Wednesday, October 30, 2013

Cerita buah tembikai susu

Ada satu zaman tu, seorang budak perempuan ni sangat tidak menggemari buah yang satu kategori dengan tembikai, bentuk bulat tapi rasanya lain sikit dari tembikai merah atau kuning.

Kalau masa dahulu, pantang je parents beliau belikan buah ini, mesti mukanya 'dicebikkan' macam 'duck face' :)

Namun, segalanya berubah, bilamana ketika beliau sekolah menengah dan menetap di asrama, beliau diperkenalkan dengan buah ini satu hari dalam seminggu.

Dengan asakan kawan-kawan sebaya yang asyik menyebut, "EH, cubalah makan..sedap ni.."
maka, beliau pun memberanikan diri mencuba memakan buah ini...

Sememangnya, betul seperti kawan-kawan cakap, memang sedap buah ni..

Rugi waktu kecik dahulu tak makan banyak-banyak :)

Anna Da Lady

Monday, October 28, 2013

Whatsapp dan group

Siapa kat sini yang takdak Whatsapp kat handphone beliau?

Ha, confirm ramai kata, "saya ada" :)

Yelah, zaman sekarang dah canggih...Segala jenis mak nenek teknologi dari tunjuk arah jalan, sampai flipboard ada dalam satu gadget kecil yang boleh di bawa ke mana-mana, asalkan kita ada data plan internet/wireless :)

Macam saya, setelah terpaksa menanggung beban bil handphone sehingga mencapai nilai maksimum (RM300)-dalam sejarah tu...maka, barulah saya start daftar data plan internet....

Dan ternyata, ia takdelah mencecah lagi sehingga nilai tersebut sekiranya saya tak buat tunggakan la kan.. :)

Berbalik kepada topik entry ni, haritu adalah saya sembang-sembang ngan kawan pasal Whatsapp ni..

Dia: Amboi, sibuk nampak...

Saya: Takdelah...ni dok balas message dalam group whatsapp...

Dia: Oh...Banyak ke?

Saya: Takdelah..Kam punya ada dua group je. Tupun kekadang rasa, eh..kenapa message dok bunyi lagik ni..

Dia: Orang pun sama..Tapi, banyaklah group orang..Kekadang tak sempat nak balas..

Saya: Habis tu, pasal pa join banyak grup...

Dia: Hehehehe :)

Bukan dia je, Mr F pun sama...Kekadang tengah malam, handphone berbunyi..Dia ada beberapa group..Tapi ada 2 group ni sangat aktif...Naik tension pula dengaq :)

Anna Da Lady

Saturday, October 26, 2013

Bajet 2014: apa kata saya sebagai RAKYAT

Satu ayat biasa bagi orang yang tak tahu nak kata apa selagi tiada pemahaman yang kukuh kepada apa yang dibentangkan...

"No komen.."

Bila dah ada 'internet' ni, segala maklumat baik buruk Bajet 2014 dapat kita baca dan tengok.

Dan selagi saya tak faham dengan sebaiknya apa yang dibentangkan, selagi tu lah, kata 

"No komen"...

Boleh tak? Biar hati je berkata-kata dahulu...

Secara umumnya perkara dalam Bajet 2014 yang berkaitan dengan saya secara langsung dan cara penerimaan saya:

- Harga gula yang naik 3 kupang lebih: Gula kan memang tak elok untuk kesihatan. Kurangkan gula, maniskan senyuman...Tapi, yelah, gula ni kita guna setiap harikan? Maka, kenalah pandai minimakannya dalam pemakanan seharian. :)
- BRIM rasanya saya masih tak layak :( Rasanya, lagi best kalau pembahagian ni mengikut negeri tempat bekerja..Sebab mereka yang dok kat area Klang Valley ni, sah2 walaupun gaji 4k dan ke atas, 'ngam-ngam' je gaji nak tampung perbelanjaan seharian...
- Bonus setengah bulan gaji: Oklah, tapi kalau dapat sebulan gaji dan lebih macam orang kerja syarikat swasta lagi best kan? :)
- Baucer buku: alhamdulillah, yang ni bolehlah digunakan untuk membeli perkakas yang patut...

Apa lagi ye?

Tapi, apapun Alhamdulillah dengan apa yang dikurniakan, sebab dunia ini hanya sementara...Ingat di Sana nanti :)

Anna Da Lady






Wednesday, October 23, 2013

Cara penjagaan bunga matahari

Seperti yang saya kongsikan sebelum ni, saya memang sangat suka bunga matahari sebab bunga ni ceria dan bunganya besar!

Dan, alhamdulillah, selepas 'memburu' sejak sekian lama, kami suami isteri berjumpa dengan tempat yang ada jual bunga matahari ni dan nampak elok je dia jaga.

Namun, bagi kami yang taktau apa-apa ni, mulalah kami rasa pelik sebab bunga kami ni nampak macam tak sihat je bila dipindahkan tempatnya ke area kawasan rumah kami.

Situasi pertama:

Kami beli baja dan tanah yang sesuai untuk trasnfer kan bunga ni ke pot yang lebih besar sikit. Then, kami letak pokok bunga ni betul2 di bawah pencahayaan matahari (direct sunlight). Kami siram dia pagi dan lewat petang. atau bila terlupa, sbeelah malam. Namun, apa yang kami perasan, daun pokok kami ni start menunjukkan 'kelayuannya.

Maka saya pun bercakapla dengan Mr F:

Saya: Abang, kenapa pokok Abang ni nampak macam tak sihat jek?
Mr F: Eh, pokok Ayangla, pasal pe pulak pokok Abang.

Saya: Yelah! Agaknya dia tak boleh direct sunlight kot? Ayang nak tukar dia dekat area depan sliding door nilah. Terlindung sikit tapi masih dapat sikit cahaya matahari.
Mr F: Ok.

Situasi kedua:

Maka, pokok bunga kesayangan saya ni dah ditransfer ke tempat agak terlidung sikit, cuma masih boleh dapat cahaya. Dan daunnya memang nampak segar kembali. Dan pagi tadi, saya lihat satu lagi bunga start dan memekar, dan bunga lama dah start nampak layu, cuma yang ada seed dia tu masih elok je membesar!

Jom kita tengok apa review dari orang lain tentang cara penjagaan bunga ni.
Jom tanam bunga
Sunflower

Saya budak baru belajar,
Anna Da Lady

Ayam panggang berherba

Tiga hari berturut-turut, saya sediakan juadah ni (ayam panggang with different herb) setiap malam untuk tetamu dari negara Arab di surau Taman kami. Mr F yang bertindak sebagai salah seorang yang menjalankan usaha membawa mereka ini meminta saya sediakan satu main dish untuk diaorang makan bersama nasi.

Dan kebetulan pula, baru-baru ini, kami suami isteri rajin pulak menjenguk area Sungai Buloh semata-mata nak cari daun herba seperti rosemary, basil, parsley dan seangkatan dengannya di sana.

Sebab hasil carian kami, banyak blogger dan forum kata dekat area sana murah dan berkualiti.

Kami pergi beli minggu lepas, angkut sekali 2 orang anak buah sebelah suami yang rajin menemani kami kat rumah kalau waktu diaorang cuti. So, hasilnya dapat 5 jenis pokok iaitu:
1) thai basil
2) sweet basil
3) rosemary
4) oregano
5) bunga matahari

Kami beli ni ikut pendapat pemilik nursery tu jugak. Contohnya, macam english parsley, memang saya suka daun ni dimasukkan dalam masakan sebab baunya and banyak resepi yang guna daun ni. Tapi ia agak kurang sesuai ditanam dengan cuaca kat sini. Yang ada pun, kurang sihat, dah kuning-kuning daunnya.

Gambar nanti saya kongsi yek!

Ada juga kami tanam cili, pokok ubi, daun ulam raja, pegaga, dan daun sup, cuma kecik lagila..Semuanya hasil ambik dari rumah jiran MIL dan juga tanam mana-mana daun yang dibeli yang masih ada akar.

So, berbalik kepada ayam panggang, selalunya saya ikut resepi dari internet. Ni ada satu resipi yang saya memang recommend anda semua untuk mencuba. Terutama kepada penggemar garlic :)

From foodnetwork: Garlic Roast Chicken with Rosemary and Lemon

Cuma kekadang bila kita ikut resepi ni, kena pandai2 adjust jugakkan. Sebab tak semua resepi sesuai dengan tekak kita. Apapun, cubalah dulu!

Anna Da Lady

Wednesday, October 2, 2013

Hasil mengemis

Daripada sini;

Sana’a: Seorang lelaki Yaman menghadiahkan isterinya kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser, sekeping tanah selain membina hotel dan pusat beli-belah hasil wang mengemis.
Mohammed Taher yang kini antara lelaki terkaya di sebuah wilayah di Yaman tidak memiliki harta apa pun ketika meninggalkan bandar kelahirannya, Lahij di barat daya negara itu ketika berhijrah ke Arab Saudi pada 2003.
Pada beberapa bulan pertama sewaktu bekerja sebagai tukang kayu di Jeddah, dia mendapati golongan pengemis memperoleh pendapatan lebih lumayan daripadanya.
Menurut laman web berita Yaman Sinbad, Mohammed kemudian mengambil keputusan menjadi pengemis.
“Dalam beberapa bulan pertama dia dapat mengumpulkan sejumlah besar wang hasil pemberian orang ramai,” lapor Sinbad. Mohammed terus mengemis selama 10 tahun hinggalah tahun ini sebelum dia memutuskan untuk pulang ke Yaman selepas mendapati wang yang disimpannya sudah mencukupi.
Perkara pertama dilakukan sebaik pulang ialah membelikan isterinya kenderaan dan sebidang tanah sebagai balasan kerana setia menunggunya, selain menjaga anak mereka sepanjang ketiadaannya. “Mohammed berjaya meraih kekayaan daripada mengemis dan kini dia membina sebuah hotel dan pusat beli-belah,” lapor Sinbad.
Sementara itu, seorang penulis blog Arab Saudi yang terkejut dengan kisah Mohammed mempertikaikan tindakan warga tempatan yang terlalu pemurah.
“Adakah kita sangat polos atau kebaikan kita untuk membantu mereka yang memerlukan sudah keterlaluan,” tulisnya. - Agensi
Nota kaki:
Semuanya rezeki dari Allah. Tapi yang memberi lebih baik dari yang menerima. Wallahualam...
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails