Saturday, December 28, 2013

Pokok bunga ulam raja

Baru tau, bunga ulam raa ni cantik jugak, terutama kalau pokok tu dah tinggi dan banyak...

Ini pokok ulam raja yang ditanam di dalam kebun saya



Ni jiran sebelah rumah...Pokok dia lagi banyak


Cantikkan, bila banyak?

Bunga ni bila kita tengok satu terapi jugak,
Anna Da Lady


Friday, December 20, 2013

Kembali ke rutin biasa

Nikmatnya jika kita pergi bercuti kan?

Segala risau-gelisah di dunia realiti hilang sekejap..Hanya menikmati cuti yang ada 'penghujungnya' :)

Itulah yang saya rasa...

Alhamdulillah, dapat 'merehatkan' sedikit minda (walaupun bukan rehat sangat) di KL. Di hotel tengah kota :)

Walaupun begitu, itupun dah cukup bagi saya...

Kekadang ada masa nak keluar sekejap daripada 'suasana rutin'...Rumah ke ofis ke rumah :)

Tetapi, walaupun hotel tu ada segalanya, tetapi bila balik rumah, perasaan tu rasa 'seronok'..

Dapat tidur atas katil sendiri...

Dapat pakai baju apapun tanpa risau, sebab kalau travel je mesti kena fikir kalau boleh bawak satu/dua tudung yang boleh match dengan sebarang baju..Baju pulak, kalau boleh bawak yang tak payah nak iron sangat :)

Tapi, bila sampai rumah, perasaan tu jadi 'tak seronok' jugak, seperti:

"ala...boringla..esok kena mengadap kerja balik"

"ala...takdak sapa dah nak tolong kemas bilik"

"ala...takdak sapa dah nak tolong buatkan breakfast"

"ala..takdak sapa dah nak tolong basuhkan pinggan mangkuk"

Tapi itulah realiti,
Anna Da Lady










Tuesday, December 17, 2013

Cerita pekebun kecil: Tanam rumput 'karpet'-Japan type

Ini yang Mr F buat Ahad lepas.

Dari satu petak, Mr F gunting-gunting jadi macam di bawah. Untuk besar ini, Mr F guna 2 petak rumput 'karpet'...Rumput ni dibeli lama dah, bukan yang baru ni punya.

Mr F letak je kat kawasan garaj depan rumah. Masa awal-awal letak, rumput ni nampak macam nak mati sahaja, sebab kurang air. alhamdulillah, lepas tu hujan tak berhenti-henti..Rumput ni pun subur kembali :)

lepas tu, untuk merealisasikan eksperimen beliau, beliau pindahkan 2 petak ni ke kebun kecil kami..Jom, lihat apa yang beliau buat!

Dengan menggunakan pisau yang sesuai, beliau potong rumput ni untuk mendapatkan bentuk yang diingini 

Potong lagik

Sebahagian rumput yang telah dipotong dan sisusun

Aturkan pada batas tanah yang telah dipadatkan sebelum ni, supaya ia rata. Mr F guna kayu terpakai tempoh hari untuk dapatkan permukaan yang rata :)
Hasil akhir...Walaupun tak berapa kemas, tapi saya sangat suka hasil 'titik peluh' Mr F ni :)


Till then,
Anna Da Lady


Monday, December 16, 2013

Sungai Buloh: Nursery

Sekali lagi, kami singgah kat Sungai Buloh sebelum kami sampai rumah dari kampong minggu lepas.

Memang perjalanan balik kami dari kampong ke rumah memakan masa hampir 10 jam, sebab banyak tempat kami singgah.

Dari Kedah, singgah Penang (pekena lunch dan teh tarik macam entry yang saya kongsi pada beberapa hari lepas). Lepas tu,singgah Sungai Buloh, then terus 'relax jap' kat Tesco Ara Damansara sebab nak elak bersesak lama dalam 'jem'.

Tujuan utama kami singgah kat Sungai Buloh, sebabnya Mr F nak cari rumput carpet.

Beliau ada small project dengan garden yang kecik tu. Dia nak tanam rumput carpet supaya lepas ni, tak payah pakai kasut dah bila nak jejak kebun kecik tu :)

Cuma, buat permulaan, Mr F nak beli sikit-sikit dulu, sebab dia nak bereksperimen dengan rumput ni :)

Masalahnya, bila sampai kat Sungai Buloh ni, banyak kedai dah nak tutp, sebabnya kami sampai pukul 5.30 pm..Kalau hari biasa, banyak nursery tutup pukul 5pm. Hari hujung minggu, selalunya pukul 7pm baru diaorang tutup kedai...

Tapi, alhamdullillah, dapat jugak 1 petak rumput jenis 'japanese' dengan harga yang lebih murah...Kalau sebelum ni kami beli dengan harga RM5/petak. Kali ni RM3 je per petak :)

Walaupun dapat satu jek (sebab kalau nak beli rumput, pihak kedai kena pergi kat bukit jauh sikit dari situ-itu kata diaorang la), kami dah bersyukur sangat, sebab rumput tu nampak elok je dan murah daripada dulu.

Ini gambar sikit-sikit masa kat sana...



Dulu masa first time datang sini, waktu tu baru lepas hujan...Rasa macam berada kat Cameron pulak..Dengan nyamannya, dengan pokok-pokok bunga dan herna yang cantik...

Sweet,
Anna Da Lady



3P: Perodua, Perpustakaan & Party

Macam cantik pulak bila dapat buat short term macam ni...3P!

Ini sebenarnya cerita Sabtu baru-baru ni.

Ofis saya ada terlibat dengan perlumbaan PEC di Shah Alam Go-Kart. So, saya yang memang dah lama teruja (sebab tak dapat lihat dengan mata sendiri pada tahun sebelumnya), terus ajak Mr F untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Kami pergi sana dengan motor jek. Sebab senang nak parking.

Bila sampai di sana dalam pukul 11.40am, perlumbaan antara kereta-kereta dari beberapa IPT di Malaysia telah bermula. Macam-macam jenis design ada, tapi saya memang tertarik dengan design kereta dari Poli Ungku Omar. Dengan design nya yang kemas, dan warna yang menarik, memang layak dia bolot banyak hadiah :)

Saya dan Mr F tak duduk lama di tempat ni, sebab perlwanan tu pun sekejap jek...Lepas tinjau apa lagi yang ada sekitar majlis ni, kami terus ke Restoran Upin-Ipin berhadapan Las Copaque ofis untuk santapan lunch.

Lepas tu, Mr F tanya "nak pergi mana lagi?"

Saya terus ajak dia pergi library. "Jom kita pergi Perpustakaan Raja Tun Uda"

"Ha! Library? ada apa?" Tanya Mr F

"Ala..jomlah..."

Terus Mr F tengok Waze untuk check jalan.

Dalam pukul 1 pm tu, kami pun sampai kat library ni...

Saya cakap kat info counter tu kata kami first time datang sini. Lalu, pegawai tu pun terang la apa yang menarik kat sini.

Mr F terus teruja tau! Siap ajak register nama as member library ni dulu.

Lepas je kami beredar dari info counter tu, terus dia tanya saya,

"Eh, mana Ayang tau pasal library ni?"

"Mestilah...ayang tengok kat TV haritu"

Siap ada gym kot...And macam-macam aktiviti lain.

At last, ni hasil tangkapan kami. Dua-dua buku dipinjam oleh Mr F...3 minggu dari sekarang kena pulang balik...


Lepas tu, kami terus 'vroom' balik rumah..Tapi pukul 5pm, keluar balik ke rumah Kakak Mr F..sebab beliau anjurkan small birthday party untuk anak bongsu dia..

Kiranya Sabtu baru-baru ni, memang 'penuh' la jadual kami...

Apapun Alhamdulillah dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri ni,
Anna Da Lady

Friday, December 13, 2013

Sepanjang perjalanan KL-Taiping-Penang-Kedah:Kenduri dan Rewang

Alhamdulillah, dapat jugak balik kampong sekejap walaupun dalam keadaan pergi sana sini :)

Pada hari Jumaat selepas solat Jumaat, saya dan Mr F terus berdezup bersiap sedia balik ke kampong. Namun, kena singgah dulu di Changkat Jering dan bermalam di rumah Pak Long saya.

Sebabnya, hari Sabtu tu, ada anak sepupu Mr F kahwin di Taiping. Majlisnya di Dewan TM berdekatan Penjara dan Taman Tasik Taiping.

Sempat jugak selepas kenduri, Mr F 'berjejak kasih' dengan pakcik yang pernah 'menjaga' beliau sepanjang beliau bersekolah di MCKK. Punyalalah lama Mr F tak bersua dengan pakcik ni. Alhamdulillah, walaupun suasana jalan ke rumahnya telah berubah, Allah mudahkan jugak Mr F mencari rumah beliau :)

Selepas tu, singgah sebentar di Penang, untuk urusan bertemu dengan kawan-kawan Mr F dan mengambil surat di rumah lama.

Sampai di kampong, dalam pukul 6 petang. Lepas je solah Maghrib, terus pergi rumah pengantin (iaitu sepupu saya, anak Pak Njang) untuk menyiapkan apa-apa yang belum siap untuk persiapan kenduri esoknya.

Perut kami waktu tu memang sangatlah lapar. Alhamdulillah, ada bihun goreng dan lebihan kenduri sebelah pengantin perempuan yang dibuat sehari sebelum majlis kenduri lelaki iaitu esoknya.

Sedikit selitan kenduri sepupu ni yang dibuat ala kadar :)


Pasangan pengantin
Anak Abang saya yang leka bermain (walaupun sorang-sorang) :) Hanya saya dan Mr F aje yang balik ke kampong, kakak-kakak saya dan adik saya tak boleh buat, sebabnya tak bercuti panjang)

Persiapan meja pengantin yang serba ringkas, hasil daripada kreativiti MakTeh, abang saya dan geng-gengnya

Persiapan menu pengantin

Alhamdulillah, walaupun majlisnya cukup sempoi, tapi mak saya selaku 'Naib pengarah' majlis kahwin ni cukup bersyukur sebab ramai sanak sedara yang dapat hadir memeriahkan majlis :)

Mak saya 'Naib pengarah' and ayah saya "pengarah"..itulah yang dipanggil bila ada majlis kahwin...Setiap kali majlis kahwin, pasti ada PIC yang akan memegang title...Antara jawatannya selain dua title ni adalah, KETUA MENTARA, KETUA BASUH PINGGAN, KETUA MASAK, KETUA LAYAN ROMBONGAN PENGANTIN :)

Memang best bila majlis kenduri melibatkan 'rewang' macam ni :)

Till then,
Anna Da Lady


Thursday, December 12, 2013

Mesti singgah Penang bila balik kampong

Penang is my second hometown after Kedah/Perlis :)

Nak jugak letak Perlis sebab itulah tempat kelahiran, dan itulah tempat membesar :)

Sebab apa saya suka Penang?

Sebab kat situlah;

1) Saya mula start bekerja.
2) Saya mengenali ragam-ragam manusia
3) Saya mula mahir bawak kereta
4) Dekat dengan kampong saya w/pun memakan masa sejam lebih
5) Saya mula kenal 'seseorang' :)

Dan apa yang membuatkan saya suka sangat dengan Penang sebab;

1) Tempat ni dekat dengan Pantai :)
2) Foods nya murah dan sedap
3) Tak 'jem' sangat macam kat KL ni :(

Dan sebab itulah, setiap kali saya balik kampong, tak kiralah sama ada berdua dengan Mr F atau balik sorang, mesti saya singgah Penang. Selalunya, saya akan singgah dulu rumah yang disewakan di situ untuk amik surat...

Dan jika saya balik dengan Mr F, kami akan buat beberapa perkara berikut;

1) 'Pekena' lunch dekat kedai makan tepi sungai...

Sungainya bersih sahaja...Dari zaman bertahun-tahun dulu sampailah sekarang...

Ni antara menu wajib setiap kali datang kedai makan ni....
Kalau Mr F, dia mesti ambil gulai ikan, papadom. Kalau saya, mesti ambil sambal sotong rendam, ulam-ulaman dan sambal cicah.



Dan ini adalah bekalan sepanjang perjalanan..Tea ais dari kedai mamak dekat dengan rumah lama kami :)

Memang best lah Penang,
Anna Da Lady


Hasil dari Big Bad Wolf 2013

Rembatan malam kelmarin...Dalam 2 jam meninjau buku-buku...Around 10pm-12pm
Cost me around RM28. Dapatlah 3 buku..2 buku pasal masakan dan 1 buku untuk anak buah...

