Kes 1:
Hari: Ahad 2 minggu lepas
Pukul: 2 pm
Tempat: Rumah di S5, Belakang kedai perabot Jalan Reko-Kajang
Dapat tahu cerita ni pada hari Ahad yang sama, tapi selepas berlakunya kejadian, melalui FB kawan...
Rasa sangat terkejut!!!
Antara barang yang dirompak; dompet, handset dan juga KERETA. Laptop tak diambil, oleh itu, Alhamdulillah ada jugak alat berkomunikasi dengan rakan-rakan tru FB.
Sedih betul dengar cerita kawan ni..w/pun melalui FB, saya dapat merasakan bahawa berapa TRAUMA nya bila ada orang yang tidak dijemput memasuki rumah.
Yang tambah TRAUMA, bila si 'penjahat' membawa senjata spt parang and pistol untuk mengugut mangsa :(
Status kereta; masih belum dijumpai.
Saya ada juga cuba melawat kawan, cuma takde rezeki berjumpak..Apapun, Za...apapun terjadi kita tetap perlu melangkah...
Kes 2:
Juga dapat berita melalui FB. Adik ipar kepada isteri sepupu saya kehilangan kereta semasa menunggu isterinya bersalin di Hospital ampang. kejadian kalau tak salah pada minggu lepas.
Status kereta: masih belum dijumpai
Kes 3:
Berlaku pada diri saya sendiri.
Kejadian ini berlaku lebih kurang 5-6 tahun yang lepas. Waktu tu zaman undergraduate study at Bangi...
Benda bergerak yang hilang ialah: Motor Kriss warna merah :(
Barang 'mahal' pertama yang dimiliki, tetapi hanya dapat bertahan lebih kurang setahun. Lokasi kejadian ialah di parking area PKNS Bangi :(
Hanya Allah yang Tahu,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you