Harini, dari pagi ke lewat petang, pergi sana sini sorang-sorang...
Tapi rasa seronok sangat...Sebab boleh buat kerja dengan cepat...And buat ikut kepala sendiri je... :)
And banyak item dalam list dah setel...Kecuali satu...
Dimana lah nak cari tudung warna kuning air ni...Hmm...
Pagi-Tengahari:
- Breakfast dengan KZ at Urat Keting. As usual, bila makan bekfas kat restoran dari Pantai Timur ni, mesti pekena Nasi kerabu, sayur taruk banyak-banyak...
- Straight to Ampang, KL. Waterfront...Gi satu Butik Pengantin. Butik ni pernah masuk dalam darama TV3 baru-baru ni. Cinta Antara Kita. So, misi mencari barang2 yang dalam list di situ 100% selesai.
- Staright drive to Nilai 3, menggunakan Plus Highway. Mencari barang2 yang dipesan Mama. Selesai jugak, Alhamdulillah. Cuma baru tau satu kedai yang jual brooch yang dicari selama ni. Brooch kat tepi tudung tu. Tapi, harganya macam mahal je. Takpe...Dah beli pun.
Bak kata Kak Saba, "Kalau jumpak yang lagi cantik dari barang yang kita dah beli tu, pejam mata jela."
- Balik dari Nilai menggunakan jalan belakang, which is jalan lama yang menghubungkan Nilai and Bangi. Wah, sangat berbangga nya dengan diri saya. First time drive kat sini. Sebelum ni orang yang bawakkan.Hehe...Tips penting bila ikut jalan yang tak biasa kita ikut, bak kata As
" Kita ikut je kereta yang banyak-banyak ni lalu mana. Mesti destinasinya sama."
Tengahari dari Zuhur hingga Asar, berehat di rumah sambil layan citer Diwale Dulhania Le Jayenge...Huhu...Meleleh jugak air mata tengok citer ni...Kenapala air mata keluar plak...Padahal dah tengok berkali-kali...Sensistip betul.
After Asar, bergerak ke Warta. Eh, bukan Warta dah sekarang. Giant...Menyelesaikan lagi satu misi. Minta kedai modify sikit brooch, letak pin. Tunggu minggu depan Rabu atau Khamis bolehla ambik.
Pastu, perut mula berkeroncong, minta diisi. Hmm...
"Nak makan mana ye.." Kata hati...
Hari Sabtu...Pasar malam la jawabnya, sambil cari tudung tu...
Huh, pusing2 tak jumpak jugak. Dapat bakso je sebagai bekalan.
Dimanalah tudung warna kuning air ni,
Anna Da Lady
achik camne persiapan. klu dekat dgn achik bleh yanti teman sambil jalan2 sama =). mesti debaran dah semakin terasa ni. Chaiyo!!! jmp nnt eh ms kenduri. ooo lp jgn lp jg kesihatan sama tau. Skrg ni musim panas bahang byk2 minum air suam k.
ReplyDelete