Itupun tak cukup puas meronda, sebabnya Mr F dan saya agak penat n mengantuk...

Nasib baik naik motor pergi tempat ni, sebabnya mmenag agak sesak sebelum orang ramai nak parking kereta..

Tapi, bila masuk dalam dewan tu, tak sesak pun, sebabnya dewan tu luas :)

Masa nak bayar pun, tak payah tunggu lama...

And they read happily ever after :)

Dalam plastik

Ala...terbalikla pulak..Tapi yang bagusnya buku ni, dia ada step by step...so, sangat bagus untuk sape2 yang baru nak berjinak dengan hobi memasak :)
 
Beli buku ni sebab selalu beli ayam, sampai 'mati kutu' nak masak apa dengan ayam ni..Dan yang paling penting, kebanyakan resepi adalah mudah dan sihat :)

Satu lagi buku untuk anak buah ialah buku cerita....

Orang ramai dalam dewan....


Jom kita pergi lagi,
Anna Da Lady


Wednesday, December 11, 2013

Macam twisties la! Homemade twisties

Kelmarin, ada sorang kawan satu ofis berkongsi satu resepi mudah melalui Whatsapp. Sesuai sebagai kudapan ringan :)

Kalau ikutkan, resepi asal yang diforwardkan dari beliau, adalah begini: (saya tak pasti dari sumber mana, tapi apapun terima kasih bebanyak kepada pemberi resepi asal :))


Tapi, disebabkan mengambil langkah 'penjimatan berganda'  iaitu menggunakan apa yang ada di rumah dahulu :) , maka saya telah menggantikan beberapa benda dengan benda lain...

1) Rempah kari tu saya guna rempah kari daging/ayam

2) Cheese powder kfc tu, saya guna cheese powder yang saya beli dari kedai dalam Pasar Borong Selangor...100gm dalam RM6 lebih. Kalau ikut apa yang kawan saya cakap dan melalui pembacaan di blog, ramai gak yang beli secara online :) Mungkin lebih sedap kot :)

3) Kiub ayam tu saya ganti dengan perasa lain plus sedikit garam

4) Nestum tu saya ganti dengan oat

5) Daun kari saya tak letak, walaupun banyak jek belakang rumah :)

Tips yang penting bila nak masak ni:

1) Pastikan laksa kering yang kita goreng tu, masak dengan elok (macam kita goreng keropok). Ada kawan saya tanya, laksa bila goreng rasa apa? Memang tasteless, tapi memang sedap sebab ia rangup kalau digoreng dengan betul.

2) Api jangan terlampau kuat sangat. Pandai-pandai adjust api supaya laksa tersebut tak hangus dan masak elok-elok.

3) Goncang benda-benda ini dalam bekas bertutup atau plastic ziplock :)

Nah..sedia untuk di 'ngap'


Nota kaki: Taburan rempah ni tidak ditabur dengan sekata sebab tuan tanah ada penyakit 'M' :)

Anna Da Lady





Sunday, December 8, 2013

Periuk ajaib

Selalu kita dengar pemanggang ajaib kan? Kali ni saya nak perkenalkan satu periuk serbaguna..Mak teh saya yang kenalkan pada kami...

Sampai dalam whatsapp, siap tunjuk lagi step by step camne dia buat...

Laksa tak perlu direbus, bihun pun sama..Saya tak tengok real lagi..Balik kampong ni baru tengok :)

Tengok selitan sikit-sikit...

Pulut wajik dalam periuk serbaguna ni



Ni periuknya..Taktau dari mana!
Tapi yang saya tahu dari Amway


Till then,
Anna Da Lady


Saturday, December 7, 2013

Chocolate chips cookies

Tengok gambaq je dulu...Ada besar, ada kecik..Yang penting, ia sangatlah manis :)
Projek di waktu sejuk Khamis lepas...


Anna Da Lady

Note: Auto-post jugak. Tuan tanah nak meraikan pengantin di kampong :)

Teambuilding di Port Dickson

Berakit ke hulu, berenang ke tepian...

Itulah yang kami buat tempoh hari...

Tak kira pangkat, tak kira usia :)



Anna Da Lady

Note: Ini adalah auto-post...Dah nak balik kampong la :)

Friday, December 6, 2013

Alahai nasi lemak.....



Yang mana paling menarik?????

