Friday, December 13, 2013

Sepanjang perjalanan KL-Taiping-Penang-Kedah:Kenduri dan Rewang

Alhamdulillah, dapat jugak balik kampong sekejap walaupun dalam keadaan pergi sana sini :)

Pada hari Jumaat selepas solat Jumaat, saya dan Mr F terus berdezup bersiap sedia balik ke kampong. Namun, kena singgah dulu di Changkat Jering dan bermalam di rumah Pak Long saya.

Sebabnya, hari Sabtu tu, ada anak sepupu Mr F kahwin di Taiping. Majlisnya di Dewan TM berdekatan Penjara dan Taman Tasik Taiping.

Sempat jugak selepas kenduri, Mr F 'berjejak kasih' dengan pakcik yang pernah 'menjaga' beliau sepanjang beliau bersekolah di MCKK. Punyalalah lama Mr F tak bersua dengan pakcik ni. Alhamdulillah, walaupun suasana jalan ke rumahnya telah berubah, Allah mudahkan jugak Mr F mencari rumah beliau :)

Selepas tu, singgah sebentar di Penang, untuk urusan bertemu dengan kawan-kawan Mr F dan mengambil surat di rumah lama.

Sampai di kampong, dalam pukul 6 petang. Lepas je solah Maghrib, terus pergi rumah pengantin (iaitu sepupu saya, anak Pak Njang) untuk menyiapkan apa-apa yang belum siap untuk persiapan kenduri esoknya.

Perut kami waktu tu memang sangatlah lapar. Alhamdulillah, ada bihun goreng dan lebihan kenduri sebelah pengantin perempuan yang dibuat sehari sebelum majlis kenduri lelaki iaitu esoknya.

Sedikit selitan kenduri sepupu ni yang dibuat ala kadar :)


Pasangan pengantin
Anak Abang saya yang leka bermain (walaupun sorang-sorang) :) Hanya saya dan Mr F aje yang balik ke kampong, kakak-kakak saya dan adik saya tak boleh buat, sebabnya tak bercuti panjang)

Persiapan meja pengantin yang serba ringkas, hasil daripada kreativiti MakTeh, abang saya dan geng-gengnya

Persiapan menu pengantin

Alhamdulillah, walaupun majlisnya cukup sempoi, tapi mak saya selaku 'Naib pengarah' majlis kahwin ni cukup bersyukur sebab ramai sanak sedara yang dapat hadir memeriahkan majlis :)

Mak saya 'Naib pengarah' and ayah saya "pengarah"..itulah yang dipanggil bila ada majlis kahwin...Setiap kali majlis kahwin, pasti ada PIC yang akan memegang title...Antara jawatannya selain dua title ni adalah, KETUA MENTARA, KETUA BASUH PINGGAN, KETUA MASAK, KETUA LAYAN ROMBONGAN PENGANTIN :)

Memang best bila majlis kenduri melibatkan 'rewang' macam ni :)

Till then,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails