Saturday, March 9, 2013

Akhirnya berjaya pergi ke IKEA Damansara III IKEA Family

Alhamdulillah, rasa seronok sebab akhirnya berjaya juga menjejak kaki di IKEA mendapatkan apa yang dicita-citakan...

Namun begitu, apa yang dilistkan pada awalnya bukanlah, hasil yang didapati akhirnya...And, bertambah-tambah bilangannya..Sabo je lah..

Tapi, bak kata orang, untuk menyedapkan hati, "takpe, bukan kita sorang je pakai, nanti ke anak cucu dapat tahan lagi..InsyaAllah..."

Kami pergi sana dengan motor kapcai je..Sebab dok fikir confirm ramai orang...Kul 9.30 pagi, dah bertolak..Dalam setengah jam kemudian, sampai @ IKEA.

Memang best sampai di awal pagi sebab orang tak ramai...Macam IKEA and kawasan sekitar kita yang punya :)

Sampai-sampai je, saya terus tuju kat kiosk untuk daftar kad IKEA Family..Namun begitu, saya terpaksa rujuk kat kaunter costumer service sebab saya tak boleh dapat kad baru disebabkan nombor telefon yang saya dah daftar sebelum ini, dah tak boleh guna...And, saya tak beli apa-apa barang mencecah RM200 semasa kad itu masih valid...

Jadi, saya apply kad baru yang expired date nya harini..Kena bayar RM 2..

Apapun, saya berpuas hati sebab akhirnya saya dapat jadi one of the family members dalam IKEA :) Sebab harini berjaya melebihi angka minimum yang dinyatakan dalam setahun :)

Jadi, apa barang yang dibeli tadi?

Macam yang saya cakap sebelum ni...Saya berjaya membeli study table, kerusi study, satu untuk saya, satu untuk Mr F, book shelf...

Tapi, sata benda yang betul-betul bukan dalam fikiran sebelum pergi IKEA tadi telah berjaya dibeli....Apa tu?

Katil MYDAL 2 tingkat....Hukhuk..Sabo je lah..

Lagipun, kami berdua n dah lama aim nak beli katil ni nak letak kat bilik belakang tu...Lagipun, kami berdua suka warna macam ni..Konsep kayu..Warna birch :)

And, alang-alang nak guna delivery services, belilah ni sekali..Harga promosi delivery: RM55/trip sehingga puluk 3pm...

Nilah katilnya....
MYDAL rangka katil 2 tkt, kayu pain Panjang: 196 sm Lebar: 99 sm Tinggi: 157 sm

Mula-mula, tertarik juga dngan design di bawah ni sebab dia lebih murah...And dia boleh tambah part di bawah ni untuk sorang lagi tidur...
Tapi, bila fikir2 balik, nampak katil berkayu ni lebih tahan....
TROMSÖ rangka katil 2 tkt Panjang: 198 sm Lebar: 98 sm Tinggi: 159 sm
TROMSÖ bawah katil Panjang: 187 sm Lebar: 95 sm Tinggi: 20 sm
Sumber: IKEA 

apapun, Alhamdulillah....dapat membeli apa yang diperlukan..Cuma, total damage tu agak 'menakutkan'' :)
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails