Monday, March 4, 2013

Mati syahid..Sebak terasa

Petikan dari artikel Kosmo ini

SEbak je rasa hati ini bila membaca artikel ini...Berat mata memandan, berat lagi bahu memikull...Moga allahyarham dan perwira-perwira negara lain yang terkorban ditempatkan di bawah rahmat Allah...

Koperal Salam ingin mati syahid - balu

04/03/2013 5:19pm

TAWAU — Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, kelmarin sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.
Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata, sejak tiga bulan lalu, Salam, 42, menzahirkan keinginannya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.
"Kalau ada siaran mengenai Palestin, dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.
Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu lalu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.
"Saya tanya dia kenapa. Dia kata ”Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat”. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada pukul 10.15 pagi tadi selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.
"Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga,” katanya. — BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2MZ3uYrSH 
Hakcipta terpelihara 

1 comment:

  1. mulutnya kata bangga.. sedih dalam hati siapa y tahu kan.. duk tgk anak 4 org nak besarkan lagi..huuuuuu..kesiannya, sedih

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails