Monday, January 31, 2011

Bila anak-anak mengaji tinggi...

Tadi pergi Bank...
Pastu sementara tunggu nama dipanggil (memang lama okay, dah tu ramai orang), sembangla dengan sorang makcik ni, namanya...alamak, saya pun taktau...huhu

Makcik: Mengantuk rasa pula.
Saya: Ouh..Tak cukup tidur ye, makcik?
Makcik: Pagi tadi makcik bangun pukul 3 pagi, siap-siap buat kuih. Sebab orang yang nak jual tu, pukul 5 pagi dah mai ambik.
Saya: Awalnya...
Makcik: Selalunya, makcik tidur balik lepas Subuh, tapi tadi macam-macam kerja buat..Sampai lani tak tidur...
Saya: Mesti rasa pening-pening sikit kan, Makcik?
Makcik: Aalah...Ni nak ambik duit sikit nak repair rumah. Tambah dapur sikit.
Saya: Ouh, dah ada orang la yang nak buat kerja tu? Mahalla kan la ni , Makcik..Nak tambah-tambah rumah ni...
Makcik: Hm, Makcik rumah kampong je. Takla sangat...Buat biasa-biasa ja...Kalau rumah taman, hmm..macam-macam la...
Saya: Tula...kalau nak tambah rumah taman, kena minta kelulusan la.... (Dalam hati, hmm...aku nanti macam tu la..nak rasa duduk rumah kampong kat Bangi, ntah bila la..tanah pun dah mahal)
Makcik: Tula...Lani nak buat apa pun semua kena berjimat. Ingat anak nak sekolah.
Saya: Betul tu, Makcik..Dulu mak ayah saya, ada sekali tu kakak-kakak, abang saya masuk ngaji serentak..Hm, susah jugakkan?Banyak nak pakai duit kan?
Makcik: Tulah..Makcik yang kerja biasa-biasa ni pun, dok ingat-ingat jugak..Bolehla simpan 30 ribu lani untuk belanja anak-anak...
Saya: Hmm, baguihla. Takpe, lani je susah..Lama-lama InsyaAllah,senang. Nanti anak-anak dah mengaji abis, kita nak buat apa pun senang. Janji halal.
Makcik: Tula, lepas ni bolehla fikir nak buat haji.
Saya: Tula, Makcik...Orang zaman dulu boleh simpan duit walaupun gaji biasa-biasa je. Gaji kami yang kira okay ni, pun susah nak simpan duit.

Macammana ye, bila simpan, mesti kena keluar balik waktu emergency, bilanya kita nak nampak duit kita tu membukit,
Anna Da Lady







Friday, January 28, 2011

Bila kita rasa syok...

Cuba baca artikel ni, from Harian Metro...

Kita ambil sikit sedutan daripada artikel ni:


"Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah. Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain."

Hmm, tula yang berlaku bila KITA SUKA KERJA KITA DAN ADA RASA TAK MAHU KECEWAKAN RAKAN SEKERJA YANG BERKOLABRASI DGN KITA....

Tapi, camne nak suka dengan kerja kita? Bagi saya, faktor-faktor berikut adalah sebab kita suka pada kerja kita:

1) Pengaruh di tempat kerja (Bos, rakan sekerja, keadaan tempat kerja, beban yang dikenakan kepada individu tidak melampaui ability individu tersebut)
2) Emosi yang dibawa dari rumah (Mesti happy sejak dari rumah dan ia akan terbawa-bawa ke tempat kerja)
3) Suasana persekitaran dari rumah ke tempat kerja (Selalunya bagi saya, saya suka cuaca yang mendung, tak panas sangat, sebab saya rasa nyaman je nak buat keje nanti)

Takat ni je, tadi dalam MHI ada bincang pasal topik ni,
Anna Da Lady

Thursday, January 27, 2011

Bila terpaksa mengarang surat...

Tadi kena karang surat sebab nak bagi satu pihak ni, nak request something...

Fuh, dah lama tak mengarang surat. Selalunya surat nak ke kilang ada la...Banyak jenis versi dalam simpanan..
Tapi, kali ni, kepada pihak yang berbeza...

Hmm, mula2 dok pikir, macam manala ye formatnya..Betul ke ni?

Eh, apa nak kena tulis ni?

Dah tulis, betul ke ni?

Masalah, masalah
Anna Da Lady

Tuesday, January 25, 2011

Sebab ia perlu dikongsi dan difahami...

Saja godek-godek Bharian di malam hari. Tertarik dengan artikel ini.


Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram (Source: Berita Harian online)


Memang kalau kita tengok banyak sangat contoh di mana seorang Muslim/Muslimah lakukan apa yang sepatutnya TIDAK dilakukan. Rasanya TAHU tetapi tak tahula...Wallahualam...

Sama-samalah kita renungkan,
Anna Da Lady

Sunday, January 23, 2011

Bila berkongsi pengalaman dengan adik-adik...

Harini, saya kena masuk kerja sebelah petang...
Sbb ada event yang melibatkan para pelajar 'yang spesel' di fakulti...
So, kerjanya kena bagi motivasi dan berkongsi pengalaman dengan students terlibat...

Tapi, persoalannya layak ke?

Mula-mula terima kerja ni...

"Alamak, berat ni. Sebab ia melibatkan kerja meyakinkan orang."

Bila melibatkan orang ni, masalah jugak. Sebab kalau kita tersalah cakap, jadi ke lain pulak.
Pastu, kata-kata pun kena pandai disusun..Tak boleh berterabur...Dan perlu ringkas, mudah tetapi tersampai maknanya...
KISS: Keep it simple and short...

Hmm, apa yang saya buat...
Saya godek2 tanya my sister...
Apa yang nak buat etc...
Idea ada, tapi taktau nak 'keluaq' camne...

Alhamdulillah, akhirnya setel jugak...
Tapi lepas habis sesi tu, terfikir plak...

"Kenapa aku cakap camni, tak cakap macam tu?"

Masalah, masalah...kena buat sesi ke-2 kot,
Anna Da Lady





Thursday, January 20, 2011

Dulu-dulu kerap jugak dengar cerita teladan sang kancil, si buaya, monyet dll...sekarang ada ke?

Akak: Along, macam mana cerita monyet tu?
Anak Banglong: Aa, cerita dia macam ni. Monyet tu dah dipesan jangan makan cili tu. Sekali dia makan...Mula-mula keluar asap kat kedua-dua telinga. Pastu keluar naik kepala pula.

Adik nya pun nak menyampuk.

Adik: Aa...Keluar asap kat telinga dia. Pastu..pastu, keluar kat kepala, Ma...

Saya: Akak, skang ni, ada lagi ke citer2 camtu kat TV?
Akak: Hmm, tula.
Saya: Dulu-dulu setiap kali iklan mesti tunjuk cerita-cerita teladan ni, especially kat RTM kan?
Akak: Aa, susah nak dapat cerita kanak-kanak sekarang diserapkan unsur teladan, moral macam tu. Tula, tengok anak zaman sekarang. Lain sangat berbanding kita dulu.

Betul tu!!!
Anna Da Lady

Tuesday, January 18, 2011

Thoughts of the day: Happy and pleasure...


Be happy always...
It's the best medicine...

Godek-godek email lama, jumpa benda2 begini fwd from my friend,
Anna Da Lady

Traffic problems in the city...

In this day and age, traffic problems in the cities are increasing significantly. There are a group of people who said that traveling from home for work, education or shopping needs to be reduced in order to decrease the traffic problems. In this situation, I completely agree with this fact.

            To begin with, most of the famous shopping complexesinstitutes of higher learning, colleges and big companies have been built in inner-city areas. Therefore, there is a requirement for workers, students and anybody to travel in and out from all these places to their home or others. For examples, the first public university in Malaysia , which is University of Malaya , has been developed in Kuala Lumpur . Therefore, definitely, there are a lot of people who go there to learn and get knowledge from this popular university. In addition, the biggest shopping mall in Malaysia also has been built in Kuala Lumpur , which provides a lot of shopping areas and branded items for those who love to do their shopping.

            Moreover, people are moving from the surburbs or rural areas to the cities. What attracts people to live in the cities are the access to educational, medical facilities and the greater employment opportunities. These contribute to a higher standard of living than many people could find in a rural environment. However, migration to the cities puts a huge strain on a city’s system. The packed buses and long queues at the bus stops are an early indicator of how migration is affecting the traffic. Moreover, early in the morning and late evening, the people need to rush and face the traffic problem every weekday. Of course, it will make the people more stressful with this unsolved problem.

            Therefore, as a solution, with the modern technology and information technology nowadays, there are a lot of possibilities for everyone to do their work or study from their home. Working from home may also not waste their time in facing traffic problems. In contrast, it also helps a lot in saving a lot of money, especially in fuel consumption. For the students, lecturers should put their lectures notes in the website. Furthermore for shopping purposes, there is an online system to order their food or beverage and so on. At present, this practice is already available in Europe and it definitely makes the residents out there happy with this good system.

            In a nutshell, there are indeed many possible alternatives in dealing with the problem of traffic congestion. However the major aspects that result in this condition is the people who is traveling from home for work, education or shopping especially in the city areas. Therefore, we need to reduce this condition.

Nostalgia: writing an essay for IELTS,
Anna Da Lady

Monday, January 17, 2011

Yes..saya dah buat new IC...

Tadi sempat pergi JPN Putrajaya nak buat IC.....

Actually, IC saya ni dah lama sangat.....
Dahla muka masa tangkap gambo untuk dibuatkan IC tu comot je....

Mana taknya, saya tangkap gambo IC tu betul2 lepas habis belajar motor less than 10 years ago...
Secara kebetulan, kawan saya pun nak buat IC sekali..
So, saya pun tumpangla sekaki....
Dahla kena pakai tudung yang disediakan kat sana...
Tudung tu...hm...dah la susah nak bentuk...
Kembang sana..kembang sini...
Pendek kata, memang 'sememeh' la...

Pernah sekali tu, ada orang check berulang kali nak camkan betul ka ni saya...
Ada nampak lain ka?
Memang lain sikit la...Tak banyak pun... :)

So, cerita pasal JPN Putrajaya ni...
Wow..memang sangat bagus, cepat dan efficient...
Kejap je dah boleh setel everything....
Buat harini, esok dah boleh ambik...
Tapi, saya tak nak ambik kat Putrajaya...
Saya ambik kat depan umah saya ni je..JPN Kajang...
Tapi makan masa 2 minggu la...
Takpe, IC lama tu boleh guna lagi je...

Pastu bagi orang yang bertudung, seperti biasa, kena pastikan tudung anda tu gelap ye...

Macam tadi ni, saya memang tak plan pun nak buat IC, but my friend said,
" Ala, Kam..buatla...alang-alang dah sampai sini"
"Okla.."

But, di JPN ni ada disediakan satu tudung hitam khas tuk sesiapa yang tak pakai tudung gelap...
Tudung awning tau...
So,senang bentuk, tak kembang..Kemas...
Dan yang penting...Wangi :)

Lagik, pa yang best pasal JPN Putrajaya ni, hujung minggu pun, ia dibuka...
So, for those yang busy, takde alasan untuk membuat IC sekiranya hilang ke, rosak ke etc...
Sebab hujung minggu pun kaunter dibuka...

Itu ceritanya,
Anna Da Lady

Thursday, January 13, 2011

Bila 'internet' slow...

Kalau student yang 'nerd':

"Huh, geramnya. Nak download lecture notes from website pun lembap. Alamat, lambatla aku boleh baca."

Kalau student yang suka mencari entertainment:

"Huh, geramnya. Aku nak download video ni pun lembap. Alamat, tak tido la aku malam ni."

Kalau orang keje opis atau buat bisnes:

"Huh, geramnya aku dengan line harini. Problem betul. Nak send dokumen pun lembap semacam je."

Kalau orang kaki blog macam saya:

"Huh, ni apa ke hal line malam ni. Hm, orang nak upload gambar pun susah. Orang nak bagi komen pun susah. Orang nak baca blog orang lain pun susah. Susah-susah sangat, aku tukar provider kang susah pulak."

Pendek kata memang agak susah bila berdepan dengan masalah 'slow' ni.
Dengan kecanggihan teknologi, ICT zaman ni, internet memang diperlukan oleh sekalian manusia yang tahu menggunakannya.
Bagi yang tak berapa tahu atau dalam erti kata lain, jenis yang suka buat all manually, or ada penolong nya;

"Apa aku kisah internet Ok ke tak? Aku tak guna pun. Aku suruh PA aku yang buat semua tu"

Yang penting, kita kena biasakan diri,jangan selalu merungut,
Anna Da Lady

Rasa 'ding dong' jugak la semalam...

Semalam...

Afternoon: 

Sempat pergi satu tempat ni yang memerlukan saya naik train pergi dan balik coz nak hantar kawan saya punya barang untuk diservis...

Ada kawan tanya:
"Weh, kenapa mu tak bawa keta gi sana?"
"mana reti, weh..."

- ye...ada certain tempat saya tak 'reti' or dalam erti kata yang sebenar 'malas nak mecuba'...tambah2 apabila melibatkan luar daerah bangi/kajang :)

Petang:

Meeting sampaila ke waktu balik...
Love to attend the meeting coz....
1)  Dapat tengok macam2 gelagat 'senior' yang kadang2 susah jugak kita nak jumpa
2) Dapat makan kuih free :)...still ingat lagi..kami kalau meeting mesti ada satu jenis kuih ni..KARIPAP..gi la mana2 meeting pun, kuih ni selalu mendapat tempat di meeting...tapi, semalam dah takde..satu pencapaian yang baik.hehehhee....

And, selalu kalau petang2 sampai rumah, dah tak ambil dah makanan heavy2...

Bukan sebab jaga badan ye!!!!

Tapi sebab tak rasa lapar...

Namun, semalam...
Makan jugak coz, tetiba waktu nak balik tu, badan jadi 'ketaq' semacam...
Apalagi, call my PA..hehe..mana ada PA pun..
my BF merangkap my housemate, my 'sister' yang cun (masih kosong tau...kalau sape nak, boleh contact saya...hehe)

"KZ, mu dah beli make ke?Nak pesan.Bihun dengan sup tulang"

- Fuh..sup tulang restoran ni memang sedap.Selalunya dia bagi banyak jugakla.


Malam:

Selalu kalau malam sejak kerja semula ni, mata dan otak hanya dapat berfungsi dengan segarnya sehingga kul 10..Lepas tu, letak kepala atas bantal, terus ZZZZZZZ...
However semalam, 'borak2' dengan KZ sampai kul 11 lebih...
Tak sedar langsung masa berganjak dengan cepatnya..Patutla waktu borak tu rasa macam dah pening-pening...
Rupanya dah melewati masa tidur...

So, bila dah perasan kul 11 tu, gi la masuk nak tidur...
Tengok2, ada 8 misscall, babe....
From my mom and dad...

Apalagi, contactla semula...
Tapi, pelikla line semalam...
Macam dah angkat..Tapi bunyi tut tut tut balik...
Pelik kan...
But, at last..dapatla jugak...

Huh, lepas borak2 tu, tried to sleep...
Alamak, masalah pulak bila nak tido...
- Mata taknak terpejam
- Otak masih berjalan dok pikir apa yang dok borak dgn parents tadi

Last2, ntah kul bape tido...

Harini segar sikit, sebab dah kena Teh Ais satu,
Anna Da Lady

Tuesday, January 11, 2011

Bila berdepan dengan orang yang kurang mesra...

Orang yang kurang mesra...
Tak friendly...

Adakah memang orang tu sukar dihampiri?
Or ada topik2 tertentu yang boleh kita berbual dengan beliau?

Hmm...biasalah kita ni...
Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai ragam manusia...
Ada yang OK, ada yang KO

Pernah tak orang cakap kat kita..

"Weh, si A tu jenis kurang mesra la. Cakap pun macam 'ek' je"
So, konklusi yang selalu dibuat: Ya, Si A tu memang susah nak jadi kawan...

"Weh, si B tu takut ha mukanya. Selalu masam je?"
Konklusi yang selalu dibuat: Tidak semestinya si B tu sukar nak berkawan. Dah style dia macam tu. Cuba gi tegur dia....

So, apapun pandaila pilih kawan...
Dan kepada yang 'ek' tu, cuba-cubala kurangkan 'ek' anda..Tak kemana-mana 'ek' nya tu...

Sekadar peringatan kepada saya,
Anna Da Lady

Kurang manis ---> Kurang harga

2Ni kesinambungan citer semalam...
Dalam berita TV9 semalam ada satu news yang memang saya setuju...

Saya sokong!!!!

Pengurangan harga minuman bila kita minta kurangkan gula...

Atas sebab:
- Bagus untuk kesihatan
- Sangat sesuai dengan 'keadaan semasa'

Tapi, macam yang saya cakapkan semalam...
Saya dah mintak air kurang manis SATU...

But, tetap dapat yang manis...

Kenapa ye?
Anna Da Lady



Crash.....

Hmm, rasa tersentak jap bila dengar ada pesawat Air Asia terbabas masa nak mendarat from LCCT Sepang to Kuching.

News from Buletin 1.30...

Never imagine,
Anna Da Lady

Different car, different style of handling

Hmm, kali ni nak bercerita pasal gaya pemanduan semasa membawa kereta.
 Kalau saya lah kan, saya agak 'takut sikit' bila bawa kereta yang saya tak biasa bawa.
Saya akan bawa dengan kelajuan yang sederhana dan agak tak selesa jugak la...

Bila bercakap pasal hal ni, bila saya balik kampong, memang saya tak pernah lagi bawa balik kereta yang saya gunakan kat sini...
So, saya akan 'pinjam' kereta my parents or my eldest brother.

Then, bila Adik saya ada kat rumah, selalunya saya akan minta dia jadi 'driver' tetap saya...
Tak kisahla nak pergi pekan KN yang kecik tu ke, or bandar AS or mana2...
Sebab saya memang agak 'berat' sikit bila bawa kereta yang berlainan jenis ni...
Tambah-tambah jika bawa waktu malam...
Memang agak 'lemah sikit'....

Nak dijadikan cerita...
Ada satu hari tu, iaitu before Christmas Day...
Saya, my sepupu sepapat, my Adik, Adik's fren and my fren pergila 'bersuka ria' di J dan bandar AS...
Then, sebelum balik rumah, singgah dulu ziarah Mak Lang di Hospital Sultanah Bahiyah...

So, bila balik tu dah kul 6 lebih la...

Adik: Acik bawalah pulak.
Saya: Acik tak bolehla Dik bawa malam-malam ni.
Adik: Ala, bawalah..Ijan dah penat ni..
Saya: OK

Hm..so, saya bawalah...
Tapi, saya rasa agak berat jugak..Tambah-tambah nak kejar Maghrib lagi..
So, kami sampai kat kawasan kampong kami around 7.30pm gitu...
Hantar kawan Adik dulu di kampong atas...

Then,

Saya: Adik...Adik bawalah..Acik tak biasa dengan jalan kampong ni.Tambah guna kereta ni pulak
Adik: Ala, ang bawalah...
Saya: Hm, ni macam mana nak pusing balik ni..Kalau acik U-turn kat depan tu boleh tak?
Adik: Ala, ang pusing kan sini dahla..Ang cross jalan ni, pastu ang reverse atas jalan. Ang taktau ka, depan tu ada cerita oo...

Mendengar saja Adik cakap camtu, terus saya jadi 'ketar'..Hmm...

So, apa lagi, tengok side mirror, bila tengok kereta di jalan masih JAUH..memang jauh , OKAY...
Saya pun buat apa yang Adik saya suruh buat...

Ok, cross jalan sudah...


But........

Bab nak reverse tu..alahai...Cuba ikuti cerita ni...masa ni kereta berada di tengah-tengah jalan dalam keadaan T..U know, dalam keadaan bukan selari...

Adik (berada di depan): Weh, ada motor belah kiri ni weh..Dahla takde lampu..Motor ni..Acik, awat ang tak reverse2 lagi ni?
Saya: Ni, reverse ni susah nak masukla... (masa ni ketar sikit dah)
My sepupu (berada di belakang): Kak Ana, kereta tu laju nya...Tak nak STOP...

Saya hanya mampu melihat kereta yang LAJU tu menghampiri kami...
sambil membaca apa yang patut...
Memang speechless habis..

My Adik tak habis2 cakap...
" Weh, Acik reverse ha..reverse ha..."

Alhamdulillah...Allah memang membantu...
DIA masih memberikan nyawa kepada kami untuk terus mengabdikan diri kepada Nya...

Kereta tu sempat BREK STRRRRRRRRRRRRRRRRREEEEEET memang sikit lagi nak kena kami...

So, moral of the story,
"janganla keluar malam-malam lagi"

p.s: saya pelikla kereta tu takkan tak nampak kereta kami kot...Then, baru saya tau, my sepupu cakap driver keta tu budak muda..patutla...hati masih muda :)

Alhamdulillah,
Anna Da Lady


Monday, January 10, 2011

Neslo ais kurang manis satu!

Neslo...
My favourite drink...

WHY?
Coz ia membuatkan saya 'bersemangat' setiap hari :)
Tapi, bahaya kan kalau minum sokmo...Huhu...

Just want to share...
Saya memang dalam satu hari, akan minum satu minuman manis...
Always, with susu... :)

Then, if saya buat sendiri, saya akan kurangkan kuantiti susu krim or sugar...
Then, bila saya nak minum di luar, saya akan cakap

"Neslo ais kurang manis satu, dik"

H/ever, you know...
Apa yang saya dapat?

MANIS ke KURANG MANIS???

Most of the time, MANIS, weh...

Hmm...ntahla...

Kita ni punyala tolong kedai tu nak kurangkan penggunaan gula/susu krim...
But, then....
Still tetap MANIS.....

Macam mana tu?
Anna Da Lady

New week, new energy...

What I can say...
This morning, hmmm...
Rasa letih sangat....
Coz, malam tadi tido agak lewat...

Pergi ofis dah kul 9 lebih...
Masuk2 ofis, setup kom, terus berganjak ke cafe...
Ate laksa Johor as my breakfast....

Sodapnya..But, the 'fat'..Huh...
Usah dibilang...Ntah berapala kuantitinya...

Then, talked about homeopathy w/ my frens, who recently went to that place w/ her family...
Interesting story.
Maybe I'll ask my fren to go to that place...
Just imagine, only look at our hand/fingers the "tabib" knows everything...
Experienced Dr....

Wait and see,
Anna Da Lady

Friday, January 7, 2011

Kawan awak ada call awak ke?

Words coming from my boss...

This entry adalah kesinambungan cerita semalam...

At first, blur-blur jugak...
Ingatkan dia nak cakap, who call me up for that meeting this morning...

Rupa-rupanya, benda tu...
Cerita my friend yesterday...

Huhu...


So, start from basic story, jadi berjela-jela ke USM system  pulak for postgraduates...Hehe..
Biasalah...Just want to share with the rest of the members....

Macam-macam,
Anna Da Lady

Thursday, January 6, 2011

Eh...Muka nampak tegang je?Relaksla...

That situation happened to my close friend this afternoon, after finished her viva at USM, Nibong Tebal...

Guess what....
Who said that words?
*
*
*
My boss, you know..hehehe

He was her external examinor for her Master.
Alhamdulillah, she got what she want for a long time since further her study.
Segulung ijazah "MASTER" by research

Then, untuk memaniskan situasi...
My friend told my boss that she knows me...

Alamak, habisla esok....

Awak...Get ready la...
Maybe he will ask you a few things tomorrow...

Huhuhu,
Anna Da Lady

Today punya 'journey'

Yes...
Today, baru dinamakan 'kerja' bagi yang baru nak warm up bekerja semula...

So, apa yang saya buat harini, secara general nya:
- Meet a few colleages-seniors (menyembang dari segala jenis area)
- Lunch with my close friend and her youngest sister who right now, still struggling to finish her Master...Best of luck, my dear Lea...Your research, really help you in the future xspeseli during PhD nanti...Kitaorang lunch at delifrance, Sec. 9...Hmm, udah lama saya tak makan benda2 sebegini...
- Clear email (segala jenis emel...macam-macam ada...zaman tok nadok pun ada lagi)
- Contact a few friends from industry to arrange the visit to their workplace...Moga dipermudahkan...

But, apa yang saya perasan, my feeling towards FOODS sangat dahsyat...
Asyik nak makan je...
Try jugak nak sekat..tapi, tengokla nanti bila sampai rumah, biskut tin jugak yang dicapainya...

Azam baru: nak maintain berat badan,
Anna Da Lady


Love visit the factory

Xspeseli food factory :)

Since being the student and 'pendidik', memang banyak kilang yang telah dilawati...
Antara semua-semua, I love visit Proton and Beryls...

WHY???

Proton-->
sebab waktu I pergi tu, FUHHH...
layanannya superb, babe....

kira best la...
waktu tu, there were 2 groups, one from UKM, which is saya and my classmates and one more from UTM...
memang best...
waktu nila, ada yang 'terjumpak' semula kekawan lama...hehehe....

Then, Beryls-->
Chocolate....
Fuh..sodap coklat nya :)
Suka pergi sebab nak tengok coklat je...
Boleh merasa contoh2 nya kat bahagian kedai...

So, bila masuk kerja ni semula, kerja pertama yang I dapat...

"Minta tolong cari mana-mana kilang untuk student lawat ye"
"hehehe..."

I suka you...

But, bab-bab nak meng 'contact' dan menguruskan tu la I lemah sikit..
Hehe...

Tapi, takpe, demi anak-anak muridku, ku rela...
Huhuhuhu...

Again,
Anna Da Lady

Wednesday, January 5, 2011

When see the 'boss'....

This morning, my colleage and I went to my boss punya bilik...
Hmm, what I can say...

There was a lot of things  to think after this...

The last word that he said and I love to hear was...

"Wah, ni masa awal-awal ni senyum je..."
"Hehe..."

Yelah, kami ni tak dapat 'load' lagi...
Bolehla senyum memanjang lagi...

Lepas ni, Wallahualam...
But, just pray for the best and make our life easier..
No 'susah-susah' in our kamus kehidupan...
InsyaAllah....

The difficult part and always be in my mind for a few years till now, is about STUDY...
My boss encourage me to sambung dalam satu area that I was not very familiar with...
To me, it was a challenge...To learn somethng new...

Yes, before this my boss and all my seniors help me in this area...
Special thanks for those who help me, Dr Huda and many more....

But the main thing now is, dah lama I tinggalkan bidang tu...
So, apa yang saya perlu lakukan lepas ni ye?

Jawabnya kenala mengadap balik benda-benda tu...

Howver, my boss also said to me that,

If....If...If.... (I really love this part..HUHU..jikalau ia menjadi)
there is someone in the middle before saya sambung lagi ni ada yang nak replace and take that place,
saya boleh pilih what I most interesed with, which is what????

Hehe..

So, just pray the best for the best..
Anna Da Lady

Just now, just 'gatal-gatal' buka website AirAsia...

WHY I gatal-gatal jenguk website AirAsia...

Coz, I just want to see if there is any promotion to go to the place that I really want to visit...
WOW, memang ada pun....

Price reduction on this week (only checked for this Friday and Saturday punya trip)....

But...the problem is....

Transportation....

Just want to share, U know, from Bangi to LCCT,
I always use public transport, naik bus from Hentian Kajang to Komuter, then naik train to Nilai and then bus to LCCT...
And it takes around 2 hours to arrive there....
Fuh, lamakan????

Tak campur lagi masa yang perlu diperuntukkan before naik plane....
Hmm, sebab tu kalau ada promotion ke ape and price reduction yang sikit2, kekadang saya tak ambik peduli...

Sebab fikirkan benda-benda cenggini la...
Hmm, kan best kalau ada public transpor,t straight to LCCT from Bangi...

Mudah hidupku,
Anna Da Lady

Open one more branch with the brand Anna Da Lady Contest Version

Hehehe...
Awak....Ni namanya awak mencari satu lagi kerja ni...
Bila masa awak nak update branch lagi satu tu?

Huhu...Disebabkan masa saya sekarang masih 'lapang', saya telah membuka satu lagi cawangan spesel tuk Contest, Giveaway dan sewaktu dengannya di

WHY???

Coz, I just follow the trend...Most of my close friends, have their own branch...Ibu Imaan, Ibu Adni and many more....So, this site just untuk contest sahaja...

Tambah lagi satu kerja,
Anna Da Lady

E-book VS books..but still love the traditional way....

What is e-book?

I think most of us have heard about this thing..
With advanced technology nowadays, most of the people in the world want to change from physical object that we can touch but the cons is, it sometime heavy, inflexible, difficult to carry and move from one place to another place to something that more flexible..
e-book is the solution that help to make our life easier, especially for those who deals everyday with the book...
For instance, kids-----> the primary school student and secondary school student....

This morning, before masuk kerja, I have a chance to watch MHI, my favourite TV show if I wake up early in da morning...
So, special topic today is about e-book....
the respondents were the primary school students who always need to carry books such as text books, that we knows xsepeseli among the parents, it was heavy....and sangat banyak...
And they must carry it every days (5 times a week)...

Huh, sometime I feel...
"Eh, larat ke bebudak ni bawak buku banyak2 ni"

And to support my statement, there were many researchers around the world had relate the back pain with the primary school student punya load...

But, to my surprise, there was one specialist if I'm not mistaken orthopedic specialist, gave a feedback and response that,

"Actually, there was no actual study that relate back pain to the student. Load of the bag the student carry everyday is around 5 to 7 kg. Maybe if the student have the symptoms of back pain at the early stage, it can accumulate to worst case in the future when he/she get old" (ni saya olah sendiri..ayat dia lebih kurang gini la ikut apa yang faham)

Hmm..but for me, when talked about e-book and book, I always love to read the book directly coz, I love the smell of the book, the value of the book....
As said by Wardina, who is one of the host MHI pagi tadi, she also feel the same way...
Love to use the traditional way...
For me, when we have the book, physical thing that we can touch and see and put beside our bed during sleep, the more we appraciate it..we can 'conteng-conteng' and more undertand what we read...

As for example, masa study, I always love to print out all the lectures notes rather than read it from my laptop...

WHY????

Coz, I feel more comfortable with this system...

Biarla orang nak kata...

Hei you..Waste your energy, time, and duit je print banyak2 camni...

But, hello, fren...
Sape yang nak study?
Awak ke saya?

So, for those who did love traditional system, e-book is something that maybe not suit with me...

I'm 'modern' lady but love to use traditional system, coz I dah 'tua'...hehe
Anna Da Lady




Tuesday, January 4, 2011

Dengan ini, saya yang bernama sekian sekian telah melapor diri pada 2011

Itulah ceritanya...
Sekarang kisah yang ingin saya kongsikan..."LAPOR DIRI"...

Bagi orang yang telah diberikan cuti yang sangat panjang untuk jadi student, then, nak start kerja balik sebab dah tamat pakej percutian tu, memang suatu yang
*
*
*
"MENYEKSAKAN" sebenarnya...Hehehe...

Seksa apanya awak?

Seksa sebab kena bangun pagi-pagi, siap-siap nak pergi ofis, nak tempuh jalanraya yang semestinya 'busy' giler di waktu pagi-pagi ni...
Fuh, sudah lama kutinggalkan tabiat bangun pagi awal-awal ni...Kalau bangun pun mesti tak lama lepas tu tidur balik...
EXCEPT bila ada penting yang memerlukan diri ini tak tidur semula...
Contoh: kenduri ke, kursus ke...

Biasalah 'bujang' kan?Huhuhu.....

Ok, berbalik kepada kisah melapor diri ni...
Saya telah selamat melaporkan diri saya semula di tempat kerja asal saya satu setengah tahun yang lalu semalam sebelah petang...

Kenapa petang? Tak Pagi?

Sebab....
Ada benda yang tidak dapat dielakkan...

Tapi, saya hanya sempat pergi Unit Latihan je, iaitu tempat yang menguruskan cuti belajar saya...
Tak sempat pulak nak menghadap 'bos' lepas tu, sebab ada 'urgent' lagi...

Maka, proses lapor diri tak complete lagi semalam...

So, harini dengan rasa berdebar-debar, keluar rumah pukul 9 am...
Dengan memastikan penampilan kemas dan rasmi, maka saya menuju ke tempat yang sepatutnya saya pergi semalam...Fakulti...
Then, bila dah sampai, pergi ofis lama jap, letak barang sementara tunggu sorang lagi colleage nak lapor diri sama-sama...

Nasib baik, takde sape kacau tempat kerja kami..
Alhamdulillah..
Kalau tak, mesti sibuk nak pikir...
Hmm, nak dok mana la lepas ni...Huhuhu....

Then, naik atas nak mengadap bos dan mohon perkenan beliau..Hehe..
Akan tetapi, nasib tak menyebelahi kami...
Bos takdela plak...Meeting kat luar...
Dapat jumpa Steno je...

Takpela, asalkan dah lapor diri kat Jabatan, melalui Steno...
Tapi, Steno kami ada pesan, nanti jumpakla bos tu, nampak cantik sikit..Hehe...

So, urusan lapor diri tak complete jugak untuk harini selagi tak mengadap bos kesayangan :)
Anna Da Lady



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails