Pagi tadi, tengok MHi sambil bersiap-siap pergi nak ke ofis...
Pastu ada satu temubual dengan pengunjung bazar ramadhan, berapa yang mereka selalu spend and beli di bazar ramadhan...
Soalan yang ditanya jugak...
"Adakah dengan RM5 cukup untuk anda berbelanja?"
Macam-macam jawapan ada...
" Tak cukupla...dengan air la bla bla bla..."
Bagi saya, InsyaAllah cukup... Yang bagi kenyang Allah, bukan makanan tu :)
Pastu pagi ni jugak, bila baca paper, terbaca satu artikel ni berkaitan seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia setelah menjamu juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadhan...
Takziah buat keluarga arwah...
Dan SATU PERINGATAN PENTING kepada peniaga di bazar Ramadhan atau mana-mana restoran, sila pastikan makanan-makanan, minuman-minuman dan seumpamanya yang disediakan oleh anda bersih, suci dan bebas daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kemudaratan kepada pelanggan anda..
Ini juga salah satu pesanan daripada ayah arwah...
Saya tahu, ramai peniaga di luar sana, BERETIKA dalam menjalankan perniagaan,
tetapi ada juga segelintir peniaga yang lebih memikirkan $$$ dalam berniaga...
"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..."
Hanya Allah yang Tahu,
Anna Da Lady
Seram pulak mendengar sampai ada yang mati makan makanan diBazar Ramadhan nie
ReplyDelete