Tuesday, December 17, 2013

Cerita pekebun kecil: Tanam rumput 'karpet'-Japan type

Ini yang Mr F buat Ahad lepas.

Dari satu petak, Mr F gunting-gunting jadi macam di bawah. Untuk besar ini, Mr F guna 2 petak rumput 'karpet'...Rumput ni dibeli lama dah, bukan yang baru ni punya.

Mr F letak je kat kawasan garaj depan rumah. Masa awal-awal letak, rumput ni nampak macam nak mati sahaja, sebab kurang air. alhamdulillah, lepas tu hujan tak berhenti-henti..Rumput ni pun subur kembali :)

lepas tu, untuk merealisasikan eksperimen beliau, beliau pindahkan 2 petak ni ke kebun kecil kami..Jom, lihat apa yang beliau buat!

Dengan menggunakan pisau yang sesuai, beliau potong rumput ni untuk mendapatkan bentuk yang diingini 

Potong lagik

Sebahagian rumput yang telah dipotong dan sisusun

Aturkan pada batas tanah yang telah dipadatkan sebelum ni, supaya ia rata. Mr F guna kayu terpakai tempoh hari untuk dapatkan permukaan yang rata :)
Hasil akhir...Walaupun tak berapa kemas, tapi saya sangat suka hasil 'titik peluh' Mr F ni :)


Till then,
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails