Sunday, December 28, 2014

First 'real' snow in Duisburg 2014

Alhamdulillah, at last...Speechless habis semalam bila bangun pagi, tengok luar rumah, atas tanah penuh dengan warna putih.

Lepas tu yang turun pulak, bukan sebarangan hujan air, tapi hujan salji...SubhanaAllah... :) Itulah agaknya yang dirasai oleh semua umat manusia yang pertama kali dalam hidupnya tengok snow depan mata...Satu nikmat yang Allah bagi sekejap kepada kita..Alhamdulillah, ya Allah...

Memang tak sangka dapat tengok 'putih-putih' salji tu semalam, tapi sebelum tidur, ada terbaca status Fb kawan di duisburg, kemungkinan yang tinggi untuk nampak 'putih-putih' ni pagi ni...So, lepas je Subuh semalam, saya buka tirai tingkap, tapi tak nampak apa lagi..Agaknya mungkin masih sikit..Cuma ada dengar la macam bunyi hujan kat luar.

Lepas tu, as usual, mata ni masih memberat, tidur semula, dan dalam pukul 9 lebih tengok luar...

Saya: Subhanallah (memang speechless and kagum dengan kebesaran Allah)....
Saya: Abang, bangun..dah snow...Ya Allah, cantiknya...

Mr F: Hmm, yeke? Ha, telefon mama, bagitau...

So, sepanjang pagi tu, dengan tak tidur lagi, breakfasat mengadap tirai tingkap, tengok hujan salji yang turun..Masih nipis and tak lebat sangat...

Saya dan Mr F keluar rumah sekejap, nak rasa 'kesejukan' berada dalam salji ni..Tapi,masih rasa biasa, belum sampai ke dalam tulang lagi...Ais pun masih cair..Kalau pegang dengan tangan tanpa pakai glove, pun tak rasa apa...Macam kita pegang ais batu kacang tu :)


Dari dalam rumah


Masih tak tebal lagi

Luar rumah





Masih di luar rumah...


Ha...yang bawah ni masa hujan salji tengah lebat..Memang nampak tebal je....



Nanti kita sambung cerita harini, tapi harini takdak hujan salji, cuma ada matahari je, tapi lagi sejuk dari semalam,
Anna Da Lady

Friday, December 26, 2014

Banjir cerita terkini

Alhamdulillah, my sis at shah Alam kata sungai kat rumah dia air dah semakin surut..Alhamdulillah, tak dapat bayangkan kalau banjir berlaku di situ, walaupun mungkin tak seteruk di Pantai Timur.

Pagi ini, dapat macam-macam lagi status di WA. Suasana sebenar dari sedara & kawan terdekat di sana..Ya Allah, moga Allah melindungi kita semua..

DIA sayang pada kita,
Anna Da Lady

Banjir di KL dan Shah Alam-cerita sini sana

Baru tadi dapat WA dari kakak di TTDI Shah Alam, katanya kawasan beliau air sungai dah naik, siren dah berbunyi...Terkejut saya bila baca..Dahla saya jauh di sini :(

Dengan anak-anak yang kecik dan ramai itu...

Lepas tu, maksu saya try call beliau selepas sahaja dapat msg WA tu, tapi kalut tak di angkatnya...

Alhamdulillah, baru tadi dia update: "Satu kereta dah dibawak keluar, motor pun sama, tinggal satu kereta je standby kat umah, tak cukup tangan...skang tengah kemas apa yang patut..harap-harap takdelah air naik banyak sangat...kawasan kedai lama kat depan dah naik air..rendah sikit bahagian tu"

Kali terakhir kawasan tu dinaiki air banjir ialah hampir 8 tahun lepas...Kali ni, taktau tahap mana banjirnya...

Kat KL pula, maksu saya update, "Putra LRT berhenti dah lama depan rumah dia..kemungkinan sebab kawasan bawah tanah lalun LRT tak boleh lalu"

Alahai..Moga segalanya ok,
Anna Da Lady

Thursday, December 25, 2014

Banjir di Pantai Timur-cerita sana sini

Harini sebab masing-masing sama bercuti, maka WA penuh sesak dengan mesej keadaan di Pantai Timur, terutama di Kelantan. Samada pasal kondisi semasa, pasal bantuan dan lain-lain.

Kebanyakan famili rakan-rakan sekerja, samada bos2, senior2 dan famili kepada famili berasal dari Kelantan. Ada satu famili, adik kepada suami Maksu saya menginap di Kuala Krai. Semalam, masih lagi ada berita semasa dari mereka. Memang dah berpindah ke bukit. Harini, memang tiada update langsung. :(

Update dari kawan Kak Ngah saya yang duduk di Kelantan, katanya depa mata dia, nampak orang dihanyutkan arus air yang kuat. Moga mangsa dilindungi oleh Allah.

Lepas tu update dari kawan-kawan saya pulak. Ada sorang ni duduk area Paser Puteh. Alhamdulillah, katanya kawasan dia takde lagi naik banjir. Bachok pun sama. Tapi, pakcik dia yang dok kat Kedai Buloh, dah naik air..Tapi taknak pindah, sebab katanya nak jaga rumah. alahai :(

Bukan kes ni je..ada lagi satu, tok kepada kawan saya di Kampong Laut. Rumah dia kalau dari luar, memang kena redah sampai dada dah. Naik air pukul 3 pagi semalam (waktu Malaysia), tapi sampai skang, taknak pindah. Dah pujuk, tetap begitu :(

Apapun, betapa kentalnya rakyat Kelantan menghadapi musibah sebegini. Semuanya yakin dengan kuasa Allah. InsyaAllah, ada ganjaran yang lebih baik untuk semua yang berlaku.

Sama-sama kita berdoa untuk semua,
Anna Da Lady

Tuesday, December 23, 2014

Philips Air Fryer: lauk, kuih, kek etc.

Ingat tak dulu dalam satu entry, kalau tak salah dalam bulan 5, saya ada cerita pasal saya ada gadget baru dalam rumah :)

Kami beli ni, sebab kat sini kami takdak oven. Memandangkan kat Malaysia dah ada smalloven, maka terfikir nak cari benda lain pulak..Mr F dah lama 'aim' benda ni...Kalau kat Malaysia, harganya mahal sikit...

Nilah dia...Masa ni nak cuba goreng popia dalam ni...


Benda pertama yang kami masak guna Air Fryer adalah home made potato fries...Tapi tak berapa jadi sangat seperti dalam buku resepi tu. Mungkin sebab penggunaan kentang yang tak berapa sesuai, saiz yang tak berapa saiz :)

Second food ialah ayam bakar berempah...Sedap! Tapi masalahnya, kat rumah kami ni ada fire alarm..Memang kepoh la kejap dengar bunyi tu..Jenuh mengimbas asap bagi keluar dan supaya benda ni tak bunyi...



Then, kuih bakar...berlanjutan sampai ke popia, roti bakar, keropok, baked potato dan lain-lain...





Kurangkan minyak dalam makanan,
Anna Da Lady

Monday, December 22, 2014

Bola ? Thailand, Malaysia, Jerman

Tengok bola ? Main bola?

Hahaha..Dua-dua saya tak minat sangat..Tapi ikut mood jugak, tambah-tambah kalau ada geng...

Baru-baru ni kan, ada lawan bola antara Thailand-Malaysia..Saya tak ambil tahu sangat, sebab memang ntahla, memang takde minat langsung....Tambah-tambah bila duduk luar dari Malaysia, lagi lah tak terasa suasana 'hangatnya' orang sokong Harimau Malaya..Selalu godek kat FB je..Maka, tahula cerita...

Ada yang kata " Wah, berbaloi aku tengok bola malam ni..walaupun kalah, tapi tengok pemain bola Thailand pun dah cukup syiokkkk" HAHAHAHAHAHAHA

Ada yang kata " Wah, ensemnya mamat ni, macam CR la"...tapi katanya sudah berpunya kepada gadis Jerman ye? hehehe

So, bila sentuh pasal Jerman, masa World Cup haritu, memang setiap kali ada game Jerman ngan mana-mana pasukan, confirm saya akan tengok..Huhu...Entahla semangat bola tu datang dari mana..

Malah, masa final tu, sanggup saya tak lepas mata tengok TV...Masa tu dah la bulan puasa..Lepas je Jerman ditabalkan jadi juara, terus saya dan Mr F keluar jalan-jalan sekejap kat luar rumah, nak tengok suasana rakyat Jerman meraikan kemenangan mereka..Memang adalah bunyi 'ponpon' tu...Dengan ada yang sanggup 'mencelakkan' muka mereka dengan bendera jerman..Ni sedutan yang saya tangkap dari TV je..Tak sanggup nak bersesak ramai-ramai tengok bola kat luar...







Sunday, December 21, 2014

Terkenang kebun kecil kami di Malaysia

Kelmarin dulu, saya godek album lama..Ternampak gambar-gambar semasa saya dan Mr F gigih mengusahakan kebun kami di belakang rumah. Rindunya tengok suasana tu, hanya Allah yang tahu...

Memang waktu semangat tengah membara tu, memang Mr F la yang paling nampak seronok sekali, bertukang, korek lubang, tanam dan semai semua dari titik peluh tangannya sendiri...Saya hanya assistant belakang tabir je :) Tapi, itulah salah satu aktiviti berdua yang paling manis sekali :)

Tetiba esok paginya, saya tersedar...Saya bermimpikan kebun kecil kami itu...Rasa sayu je..Taktaula camne keadaan semua pokok-pokok itu...Pokok cili ungu, pokok terung, pokok terung, rosemary, basil, oregano, serai, pokok pisang....Hmm...

Mr F cakap semalam kat saya.."Ayang kalau semua tu dah layu masa kita balik nanti, takpe..nanti kita semai lain..kita cari biji benih lain yang lebih elok kali ni...."

Tapi bagi saya..."Hmm, nak menunggu hasilnya tu yang lama.."

Mengimbas penat lelah yang lalu .....











Harap-harap semua pokok ok ye,
Anna Da Lady

Saturday, December 20, 2014

Resepi meatball homemade : sekadar perkongsian

Minggu ni, memang minggu pasta. Gara-gara Mr F suka menilik rempah/rencah segera dan rangkaian jenis pasta kat supermarket.

Kalau duduk kat Eropah ni, memang makanan utama adalah roti dan pasta. Cuma kalau nak makan pasta kat kedai tu, kadang-kadang sudah nak jumpa dan mungkin diragui 'kesuciannya', sebab walaupun pasta tu takde guna 'benda basah yang haram-e.g: pork, daging yang tidak halal', tetapi tau jelah diaorang suka letak wine dan seumpamanya untuk menambahkan rasa :)..Kalau jumpa pun, mesti mahal dan tak menepati citarasa.

So, solusinya, mestilah buat sendiri atau beli je rempah/rencah segera dari supermarket. Tapi yang penting kena baca ingredient nya dulu...Macam baru-baru ni, kami main rembat je dua kotak rempah segera untuk pasta. Tengok-tengok balik, Mr F baru sedar nak check ingredientsnya..tu pun masa pasta sudah di boilkan, dan bawang telah ditumis..Sekali tengok....

Mr F: Ayang, kat kotak sos carbonara funghi ni ada tulis red wine la.
Saya: Yeke Abang? Aik..Abang tak check dulu ke tadi?

Mr F: Abang ingat dia ok macam sos mozarella yang selalu kita beli tu...Hm...Cuba Ayang 'gugel' tengok hukum pasal red wine ni...
Saya: (sambil mencari) Memang tak bolehla Abang...

Mr F: Okla, jom kita tukar esok....

Alhamdulillah, memang tiada masalah untuk tukar 2 kotak rempah ni. Kami ganti dengan sos mozarella yang selalu kami guna dan InsyaAllah, tiada bahan-bahan yang was-was.

So, berbalik kepada topik utama...

Pada hari pertama, kami makan pasta dengan sos mozarella kosong. Sedap! Hari berikutnya, kami letak udang dan cendawan dalam tu. Super sedap! Hari berikutnya lagi, saya cakap kat Mr F, saya teringin nak beli daging kisar, sebab dah lama tak buat meatball...Maka, hari berikutnya, makan pasta dengan sos mozarella meatball dan cendawan. Extra super sedap dan entahla berapa kalorinya :)

Tapi kali ni, meatball, saya buat resepi lain sikit, sebab Mr F 'minta' saya ubah sikit cara adunannya. Dia nak style Italian, katanya..Taknak style mudah-mudah ni, yang mana kalau sebelum ni saya just mixkan daging kisar dengan bawang putih, tepung sikit, blackpepper and garam...

Tapi kali ni, hasil pencarian di You Tube, saya jumpa satu resepi yang lain sikit. Mari kita tengok:

Italian meatball

1 pound beef (about 500 grams)
1 cup breadcrumbs
1 tbsp dried parsley (saya ganti dengan oregano dan sedikit rosemary, sebab saya selalu simpan stok dried oregano and rosemary since dari Malysia lagi untuk sebarang perapan daging/ayam)
1 tbsp grated parmesan cheese (saya tak ada, so, kalau ada mesti lagi sedapkan sebab cheese nya!)
1 tsp black pepper
1 tsp garlic powder
1 egg (whisk)

- mix all ingredients.
- roll to ball (ikut suka besar mana)
- sejukkan dahulu dalam peti ais before menggoreng. Kalau taknak sejukkan, goreng terus pun boleh

Nota:
1) Perasan tak dalam resepi asal ni takde letak garam. Mr F kata sebab parmesan cheese tu dah masin, maka garam tak diperlukan. Tapi, sebab saya takde parmesan cheese, saya letak garam secukup rasa (dalam 3 tsp gitu)
2) breadcrumbs saya buat sendiri, saya bakar roti putih dalam AirFryer selama 5 minit, and blend kan dalam dry mixer sehingga hancur. Saya ada juga tengok source lain, breadcrumbs ni boleh ganti dengan tortilla chip, cream crackers (jamie Oliver)..so, ikut kita nak adjust camne... :)

Apapun yang penting, memang sedap dan boleh cuba lagi...Untuk 1 kg daging kisar, saya boleh dapat dalam 50 biji meatball saiz sederhana kecil. So, memang tahanla untuk beberapa kali makan berdua :)

yang ni pasta meatball untuk Mr F

yang ni pasta meatball untuk saya


Yang mana boleh jimat, kita jimatkan,
Anna Da Lady

Tuesday, December 16, 2014

Tips penjagaan bayi dan ibu: Counting weeks...days..hours..minutes..seconds

Ha..baru la nampak 'muka' si pemunya blog ini..Ini pun mula menonjolkan diri, gara-gara Mr F 'ugut', taknak dah buka blog Ayang, sebab Ayang tak update..BORING, katanya!

Wah, rajinnya Mr F ni sekodeng :) Dia kata lagi, boringla blog Ayang ni...Tak letak gambaq...

Iyela, Mr F...Saya ni bukan rajin nak mentransfer gambaq...Not in the right phase and mood to betul- betul fokus menulis dalam blog...

Okla..setelah lama menyepi, Alhamdulillah, saya dalam fasa menghitung minggu (belum hari lagi) untuk menyambut 'khalifah' baru ke muka bumi ini. Moga-moga semuanya selamat. Kawan-kawan doakan ye!

Tadi tengahari (masa sini) baru jumpak Dr. Alhamdulillah, semuanya Okay...

Dan saya mula menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk penjagaan bayi dan diri sendiri selepas ini..Tapi, takdakla setiap hari cari info dan korek ilmu ni. Bila rasa tertanya-tanya and confuse, baru 'google' or tanya kawan-kawan, kakak-kakak pasal hal berkenaan..

Contohnya, yang selalu 'pop' dalam kepala:

1) Macam mana nak banyakkan susu?
2) Macam mana nak elakkan bayi terkena demam kuning?
3) Macam mana nak simpan susu ibu?

Dan yang paling selalu keluar dalam kepala:

- Macam mana cara nak meneran????? Huhu...yang ni yang paling cuak sebenarnya :)

So, beberapa kajian telah dibuat untuk menjawab keempat-empat soalan yang selalu dok 'putar' dalam kepala ni...

Nanti saya tulis apa yang saya baca dan dapat tahu daripada orang sekeliling

Till then,
Anna Da Lady

Sunday, November 9, 2014

Dari Jerman ke UK - bahagian 2

Alhamdulillah, check in dari Jerman tiada masalah, dan flight memang on-time sampai ke airport London Stansted.

Bila sampai di sini, kami rasa lain sikit, sebab kat Jerman dah biasa 'terpaksa' melayan bahasa Jerman dengan signboardnya, dengan pertuturan dengan orangnya..Kat sini, kekadang terkeluar jugak 'ayat' Jerman :)

Sampai di airport, dengan masing-masing muka 'nampak keletihan' berpusing-pusing kami dalam kawasan airport sebab nak mencari duit pound. Nak tukar dari Euro ke Pound sterling di money changers lagi mahal dari guna ATM. Kami tukarla juga di ATM, sebagai bekalan nak guna untuk apa-apa nanti.

Untuk sampai di kota London dari airport, ada macam-macam jenis pengangkutan boleh digunakan...train laju, bas, teksi dan kereta sewa...

Tapi buat masa ni, kami ambik bas je dengan bayaran 15 Pound dua hala (sebab lagi satu hala, nak amik kereta sewa di airport untuk keeesokan harinya). Nama bas nya apa ntah, tapi berakhir dengan "...vision". Bas ni yang paling murah dan agak cepat untuk sampai ke Liverpool Street.

Basnya memang agak selesa dan on-time, tak payah tunggu beratur lama-lama (mungkin masa kami beli tiket, memang dah time nya kot )

Sambung nanti,
Anna Da Lady

Saturday, November 8, 2014

Dari Jerman ke UK - bahagian 1

Ahamdulillah, dapat juga menjejakkan kai ke negara jiran Jerman,UK dengan menaiki Ryanair,penerbangan tambang murah di Eropah seperti AirAsia-tapi yang bagusnya takde langsung delay :)

Kami memulakan perjalanan dari rumah ke airport Dusseldorf Weeze dengan mengambil public transport. Walaupun flightnya pukul 7 pagi esoknya, tetapi disebabkan dekat sini kami bergantung harap kepada public transport dan ingin 'menjimatkan' duit belanja pengangkutan (untuk kami berdua as students Uni, pengangkutan awam adalah FREE sepanjang kawasan NRW), terpaksalah kami bergerak seawal pukul 9.45 malam dari rumah.

Tetapi yang lebih memenatkan, petang sebelum kami bertolak kami ada kelas bahasa Jerman di kawasan Essen, di mana kami perlu ambil 1 jam waktu perjalanan (tunggu dan naik train & bus dari Uni di Essen ke rumah). Memang agak bergegas, tapi Alhamdulillah baju-bajan semua sudah disediakan dan masuk dalam 1 cabin baggage dan 1 bagpack.

Ikut perancangan kami, sepatutnya sepanjang perjalanan ke airport tiada sebarang tiket yang kami beli..Tapi mungkin ada hikmah di sebalik semuanya...Terpaksa juga kami membayar satu teksi untuk kami dan satu lagi famili (jumlah:5 orang-4 dewasa dan 1 kanak-kanak) dengan bayaran 13 Euro sehala. Sebab 'leader' tunjuk jalan tertidur :) penat agaknya kawan tu....

Tapi, takpe..dapat jugak kami sampai di airport dalam pukul 12 tengah malam gitu. Memang ada je orang 'bermalam' di kawasan airport. Dapat jugak kami 2 port yang sesuai untuk meluruskan diri dan berbaring di atas kerusi yang disediakan. Dengan ada yang pakai kotnya, ada yang pakai selimut, sebab agak sejuk juga kawasan airport ni...

Alhamdulillah, dapatlah jugak merehatkan diri mata dan minda sebentar waaupun takdela seselesa mana beralaskan kerusi :)

Dan yang paling penting, ada ruang untuk kami bersolat di bawah tangga airport (agak terpencil) untuk kami bersolat subuh.

Nanti sambung cerita balik ye,
Anna Da Lady


Wednesday, October 29, 2014

And the journey begins

" A journey of a thousand miles begins with a single step "

Alhamdulillah, betul kata orang...Bila kita betul-betul buat aim sesuatu, InsyaAllah dengan izin Allah, akan kita dapat buat jugak, walaupun ada je dugaan melanda.

Macam untuk kes saya, saya 'aim' nak hantar 2 review papers kepada Prof untuk disemak sebelum terbang ke negara sebelah untuk bercuti bersama satu famili kat sini selama 5 hari 4 malam. Kami plan nak pusing-pusing London, ziarah kawan-kawan kat Notts, Sheffield dan Oxford, lawat tempat menarik sepanjang jalan Notts ke Manchester. 

InsyaAllah, perjalanan kami akan bermula pada lewat malam ini dan flight pada pukul 7 pagi keesokan harinya. Kami terpaksa ambil public transport awal ke airport disebabkan kemudahan yang terhad di awal pagi. Terpaksala, gambe je la labu!

Dan Alhamdulillah, tadi dah berjaya pass kan kepada Prof review paper kedua untuk disemak walaupun tahu ada kekurangannya. Takpe, kita tunggu apa komen Prof :)

Namun, ada jugak yang tak berjaya dicapai, nak set experiment yang sebenar. Tapi, itulah...ada yang kita boleh capai, ada yang makan masa..Tapi, InsyaAllah bila kita yakin kepada Nya, ia akan berhasil...

Kata-kata semangat untuk hari ini,
Anna Da Lady

Friday, October 24, 2014

Bila di negara orang: Mengandung (Trimesters), pengambilan air gula

Hari Isnin lepas, setiap hujung bulan, mesti ada check up dengan Dr tentang kondisi ketika mengandung. Alhamdulillah, kini dah masuk usia ke 6 bulan. Jadi bermakna, sudah hampir 4 kali bertemu dengan Dr. Saya bertemu Dr agak lewat disebabkan perlukan kelulusan Insurans di sini dahulu.

Pertemuan kali ini, saya diminta minum air gula. Ada kawan saya bagi nasihat, kalau boleh elakkan ambil ujian ni, dan tukar dengan ujian lain, tapi kami terima je apa yang Dr cadangkan berdasarkan pandangan rakan-rakan di sini yang lain.

Memang betul kata kawan-kawan, air gula ni minum banyak-banyak memang muak...Nasib baik dia ada tambah perisa lemon. Jadi, ok la sikit...

Lepas tu, bagi masa 1 jam sebelum ambil darah selepas minum air gula. Sambil nak tunggu ambil darah, Nurse pasangkan EKG untuk rekod heart beat baby. Aktif je baby dalam kandungan saya ni. Alhamdulillah.

Dr dah suggestkan midwife untuk ajarkan cara-cara breastfeed dll, di mana saya perlu hadir pada 2 minggu lagi. Harap-harap dapatla midwife ni bercakap 'omputih', kalau tak, susahla kami nak berinteraksi.

Masa berjumpa dengan Dr, Dr kata semuanya ok, cuma baby dalam keadaan songsang...Tapi, saya tak gelisah lagi, sebab kakak saya pernah mengalami situasi yang sama, dan InsyaAllah baby akan bergerak ke keadaan yang normal. Hopefully, begitulah....

Apapun, yang penting baby sihat..Itu pun dah cukup gembira..Dan paling happy, bila Dr bagi peluang tengok dan rakam keadaan muka baby dalam 3D...Mr F cakap baby ni macam muka dia :) Okla..comei kot kalau ikut muka dia :)

Tapi, kelmarin, dapat surat dari Klinik Dr ni kata saya kekurangan iron..Maka Dr prescribed ubat Tardiferon untuk menambahkan khasiat. Dekat sini, sistem pemberian ubat memang lain sikit dari Malaysia. Kita just jumpa Dr untuk rawatan/nasihat, kemudian, Dr akan bagi senarai ubat yang pelu kita beli. Kita pergi Farmasi untuk cari. :)

Patutla, kebelakangan ni, saya rasa cepat penat jek...Kurang khasiat rupanya :)

Apapun, moga semuanya sempurna dan berjalan lancar..kepada kawan-kawan yang sudi baca coretan saya ni, tolong doakan saya, baby in da tummy dan Mr F di sini ye.

Thank you,
Anna Da Lady


Wednesday, October 22, 2014

Fatigue, drowsiness and sleepiness

Ok. Saya mengaku saya sangat penat kebelakangan. Tidur memang banyak, tapi tak berkualiti. :(

Ok, lupakan hal fatigue..hal drowsiness...hal sleepiness..ini semua gara-gara terbawa-bawa pasal research ke sini...

Sepanjang tak menulis dalam blog, macam-macam hal berlaku di sekelililng..Tapi, apapun Alhamdulillah, segalanya masih boleh dikawal, masih boeh diterima dengan senyuman dan penuh kesyukuran :) Yang penting, ditemani orang tersayang yang mengambil berat tentang diri kita.

So sepanjang lama senyap dari menulis ni, meh saya kongsi satu lagu yang boleh menenagkan hati..Dengar lagu ni masa berjalan-jalan dengan Mr F di satu pekan kecik..Pemain jalanan mainkan lagu ni guna instrumen beliau..Tak ingat apa...Samada biola ka, gitar ka..


atau dari you tube: The godfather


Enjoy,
Anna Da Lady

Wednesday, October 8, 2014

Hantu SALE: H&M and C&A, Germany

Huwaaa...2 minggu berturut-turut setiap kali keluar gi H&M and C&A atau ngadap komputer depan online website, confirm tangan ni gatal nak 'grab' OR 'click'...Speseli yang tengah sale 50%..

Habislah, Mr F bising lepas ni...

Dah dah...Lepas ni kena simpan duit tabung nak hi jalan-jalan kat London pulak :(

Lepas tu, nak sambut 'orang baru' pulak..Memang la lagi kena berhati-hati dalam berbelanja

Anna Da Lady


Tuesday, September 30, 2014

Kawan baik susah dicari

Alhamdulillah, di dalam fasa tengah 'berhempas-pulas' dengan macam-macam ni (study, social life, family matter, pregnancy) di negara orang, dikelilingi kawan-kawan yang dianggap macam sedara sendiri adalah satu NIKMAT yang Allah bagi...

Tak kira lah kawan tu kat sini ke, back in my home country ke, semuanya bersedia mendengar keluh-kesah diri kita ni....

Buat masa sekarang, yang paling terasa sekali adalah bab makanan :) Teringin je nak makan benda tu benda ni..Tapi kalau nak buat, alahai! bercinta jugak kot...dengan bau nyer..dengn bahannya nak kena cari

Kalau kat sini, ex-jiran yang selalu tolong buatkan kalau kita nak apa-apa :) Tengok tu, saya nak minta pun tak malu..sebab kami sama-sama tolong apa yang boleh :)

Kalau kat Malaysia, minta tolong kawan-kawan kirimkan apa yang boleh eg: sambal ready made, kerepek etc...semua tolong usaha carikan dan tolong pass kepada kawan yang nak datang sini..

Memang satu nikmat,
Anna Da Lady

Friday, September 12, 2014

Rumah sewa di Mulheim/Duisburg, Jerman

Di Jerman ni, kalau nak sewa rumah besar2, memang mahal, terutama kalau fully furnisehd...melainkan kalau sesapa nak duduk sini lama, takpela duduk rumah yang selesa sikit & rumah kosong, berbaloi dengan elaun yang dapat. Tapi elaun yang saya dapat ni cukup2 je untuk apa yang ada sekarang and simpanan untuk ber 'joli' :)

Rumah pertama yang kami duduk fully furnished tapi agak sempit. Namun ada satu yang best, sebab belakang rumah ada fruit garden..Masa musim buah ceri, dapatla kutip straight dari pokok...Masa musim buah plum dan epal pun begitu jugak...

Ni gambar saya ambil dari dalam rumah, Mr F tengah ambil buah plum. Masa ni takdela sejuk sangat, cuma berangin....



Dari dekat....

Ha..nampak tak dua basikal tu..Tulah kenderaan kedua kami selain public transport (bus dan tram)...Senang nak bergerak, tak bergantung harap sangat pada jadual bus dan tram, walaupun ia selalu tepat...

Kawan-kawan kat sini ada yang cakap, fuh, harga dua-duabasikal ni dah hampir nak sama dengan kereta second hand (tapi masuh elok)...tapi kereta kat sini belah kiri, so, tak guna kalau beli pun


Ni lah keluasan garden belakang rumah..Style rumah apartment sini jenis tengah-tengahnya ada garden..blok apartment ni dalam bentuk L / U.


Nilah salah satu pokok epalnya..


Ha..nilah belakang rumah lama kami...ada kerusi dan meja..so, kalau cuaca tak sejuk sangat, kekadang lepak belakang rumah tu


Tapi skang kami dah berpindah ke rumah baru...Baru dua minggu kami berpindah ke rumah baru, berdekatan dengan Uni dan lebih besar dari rumah dulu. Tapi rumah baru ni, kena jaga-jaga bila bab memasak..sebab dia pasang dengan fire alarm sekali..so, pastikan tingkap terbuka luas masa masak..

Dan lagi satu kekurangannya, takde pintu yang memisahkan dapur dan kawasan rehat/tidur/study/lepak...Jadi, memang tak bolehla nak memasak sambal/kari/ makanan beria-ia sangat dan menggoreng sangat :(

Jadi, sebelum kami berpindah, saya Dan Mr F berpakat nak beli satu 'gajet' tuk dapur...ala-ala Oven, tapi bukan oven...next entry saya cerita ye

Anna Da Lady


Tuesday, August 19, 2014

Pembelian barang dari Jerman dan Eropah

Setakat ni, alhamdulillah dah confirmkan dengan kawan nak kongsi kontena untuk bawak balik barang drai Jerman ke Malaysia hujung tahun ni.

So, sekarang ni, sebelum 'perut dah kedepan' dan masih dalam musim Sale, saya memang ligat membeli dan meninjau barang yang sesuai yang dipesan sanak saudara.

Setakat ni dah berjaya merembat kasut dan beg brand Tamaris yang tengah sale 50% tu, wallet Samsonite leather yang juga tengah sale.

Cuma, ada lagi beberapa barang yang masih dalam list untuk ditinjau.

So, kepada kawan-kawan yang jika ada berminat nak order barang dari sini, boleh lah 'private message' saya ye. Saya boleh semak harga di sini.

Setakat ni, barang ni memang murah dari Malaysia. Termometer brand Braun. Sangat penting terutama untuk yang ada baby.

InsyaAllah, barang ni dijangka sampai ditanah air pada bulan Januari atau Februari 2015.

Anna Da Lady

Friday, August 8, 2014

Post-Raya: Trip to Berlin

Raya kat sini biasa-biasa je. Ingatkan akan rasa sedih bila raya di perantauan buat pertama kalinya..Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan..Tiada langsung perasaan nak' sedih-sedih sperit dibayangkan...

Sampai my parents pun cakap , "Alhamdulillah, Mama dengar suara Acik happy jer" :)

So, nak cerita sikit raya yang disambut sederhana oleh kami di sini...Tiada open house...Kami panggil open air..

Yes, exactly...OPEN AIR...sebab buat kat garden...dengan setiap orang ada peranan bawa makanan dan barang-barang masing-masing...Tapi, siap ada BBQ satay yang dibakar oleh adik-adik di sini...

So, lepas je sambut raya Isnin tu, rutin kami macam biasa...pergi ofis, sambung apa yang patut...Tapi mood nak bercuti tu ada, sebab ramai kat ofis tengah bercuti musim summer ni...Tambah-tambah musim budak cuti sekolah..So, lenggang je rasanya...

Then, suddenly, got an invitation from Mr F friend, call as Andreas..Dia ajak kitaorang gi bercuti di Berlin...Hotel semua dia akan uruskan..Cuma, kitaorang kena uruskan hal pengangkutan pergi dan balik je...

Mr F survey pengangkutan yang ada dari Duisburg ke Berlin...ada 2 options:
1) Naik ICE sebab paling cepat sampai 2 jam lebih kurang, tapi disebabkan last minute baru nak beli, harga tiket dah mahal.
2) last option, naik bas..kami beli tiket online, serendah 17 Euro untuk sorang pergi sahaja...Tapi makan masa hampir 8 jam...Tapi terpaksala, janji sampai Berlin...

So, sampai je stesen bas kat Berlin, kami tunggu dalam 1 jam, then, Andreas and his wife, Anker pun sampai...

Saya baru tahu dari Mr F rumah diaoarng sebenarnya jauh jugak, lebih kurang 100 km nak ke Berlin..Tapi Andreas ajak datang Berlin dulu untuk first trip ni, nak tunjukkan big city and bandar utama di Jerman ni...

Alhamdulillah, segalanya telah dirancang dengan baik oleh Andreas dan wife nya, walaupun kekadang ada masalah 'komunikasi'....English-Jerman :) Tapi, segalanya ok.

Andreas tempah hotel Hansablick, agak dekat dengan Berlin city di Flotowstrasse 6...Near to Tiergarten (animal park)...

So, after je check in dalam pukul 6 petang ni, kami solat dulu...Yang bagusnya Andreas siap tanya kami macam mana jadual solat kami...Takpe ke sebab dia dah terlambat ambil kami... :)

Then, lepas tu terus kami cari dinner..Makan makanan Thai, sebab Andreas cakap Mr F ada bagitahu last time yang saya ni masih rindu masakan Asia..Senyum je saya bila dengar diaorang cakap macam tu :)

So, after makan, suasana pun hampir dah gelap, tapi sempat tengok pusing-pusing dari dalam kereta suasana di Berlin city ketika nak malam...Cantik :) and bersih

Keesokan paginya, Andreas dan Anker belanja kami naik 'ship'..tour 3 jam pusing Berlin ikut aliran sungai..So, boleh tengok historical building  dan tempat-tempat menarik dari atas kapal...Satu kepala 21 Euro sebab ambil sebelah pagi, starting 10 am..Kalau ambil sebelah tengahari less 2 Euro=19 Euro/head...

Then, saya dan Mr F tempah headphone untuk dengar audio dalam English..so kena bayar tambah 3 Euro/head...

Alhamdulillah, cuaca ok...walaupun ada 'burn' sikit..Tapi, sangat menarik pengalaman ni....

Lepas tu, balik berehat di hotel kejap untuk solat, then, petang tu kami bersiar-siar di Berlin city...Mula-mula Andreas ajak naik bas pusing Berlin..Tapi Mr F kata better kita jalan kaki je senang...

And, betul pun! Lebih selesa and banyak benda kita boleh jumpa.....Bagus Andreas ni...Segala cerita sejarah dia cerita kat kitaorang :)

Malam tu, kawan kepada kawan kita orang, orang Malaysia datang berjumpa kami di Hotel..Dia bawa kami makan di Restoran orang Arab sekitar jalan Tumstrasse...Dapatla makan ayam ala-ala KFC :)

And yang paling best, kawan ni bagi kuah rojak dll yang sememangnya telah diidamkan sekian lama oleh saya..Alhamdulllah :)

So far, Alhamdulillah, trip ni sangat memuaskan hati...Lepas ni, Andreas dan wife beliau ajak pergi tempat parent diaorang pulak di Rostock, dekat dengan laut...

Tak sabar rasanya nak pergi laut ni :)
Anna Da Lady





Thursday, July 24, 2014

Mood raya ye semua?

Walaupun macam-macam berita yang menyedihkan, namun as usual penghujung Ramadhan mesti mood kebanyakan orang akan 'lain macam' sikit...

Contohnya:
1) Mengadap kerja pun tak pulun macam biasa
2) Dok 'usha' resepi-resepi kuih/kek yang boleh buat untuk raya
3) Asyik fikir apa yang kurang nak sambut raya ni, baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya
4) Pergi tukar duit cepat-cepat di Bank...Amik sampul raya, masukkan duit raya siap-siap
5) Fikir "bilalah aku nak balik kampong ni..."

Ha, gitulah ceritanya...Terutamanya anak-anak di perantauan (dalam Malaysia)

Kalau jauh dari Malaysia ni, hanya menghitung hari nak call mak, ayah & keluarga kat kampong, wish selamat hari raya :(

Rindu masak lodeh Mama, ketupat Mama, rendang Mama nanti,
Anna Da Lady

Tuesday, July 22, 2014

Kacang dhal & Kentang masak kuning style mamak

Semalam berbuka nasi tomato, sebab teringin nak makan bersama ayam masak merah. Saya ni bukan expert bab memasak, so google resepi yang ada dalam mana-mana blog.

And lately ni, suka sangat makan nasi yang berperisa, nasi putih macam tak lalu nak telan je. Tapi, Mr F dah bagi pesanan "No more nasi-nasi berempah ni..."

Nampaknya lepas ni, kena masak nasi putih atau ganti dengan yang lain la...Roti paratha ka...

Semalam juga, pergi kedai Asiamarkt. Kedai baru, ownernya Indian. Mr F la ni yang jumpak kedai ni masa dia berbasikal tempoh hari pergi Duisburg City...

So, dapatla apa yang diinginkan..Kacang dhal...tapi, baru tau rupanya macam-macam jenis kacang dhal yang ada..Selama duduk kat Malaysia ni, tak pernah pun try nak masak guna kacang dhal..bila kat sini je teringin nak buat kuah dalca la, vadai la..

Lepas tu, Mr F mentioned semalam, "Cuba Ayang google resepi macam mana nak masak kentang macam yang kita selalu makan dengan roti kat kedai mamak tu"

Ayoo...nama pun taktau...Tapi, tryla resepi yang available harini.

Anna Da Lady

Tuesday, July 15, 2014

Iftar di negara orang

Alhamdulillah, sudah masuk 2 minggu lebih berpuasa di sini - Jerman. Walaupun dalam keadaan yang 'tidak berapa stabil', puasa tetap berjalan seperti biasa...

Walaupun dikatakan di sini sudah masuk musim 'summer', tapi tak macam summer sangat pun :) Ada hari hujan, ada hari sejuk sangat, ada hari panas. Tapi panas nya pun takdela macam kat Malaysia.

So, ada hikmahnya walaupun dalam keadaan kesihatan diri yang tidak berapa stabil ni, cuaca sangat mendamaikan :)

Berkaitan menu berbuka puasa, memang setiap hari kena la masak. Dan yang bestnya, di apartment yang kami sewa ni, ada satu famili dari Malaysia. So, ada masa, kami akan bertukar hidangan. Dan, sudah 3 kali kami berbukan di rumah mereka bersama dengan sebahagian 'adik'adik' dari Malaysia di tempat mereka.

Kami tak boleh invite orang berbuka puasa di rumah kami, sebab rumah kami kecik jek :) Macam keluasan bilik hotel tu...Tapi lengkapla dengan facilities-memasak nya etc.

Dan bila rasa nak makan kuih yang memang tak pernah buat semasa berada di Malaysia, kena la mengadap internet cari resepi.

Masa minggu pertama puasa, buat la kuih seri muka and pulut makan dengan serunding ikan...Walaupun kuih tu nampak tak berseri, tapi rasa tetap ada...Memang mencabar betul...Dapat jamu jugak adik-adik tu masa diaorang datang berbuka puasa kat rumah jiran...

Lepas tu, buat kuih keria bersira, tapi kat sini susah nak jumpa ubi keledek, so tukar dengan ubi kentang...

Then, buat pula bubur kacang hijau, bubur sagu...

Mr F selalu tegur, tak payahla buat kuih-kuih tu, manis jek..tak elok tuk kesihatan..Tapi, nak buat camne...mengidam kot nak makan kuih2 manis ni...

Ada beberapa lagi kuih dalam list yang rasa nak buat: akok, kuih lipat....

Apapun, ni memang pengalaman yang tidak boleh dijual beli,
Anna Da Lady








Friday, May 30, 2014

Bila di negara orang

Hujan batu di negara sendiri, lebih baik dari hujan emas di negara orang!

"Homesick" masih terasa...masih terngiang-ngiang lauk pauk yang beraneka jenis terutama waktu lunch...ikan bakar, ulam-ulaman, masak lemak etc...Kadang-kadang diselang seli dengan makanan selain nasi, laksa, mi rebus, laksam...hmm, sedapnya!

Tapi, bak kata keluarga, kawan-kawan, "bertabahlah..jangan pikir yang takdak di sini"

Tapi, macam mana ye nak melencongkan fikiran ni? 

Ya Allah, berikanlah kekuatan,
Anna Da Lady

Monday, May 12, 2014

Taman Botani Putrajaya

Ahad petang semalam, percangan last minute, macam terasa je nak pergi berjalan-jalan makan angin dekat luar...

Akhirnya, Taman botani menajdi pilihan saya dan Mr F. Dengan suasana yang tidak terlalu panas, tidak terlalu mendung (alhamdulillah, semalam tak hujan), kami sampai di Taman ini dalam pukul 5 lebih, dengan membonceng motor :)

Mulanya, saya ajak Mr F pergi ke Taman tasik Shah Alam, sebab saya sangat terigin nak naik bot kayuh (jenis itik tu), tapi, Mr F cakap...

Mr F: ayang tahu ke jalan ke taman tasik tu?
Saya: Tahu..tapi tak berapa ingat..Hmm...

Mr F: Betul ke ingat?
Saya: Hmm, takpelah pergi ke Taman Botani je lah. (Ni sebab saya taknak tanggung risiko (makan langsat=sesat)

Mula-mula kami jalan sekitar Astana Morocco, di mana ramai orang buat photoshoot di sini..dari pasangan pengantin baru, pengantin perempuan sahaj, dayang-dayang etc...)

Pendek kata cantik jugak astana ni untuk dijadikan kenangan...

Lepas tu, kami naik bot pusing tasik putrajaya..satu kepala 10 hinggit..saya rasa, macam berbaloi jek!

sebab feel nya sangat mendamaikan!..lama betul tak naik bot, makan angin macam ni..N dapat lihat, different view kat putrajaya ni...

Lepas tu, kami berdua dok pasang angan-angan, nak 'beli' rumah tepi tasik, atau mana-mana pantai atau mana-mana kawasan berair, sebab kami berdua suka tengok 'water flow'..rasa damai sekali!

Moga impian kami ni terlaksana :)
Anna Da Lady

Monday, May 5, 2014

Penang-my second or third hometown maybe

For those who never been at Penang Island, for sure will ask...what's so special with this place, hurgh?

Hehe...Saya ni boleh dikategorikan semuanya bermula dari sebelah Utara...

1) dilahirkan dan dibesarkan kebanyakannya di Perlis
2) sekarang kampong sudah bertukar di Kedah, last sekolah menengah di Kedah
3) mula bekerja selepas tamat degree dekat Penang

So, segalanya manis bila berada di Utara :) Xspeseli Penang kot...

Cita-cita nanti, bila dah dekat nak pencen nak balik Penang...

Sebab apa tau?

1) Makanannya semua sedap-sedap, dan paling penting murah dan berbaloi dengan harga.
2) Dekat dengan interesting place, paling penting pantai!
3) Tak sesak sangat macam kat KL
4) Dekat sikit dengan kampong halaman dari KL ni

Sebab tu saya boleh katakan, saya suka sangat bila dok kat sana :)

Anna Da Lady




Tuesday, March 25, 2014

MH370: Jerebu dalam hati

Assalamualaikum...walaupun jerebu persekitaran telah beransur pergi, tetapi jerebu mula menyinggah di dalam hati tatkala mendengar pengumuman muktahir yang disampaikan oleh PM tentang status MH370.
Dan pagi ini satu lagi kejutan yang menyuramkan lagi suasana, pabila seorangrakan sekerja iaitu senior dalam jabatan telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Sememangnya arwah seorang yang sangat baik hati dan suka tersenyum....
Malah beberapa rakan sekerja yg melawat beliau menunjukkan keadaan semasa beliau semasa kunjungan minggu lepas, beliau masih tersenyum menyembunyikan kesesensaraan yg dirasa....
Ya Allah....sesungguhnya setiap orang di muka bumi ini akan pergi mengadap Mu...semoga Engkau tetapkan hati kami dan iman kami dalam Islam....

Jerebu yang tak pasti bila hilangnya,
Anna Da Lady

Monday, March 10, 2014

Digital camera to let go: CANON vs NIKON

Jenis 1: Canon IXUS 120 IS (since 2008)



Jenis 2: NIKON Coolpix L3 (since 2006)


Dua-dua masih dalam keadaan baik.

Anna Da Lady

Long dress to let go : New & Pre-loved

Jenis 1 (NEW): Peplum style bercorak floral
Nota kaki: sesuai untuk yang langsing dan ketinggian lebih kurang 160-165cm, kecuali yang suka pakai kasut high heel :)



Jenis 2 (NEW): Style jubah moden
Nota kaki: 
- Dua lapis kain, boleh adjust belt pink tu  
- Free size, ketinggian 160cm ke atas jugak lebih sesuai, kecuali yang suka pakai kasut high heel :)



Jenis 3 (Pre-loved): Penjelasan seperti Jenis 1
Nota kaki: 
- warnanya hitam 
- perhiasan labuci di dada dan tangan.


Tujuan nak let go yang NEW: Kakngah saya tersilap beli secara online. 

Sesiapa yang berminat, boleh beri comment atau emel, terima kasih...
Anna Da Lady

Friday, February 21, 2014

Sekumpulan lebah kat kebun kami?

Satu petang, seperti biasa Mr F akan menjenguk halaman kebunnya sekembalinya kami dari rumah MIL. Akan tetapi...

Mr F: Ayang, cuba tengok ni!!!!
Saya: Kenapa Bang?

Mr F: Datangla sini. Bawa handphone Abang sekali.
Saya: Ok...

Selepas beberapa saat...

Saya: Nah Bang..Kenapa?
Mr F: Nampak tak tu? (sambil menunjukkan kepada satu benda hitam di pokok kari)

Saya: Ha? Apa tu? (sambil rasa cuak, terus lari masuk rumah balik, selepas sedar bahawa benda tu lebah)

Saya: Camne ni Bang? ayang taknak la keluar dah kalau camni...
Mr F: Relaksla..Nanti Abang fikir jalan...

Kebetulan petang tu, kawan-kawan Mr F dan isteri mereka ada datang ke rumah disebabkan kami ada anjurkan Mini Garage Sale, ada beberapa benda yang sudah lama disimpan tak dipakai, jadi nak let go...

masing-masing tanyalah, apa yang boleh dibuat nak halau lebah tu..

1) Ada sorang kakak ni cakap, lebah ni tak duduk lama, sebab ada kawan dia pun pernah jadi camni...
2) Ada sorang kawan ni cakap, telefon bomba je

So, esok paginya, saya mengendap dari tingkap dapur...Lebah-lebah tu masih ada kat pokok kari tu..Tapi, berubah formasi pulak...menyenget ke kanan...

Tapi, saya biarkan je lebah tu duduk situ, tapi dalam hati memang tak senang duduk...

Balik dari ofis petang tu, saya jenguk lagi, sebab kalau masih ada, saya memang nak pergi call Bomba mintak diaorang halau!

Sekali bila saya tengok belakang melalui tingkap dapur...

Tada!


Subhanallah..Dah takdak,

Anna Da Lady




Saturday, February 15, 2014

Bila memberi hukum...

Sekarang ni, berleluasa satu isu ni..Halal, haram, harus....

Saya sangat tergerak hati untuk meluahkan apa yang dirasa dalam blog kecik ini...

Pada pendapat saya, sebagai seorang ISLAM, apa yang masih dalam keadaan samar @ syubhah, eloklah dielakkan...Tapi, ia terpulang kepada keadaan, pendapat dan pegangan masing-masing....

Apa pun yang penting, kita kena ingat alam yang SATU lagi...Hidup ni singkat, alam di sana yang lama.

Apa yang silap, datang dari kelemahan saya sendiri, mohon diperbaiki...

Hanya Allah yang Maha Berkuasa,
Anna Da Lady


Wednesday, January 29, 2014

Aktiviti anak-anak: Perpustakaan Raja Tun Uda Abdul Aziz Shah Alam

Ha? Bawak anak-anak ke Library?

Boring kot....

Tapi jawapannya tidak! Sebab Library yang dinyatakan sangat best untuk budak-budak!

Ni alamatnya: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dan sedikit review pasal Library ni: http://www.tourismselangor.my/selangor-state-library/

Bulan lepas, saya bawak anak-anak kak ngah saya ke Library ni...Macam mana saya boleh tersangkut dengan Library ni?

Sebab Mr F suka dengan surroundingnya..Dan saya lagi suka, sebab ada banyak novellllll :)

Jom kita tengok gambarnya...

Mula-mula amik angin dulu kat bawah 'pokok' dalam Library ni....




Then, ambik buku dan baring.....




Yang si abang ngah ni, bila dah dapat buku kesukaan, asyik dok tanya...

"Acik..ni ape?"

"Dia makan ape?"

Dan dok ulang lah ayat tu sampai Acik dia ni pun 'pening'



Lepas tu, bila dah boring dok satu tempat, pergi bahagian lain pulak....

Boleh main game ni...


Boleh jugak layari internet dengan caj RM1 kot tuk 1 jam (tak berapa ingat pulak)


Overall, memang best tempat ni..
Anna Da Lady



Saturday, January 25, 2014

Musim bercuti, then bekerja sampai sakit pinggang

This year, I'm almost masuk 3 series :)

What a great number...Imagine dapat BMW 3 series sebijik, mesti senyum tak lekang kat bibir ni..

Apapun nombor tu hanya sekadar nombor...apa yang penting orangnya...Nampak muda ke? :)

Lately ni, badan si pemunya blog macam bukan 'gadis' yang baru masuk 30..dah sakit-sakit badan, u all!

Ni gara-gara si pemunya blog suka angkat benda berat, aka heavy lifter!

Anna Da Lady


Thursday, January 2, 2014

Percutian terakhir di tahun 2013: Terengganu (pergi)

Sebelum ni saya ada bercerita tentang anggapan percutian (plus sambil bekerja) di KL adalah percutian terakhir saya untuk tahun 2013.

Namun, segalanya berubah apabila kurang daripada 2 minggu sebelum event bermula, bos saya berkongsi berita ini dengan saya dan kawan saya;

"30 dan 31 Disember ni ON event kita di Terengganu. Diaorang dah luluskan. Dan kita kena pergi tahun ni jugak!"

Perasaan kami, terutama saya...Macam 'kartun' di bawah...yang sebelah kiri tu :(

sumber: Mr Google

Sudahla tak bersedia nak present kat diaorang...Lepas tu, kena mengharung 'jalan jauh' dari KL ke KT.

Kawan saya Ok lah jugak (walaupun beliaupun agak keberatan), sebab dia balik kampong di Kelantan dulu, tapi SAYA?????

Dalam bulan Disember sahaja, saya telah pusing hampir satu Semenanjung Malaysia...
- Awal Disember, pergi ke Johor sebab bawak mak ayah saya melawat adik saya yang ditahan di wad sebab disyaki demam kencing tikus
- Awal Disember jugak, saya dan Mr F pulang ke kampong saya di utara
- Tengah Disember, berada dan bermalam di KL (Bukit Bintang) selama 3 malam

Dan rupanya hujung Disember, kena pulak bergerak ke arah Pantai Timur! Dan jalan ke Pantai Timur ni memang agak mencuakkan saya, sebab 'bengkak-bengkok' jalannya :( (terutama untuk orang yang tak biasa sangat dengan jalan ke Pantai Timur)

Namun, Alhamdulillah, Mr F boleh menemani saya pergi ke sana...

Dengan bergilir-gilir menjadi driver (as usual), kami berjaya sampai ke Kuala Terengganu pada 29 Dis dalam masa 5 jam dengan menggunakan jalan Jabor / Bandar Mukhtafi Billah Shah...
Saya agak 'terasa janggal' bila guna jalan ni..sebab kami selalu guna jalan Pantai walaupun memakan masa tambahan 1-2 jam.

Kami nak try jugak guna jalan ni walaupun banyak dengar cerita daripada kawan-kawan tentang keadaan jalan ni.

Oleh itu, nasihat bagi yang tak biasa, kalau boleh tak payahla guna jalan ni...Jalannya berlubang teruk, banyak lori, dan sangat berisiko.



Sambung nanti,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails