Kelmarin, sebelum pergi kerja tengok dulu MHI, perbualan secara langsung dengan wartawan ke Jepun...
Pastu, host MHI pada waktu tu ada bertanya...
"Macammana dekat sana? Ada kes kecurian ke?"
"Takde."
Pastu, terdengar pula berita lain. Juga, menceritakan bahawa rakyat Jepun sangat berdisiplin w/pun negara mereka dilanda masalah sebegitu...
Harini, terbaca pula artikel daripada Kosmo...Juga menyatakan perkara hampir serupa, dan serba sedikit tentang loji nuklearnya.
Serba sedikit petikannya:
"Cuma, terus-terang saya kagum melihat sikap rakyat Jepun dalam berhadapan bencana sebegini. Mereka sangat berdisiplin dan tenang menghadapinya. Malah, tidak membezakan antara rakyat asing atau penduduk tempatan dalam menghulurkan bantuan.”
Dan juga ada diceritakan mengapa mereka membangunkan loji nuklear w/pun mereka sedar mereka berada di bawah Lingkaran Api Pasifik.
Cubala baca.
Semangat Jepun,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you