Lapaqla pulak bila tengok gambaq ni...
Anna Da Lady

Graduasi tadika anak-anak

Hebat budak-budak zaman sekarang kan?

Macam best ja. Macam hebat ja. Macam comel ja... (tolonglah..kenapala ayat ni popular sangat?????)

Ini adalah graduasi 2 anak buah saya dari 2 orang kakak saya :)

Umur 6 tahun, tahun ni..so, diaorang akan masuk sekolah rendah lah tahun depan...

Yang perempuan tu sudah ada 3 orang adik, yang lelaki tu ada sorang abang dan InsyaAllah, akan ada sorang adik tahun depan (bulan dua)...Boboy jugak :)



Sebelah kanan namanya, Ayong..Nama betul Iffa Nadya.Tadika nya Brainy Bunch Islamic Montessari (maapkan saya anda tersalah ejaan).. :)



Yang buat gambaq tanduk ni pulak, namanya Bangchik Raimi..Nama penuhnya Mohd Raimi Naufal :)
Tadikanya bersebelahan Sekolah Al-Amin...

Pendek kata, zaman sekarang semua nak ada jubah graduasi kan?

Saya dulu, takde jubah, tapi dapat jugak scroll sijil and buat persembahan..Tupun dah kira best!...

Gambar masa saya tadika dulu pernah upload kat Friendster (taktaulah jadi apa kat situ),
Anna Da Lady




Thursday, December 5, 2013

Tanaman baru di kebun kecil

Mr F tengah rajin nak menanam biji-biji benih pokok-pokok yang selalu digunakan.
Disebabkan ada beberapa 'buah/sayur' di dalam fridge, maka Mr F mintak saya asingkan biji daripada buah dan letak dalam bekas purple seperti di bawah.


So, kena buat label dan tulis tarikh supaya kita tahu apa yang kita letak, dan bila kita buat benda ni...Ada 4 jenis (terung, tomato, buah lemon dan limau nipis)

Tengoklah tu, biji-biji ni direndam dalam air...


Dan ia diletakkan di satu tempat yang orang tak boleh kacau :)


Dan selepas tu, ia akan ditransfer ke dalam bekas ni...Mr F beli dari satu nursery tu...

Tapi mahal sikit RM4 daripada nursery yang kami pergi bersama-sama kemudiannya...
Hmm, apa nak katakan?


Gambar di atas bukan gambar yang ditransfer semua 4 jenis buah ni, tapi gambar buah lain yang ditanam..Tak ingat pokok apa...Rasanya pokok cili.

Alhamdulillah, sekarang, biji-biji ni dah nampak pokoknya,terutama tomato...

Nanti saya share gambar,
Anna Da Lady





Projek hujung minggu: meraikan keluarga datang

Kalau entry semalam bercerita tentang projek di kebun...

Kali ni, saya bercerita pulak projek di dapur :)

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, parent saya datang bermalam 'sat' di rumah saya sebelum bertolak ke JB. Sebab adik saya kena masuk wad. Demam teruk ditahan di Hospital Sultan Ismail.

Saya selaku adik perempuan bongsu dan yang 'tak banyak lagi' komitmen bertanggungjawab membawa parent saya ke JB untuk menziarah adik saya. My parent boleh bawak kereta, tapi tak boleh drive jauh-jauh dah..Kalau datang KL atau balik Johor, selalunya abang saya yang drive..Tapi kali ni beliau sibuk, maka my parent naik bas, turun di Duta dan my Angah pergi ambik.

Maka, seluruh ahli keluarga kakak-kakak saya (tak ramai pun, 2 families jek) datang ke rumah saya untuk bertemu dengan parent kami yang berbulan-bulan sudah tidak ditemui :)

Maka, saya selaku adik yang 'bagus' (hehehe,,puji dulu), berbesar hati mengerah tenaga dan kemahiran yang ada, untuk 'membuat' something untuk bagi diaorang 'proud' ada adik macam saya ni yang pandai masak akhirnya! huhuhuhuhuhuhuhuh8h8hhhuhuhuh8h :)

Maka, ini adalah sedikit gambar awal untuk tatapan saya kemudian hari, supaya ia menjadi pembakar semangat untuk buat lagi 'makan-makan' macam ni bersama keluarga... :)


Mashed potato yang dimakan dengan gravy (instant)..Homemade gravy ni dulu pernah buat sekali...Tapi disebabkan kesempitan masa, maka terpaksa guna instant gravy :) Sori deh!


Roasted chicken..separuh jek sebab ayam-ayam lain buat bakar bersama madu...Abaikan pisang yang berada di sebelah tu...


Ni sambal tempe yang dibuat oleh my Akak..sedap!

Pendek kata, sememangnya memasak ni best! Tapi, kena selalu berlatih supaya tidak lupa dan lebih cekap,
Anna Da Lady





Wednesday, December 4, 2013

Projek hujung minggu: New raised garden bed - Da big one


Nampak tak ditepi pagar tu ada lapisan kayu yang sudah dicantum membentuk satu 'bed'?

Itulah projek Mr F dan saya (yang hanya tolong sikit-sikit) hari Ahad yang lalu.

Sambil menunggu parent saya dan keluarga kakak-kakak saya sampai di rumah pada waktu lewat petangnya, Mr F telah berjaya melaksanakan hasratnya sekian lama untuk memiliki satu garden bed yang tinggi sikit dan besar sikit dari sebelum ni....

Dan itulah hasilnya...

Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Mr F...Cayalah, Abang!

1) Sebelum membina satu garden beg yang panjang dan besar tu, Mr F dan dibantu saya (sikit ja), mencabut rumput-rumput yang hidup sepanjang kawasan untuk dibina garden bed ni...


Sebelum ni, ingat tak, kawasan ni ada 2 batang ubi kayu?
Pokok ubi kayu ni telah dicabut dan dipindahkan ke kawasan lain...Tapi nampaknya, sekarang ni, macam nak layu je :(
Sedih agaknya pokok ni sebab dah 'berpindah rumah'

Kalau dulunya, jirannya ialah si pokok ulam raja dan pisang (yang memang terkenal dengan pokok yang menyejukkan tanah), tapi sekarang jirannya ialah dinding dan juga pokok ulam raja jugak (tapi yang dipisahkan dengan garden bed jugak)....



2) Ha...Inilah hasilnya 2 lapis kayu yang panjang dicantumkan menggunakan kayu-kayu terpakai..Kali ni, kayu-kayu tersebut Mr F ambik daripada pembinaan sekolah di hadapan taman kami...
Dahla kereta kami kecik, taktaula dia angkat lagu mana! Huhuhuhu.....

Tapi yang pastinya kayu ni memang padat dan berat..Jenuh jugak saya tolong Mr F masa nak alihkan kayu ni ke tepi pagar tu...


Antara yang mencabar untuk membina satu garden bed yang panjang dan besar ni ialah, 
1) skill memaku
2) skill mencantumkan kayu supaya ia rata dan 90deg terutama cantuman bentuk L
3) skill potong kayu

It ajelah kot...

sebenarnya, banyak lagi gambar pasal garden dll yang ditangkap, tapi nanti-nantilah ye, saya kongsi...

Take care,
Anna Da Lady



Tuesday, December 3, 2013

Pabila banjir melanda

Tadi dapat contact kawan lama yang berada di Kuantan, Pahang. Beliau bekerja di UMP.

Masa beliau balik kerja daripada UMP tadi, memang beliau guna 'jalan tikus' untuk sampai ke rumah iaitu lebih sesuai untuk laluan motor, disbabkan laluan utama sangat 'teruk'

Memang katanya, habis kereta beliau kena sagat, tapi 'asalkan boleh sampai di rumah'...

Sekarang, beliau dengan suaminya tengah membungkus apa2 yang patut untuk menghadapi banjir.

Setakat ni, memang kawasan hadapan rumahnya telah dinaiki air...Tiada apa-apa yang dapat dibuat...

Bekalan elektrik semua putus. Kiranya membungkus dalam gelap :(

Nak keluar dari pekan Kuantan, memang tak boleh...

LPT dah banjir. Gambang Ok. Jadi nak ke KL, nak ke arah Johor, agak sukar.

Moga-moga semuanya kembali kepada normal. Kesian beliau dan suami..Dahla tengah demam :(

Ada hikmah semua ni, dugaan buat kita
Anna Da Lady

Berita terkini: Kawan saya cakap, Gambang Ok..Maka, dia menetap di UMP. Moga semuanya Ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails