Thursday, April 28, 2011

Manual ke auto???

Ni nak cakap pasal isu kereta...
Perubahan yang berlaku dalam kamus hidup saya...

Kalau nak cakap pasal hal kereta ni, macam-macam sejarah ada...Hahaha...
Dulu, masa nak ambik lesen kereta, huh, punyala susah. 
Almaklumlah orang kampong.Hukhuk.
Belajaq kat pekan kecik, test kat pekan besaq.

Lepas tu, struktur 'gaung' nya tak sama. Kalau kat kampung, kami praktis gaung di tempat yang kecerunannya tak sama dengan yang sebenar, iiatu dia tapak ujian JPJ diadakan.
Saya mengaku saya terpaksa ambik test JPJ 2x, semata-mata 'gaung' tu...
Kalau dalam real life, bila saya sebut 'gaung' je, ramai kawan2 yang gelakkan saya. Sebab saya confuse nak sebut camne...
Kadang2 tersasul..Masalah, masalah....

Tapikan, tak boleh salahkan 'gaung' tu jugak kan? Kesian kat 'gaung' tukan? Hahahaha....
Semuanya atas diri kita sebenarnya... Kita ni serba boleh ke idak? Ye tak?
Saya mengaku saya memang tak terer bab pandu kereta masa mula2 bawak tu....menggelataq, beb...
And saya tabik spring pada kawan saya yang boleh lulus ujian kereta sekali je ambik, xspeseli Mrs Lea...Hahaha....Terharu tak, Lea?
Tapi, ada satu sebab lagi saya tak lulus..sebab saya ambik ujian tu selepas bebrapa lama saya tak pegang keta...
Almaklumlah, waktu tu still bergelar student..So, nak amik test, nak belajaq keta hanya waktu cuti sem or cuti hujung minggu je la...
So, as a result, banyak yang terlupa...
Actually, saya pernah cerita pasal hal ini, dalam post yang lalu...Tak ingat yang mana...

Ok, berbalik kepada topik asal, pasal kereta auto and manual...
Baru-baru ni, kalau sesiapa pernah bacala, rasanya ramai yang tahu ye?...
JPJ nak laksanakan test kereta auto...Cuma lesen nya hanya boleh dapat auto sahaja, tak macam orang yang test guna kereta manual, boleh dapat dua-dua..Tu pro and cons la..

Kalau diberi pilihan dulu-dulu, memang saya nak Auto la...
Sebab, mudah and selesa...Hahaha...Nampak lembut sikit...
Kalau dah bawa manual ni, ganas tau!!!..Hahaha...

Namun setelah menginjak usia, sesuai dengan kematangan diri (alamak, matang ke?), saya rasa berbaloi jugak saya ambik and belajaq keta manual dulu...
at least, saya tahu camne nak pakai manual punya keta...

A few years back, saya meminjam kereta mak saya ke hulu ke hilir, masa start2 keja, from Penang sampaila ke Bangi...Ini kereta auto...
Kereta KAR 1XXX, sangat berjasa pada saya...
Sekarang kereta tu, dah selamat balik ke kampong halaman...
My BFF tolong jadi 'Mamat Delivery'...

So, skang, saya guna kereta manual pula...
Masa mula2 di'paksa' menggunakan kereta manual ni, memang saya menjerit dalam hati...

Hati jahat saya kata: Huh, awak tu mana reti bawak keta manual...
Hati baik saya kata: Belajar pelan-pelan. Lama-lama bolehla. Belum cuba belum tahu.

Kalau nak tahu, saya bawa benda ni sampai ke mimpi...
Punyala gerun nak bawa kereta manual ni...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh la sikit2 bawa kereta manual...
Cuma rasa penat and sakit hati bila terpaksa tempuh 'jem'
Sampai kaki ni naik kematu jadinya...
And saya tak berani sangat bawa laju, terutama waktu banyak kereta and hujan...
Contoh kejadian semalam...
Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku.
Cuma kenderaan belakang saya dan belakang saya yang ada masalah...Hopefully, evertyhing OK, ye...

So, saya nak berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jangan cepat putus asa, belum cuba belum tahu.

Mohon Allah beri perlindungan kepada kita semua,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails