kena ambil cuti satu hari je ni...Macam takde mood dah nak pergi kerja harini"
Saya: Abang, saya ambil cuti harini.
Mr F: Eh, kata ada kursus.
Saya: Takpe. Bawa kursus tu ke bulan depan.
Mr F: Kursus apa ni?
Saya: Kursus dengan pihak library. Pencarian maklumat.
Mr F: Ok.
Dalam perjalanan nak balik rumah...
Saya: Abang, rasa nak makan nasi lemak la.
Mr F: Ha, belilah. Abang tunggu dalam kereta.
Maka, saya pun belilah nasi kerabu lauk sotong untuk saya, nasi lemak biasa plus begedil untuk Mr F.
Balik je rumah, terus melantak makan.
Saya: Hmm, abang nak tau berapa dia charge untuk kedua-dua nasi ni?
Mr F: Berapa?
Saya: Sepuluh ringgit 5 kupang. Heee...Geramnya rasa...Jual nasi tak ikhlas...Nasi kerabu ni ntah rasa apa taktaula...Sejuk, rasa tak sedap langsung...Nasi lemak camne? Begedil?
Mr F: Tengokla begedil dia tu...Biar betul potato dia tak hancur...
Betul, beb...tak pernah saya tengok penjual buat begedil macam tu...Ada seketul besar duit 50 sen tu tak hancur lagi...Hmm, memang dasar penjual nak duit je...
Masalahnya, kalau sedap takpe dengan harga sebegitu, kami boleh terima...
Tapi, bila tak sedap, letak harga semahal gitu, memang sakit hati... ;(
To be specific, nasi ni dijual di area Taman P***** J**** dekat dengan Restoran I*** B****...
To penjual tu, tolonglah...kalau nak menjual pun, pastikanlah makanan anda setanding dengan harga...
Saya: Abang, so dah dapat buat rating kan nasi lemak sapa yang sedap?
Mr F: Aa, dekat area rumah kita Fasa 7.
Maka, lepas je Mr F makan ubat, dia pun tidur balik...Sambil tu saya kemas apa yang patut...
Dalam pukul 11, telefon berbunyi...Tapi tak sempat diangkat.
"Aik, Kak Cha'? kenapa ye.."
tetiba Kakak pulak call..
" Eh tak puas hati ni..Mesti ada apa-apa.."
Saya: Ha, Kak..
Akak: Kat mana ni?
Saya: Rumah. Cuti rini. F demam...
Akak: Ni, ada berita terkini.
Saya: Ha, awat? (sambil dalam hati, tak sedap dah ni)
Akak: Mama masuk wad. Demam.
Saya: Ha?
Akak: Aa..semalam masa akak call dia, dia kata dah demam dah, cuma tak pergi check leklok...So, akak suh la dia gi check hospital. Platlet rendah.
Saya: Hmm (taktau nak cakap apa)
Akak: Ok, akak nak call angah pulak.
Saya: Ok.
Itulah cerita malam semalam dan harini,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you